omniture

Wipro Memperkuat Kepimpinan Tempatan bagi Memacu Pertumbuhan dalam Benua Eropah

Wipro Limited
2013-11-18 04:43 170

FRANKFURT, Jerman dan BANGALORE, India, 18 November 2013 /PRNewswire/ --

Pelantikan Ulrich Meister sebagai Ketua Benua Eropah

Wipro Ltd. (NYSE:WIT), syarikat teknologi maklumat, perundingan dan penyumberan luar yang menerajui pada hari ini mengumumkan pelantikan Ulrich Meister sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Benua Eropah, berkuat kuasa November 2013.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121129/579804)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131115/653388)

Ulrich menyertai Wipro selepas berkhidmat di T-Systems bermula pada tahun 2005, dan dalam jawatan terakhir beliau, beliau bertanggungjawab untuk perniagaan penyepaduan sistem global mereka yang bernilai Euro 2 bilion. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam menguruskan program pertukaran strategik berskala besar untuk syarikat seluruh dunia. Ulrich memulakan kerjaya beliau dengan industri perkhidmatan kewangan dan memegang jawatan ketua dengan Deutsche Bank dan Landesbank Hessen-Thüringen dalam 20 tahun pertama. Ulrich juga merupakan Ahli Lembaga T-Systems.

Dalam jawatan beliau, Ulrich akan memegang piagam bagi mentakrifkan strategi untuk setiap pasaran dalam Benua Eropah dan akan memajukan perniagaan dengan kadar eksponen dalam tahun-tahun mendatang. Beliau akan terus menggunakan pendekatan penyetempatan Wipro, memacu pemasaran dan pelaburan jenama dalam kawasan geografi, dan menerokai peluang pertumbuhan tidak organik yang berpotensi.

Ulrich Meister akan berpusat di Frankfurt, Jerman dan akan melapor kepada TK Kurien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Wipro Ltd.

"Benua Eropah kini mewakili bahagian yang signifikan daripada hasil global kami dan syarikat dalam rantau itu lebih berminat untuk mempertimbangkan penyumberan global berbanding sebelum ini. Kami sudah pun meningkatkan tumpuan kami terhadap pasaran penting seperti Jerman, Perancis dan rantau Nordic – memacu kepusatan pelanggan dan pembuatan keputusan tempatan. Prospek yang memberangsangkan ini memberi galakan kepada kami dan kami yakin Ulrich dalam jawatan baharu beliau akan menerajui gelombang pertumbuhan Wipro yang seterusnya dalam kawasan geografi ini," kata TK Kurien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Wipro Ltd.

Wipro telah membuat pelaburan strategik dalam pasaran Benua Eropah, dalam kedua-dua pelaburan organik dan tidak organik, selama lebih satu dekad. Syarikat itu telah membina kehadiran tempatannya secara signifikan dan hampir 50% kakitangan mereka dalam rantau itu ialah rakyat tempatan. Ini termasuklah semua ketua negara Wipro dalam rantau itu. Wipro juga telah memulakan penglibatan dengan universiti tempatan serta kolej perniagaan dalam rantau itu untuk program latihan siswazah mereka.

Tentang Wipro Ltd.

Wipro Ltd. (NYSE:WIT) ialah syarikat Teknologi Maklumat, Perundingan dan Penyumberan Luar yang menerajui dan menyediakan penyelesaian bagi membolehkan pelanggannya berurus niaga dengan lebih baik. Wipro memberikan kesudahan perniagaan yang cemerlang melalui pengalaman lamanya dalam industri dan pandangan 360 darjah "Perniagaan Melalui Teknologi" - membantu klien mencipta perniagaan yang berjaya dan mudah suai. Sebagai syarikat yang dikenali seluruh dunia dengan portfolio perkhidmatannya yang menyeluruh, pendekatan pengamal dalam memberi inovasi dan komitmen seluruh organisasi untuk kemampanan, Wipro mempunyai tenaga kerja seramai 140,000 kakitangan yang berkhidmat untuk klien di 57 negara. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.wipro.com

Kenyataan Pandang ke Hadapan serta Peringatan

Beberapa kenyataan dalam siaran ini yang berkenaan prospek pertumbuhan masa depan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan, yang melibatkan sejumlah risiko dan ketidakpastian yang mungkin boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara zahirnya daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan seperti itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian tentang turun naik pendapatan, hasil dan keuntungan kami, kemampuan kami untuk menjana dan mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, kemampuan kami untuk mengekalkan kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak dengan harga dan rangka masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, kebolehan kami untuk berjaya melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang kami laburkan secara strategik, penarikan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, kekangan sah dalam mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India, penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi biasa yang mungkin memberi kesan terhadap perniagaan dan industri kami. Risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap keputusan pengendalian kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih menyeluruh dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, kami mungkin akan membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami untuk pemegang saham. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa oleh kami atau wakil kami.

Perhubungan Media Wipro:

Vipin Nair
+91-9845014036
vipin.nair1@wipro.com

Dirk Lewis
+91-7760983976
dirk.lewis@wipro.com    

SUMBER  Wipro Limited

Source: Wipro Limited
Related Stocks:
NYSE:WIT
Related Links:
Keywords: Computer Software Internet Technology Publishing/Information Service Personnel announcements Small Business Services