omniture

TCL Umum Kolaborasi Mengujakan dengan Duta Jenama TCL Shyla Heal untuk Meningkatkan Platform #TCLForHer dan Menginspirasikan Wanita untuk Takrifkan Semula Kehebatan

TCL Electronics
2022-10-12 20:49 32

HONG KONG, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, TCL Electronics (1070.HK), pengusaha utama dalam industri televisyen dan elektronik pengguna bertaraf global, memulakan fasa baharu kempen globalnya, #TCLForHer, ekosistem selenggara diri membawa inspirasi yang membolehkan golongan wanita memberi inspirasi dan menggalakkan wanita untuk menakrifkan semula erti kehebatan melalui platform TCL.


*Sila klik pautan ini untuk imej dengan resolusi tinggi

TCL percaya bahawa dengan menyerlahkan potensi sebenar setiap gadis dan wanita akan dapat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan banyak isu global yang kita hadapi pada hari ini dan teknologi dapat memperkasa wanita dan memacu perubahan.

Melalui kolaborasi baharu yang mengujakan bersama bintang bola keranjang yang sedang menempa nama dan Duta Jenama TCL Shyla Heal ini, jenama elektronik yang terkemuka ini meningkatkan kempen #TCLForHer dan laman sesawang rasmi TCLForHer khusus untuk audiens yang lebih luas.

Duta Jenama TCL Shyla Heal Takrifkan Semula Erti Kehebatan

Sama seperti TCL, Shyla sentiasa berusaha untuk mencapai kualiti yang terbaik dan menginspirasikan kehebatan. Shyla dinobatkan sebagai Pemain Remaja Terbaik Australia pada tahun 2020 dan ketika ini bermain sebagai pemain pertahanan (point-guard) untuk pasukan bola keranjang Sydney Uni Flames. Beliau telah mencapai kejayaan menurut acuannya sendiri, lalu menjadikan beliau sebagai rakan kongsi yang sesuai untuk kempen TCL ini.

"Terdapat nilai kehebatan dalam menjadi diri saya yang sebenar, yang baik, yang buruk dan segala-gala yang di antaranya. Saya tidak berpura-pura dan saya tidak perlu menjadi orang lain. Setiap orang ada kehebatan masing-masing. Anda perlu jujur pada diri sendiri. Jadilah diri yang sebenar. Itulah kehebatan peribadi," kata Shyla Heal.

TCL Membina Momentum untuk Memperkasa Wanita

TCL mempunyai komitmen yang sekian lama untuk menggalakkan pemerkasaan dan pembangunan diri gadis dan wanita di seluruh dunia melalui pelbagai inisiatif. Sebagai Rakan Kongsi Global bersama FIBA International Basketball Federation, pada tahun 2020 TCL dengan bangganya menjadi Rakan Kongsi Promosi Global program "Her World, Her Rules" FIBA bagi mempromosikan sukan bola keranjang wanita dan kanak-kanak perempuan. Melalui pelbagai aktiviti yang disampaikan dengan kerjasama Persekutuan-persekutuan Kebangsaan seluruh dunia, program tersebut menggalakkan wanita dan gadis untuk membina keyakinan dan turut menambah bilangan pemain wanita. TCL juga komited untuk menaikkan semangat wanita muda dan menyokong cita-cita mereka melalui Huameng Foundation, yang membiayai beberapa program berfokus wanita dan inisiatif pendidikan termasuk satu usaha yang mengupayakan 600 wanita muda daripada keluarga yang kurang bernasib baik untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah dan pendidikan tinggi.

TCL percaya teknologi dapat menjadi pengimbang yang hebat dalam masyarakat kita, dengan potensi untuk mencabar sikap berat sebelah yang tidak adil dengan lebih jauh lagi dan meninggikan harapan. Cerita-cerita pada platform TCLForHer mendedahkan kebijaksanaan wanita dalam mengemudi laluan mereka sendiri, cara mereka mencabar peraturan dan memperkenalkan wanita yang memberi inspirasi kepada mereka. TCL juga akan berkongsi cerita-cerita keberanian dan daya tahan wanita dalam menghadapi kesusahan dan cara mereka tetap berpegang teguh kepada matlamat dan nilai diri mereka. Wanita belajar dari perspektif orang lain dan mendapat pandangan yang berharga untuk penemuan diri. Akhirnya, #TCLForHer berkongsi kesungguhan Wanita untuk menakrifkan semula erti kehebatan.

Menakrifkan Semula Kehebatan untuk Kebaikan

TCL telah berada di barisan hadapan inovasi selama berdekad-dekad, menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti yang meningkatkan cara kita menjalani kehidupan dan menginspirasikan kehebatan. Syarikat ini akan terus mengukuhkan komitmennya untuk memperkasa wanita dan gadis di seluruh dunia melalui teknologi inovatifnya serta inisiatif dan kempen meluas yang merangkumi pendidikan, sukan dan menambah baik semua aspek dalam kehidupan wanita. Dengan menyokong gadis dan wanita untuk meneliti keunikan diri mereka dan mengejar minat mereka, TCL memperkasa mereka untuk menemui versi diri mereka yang sebenar, memahami nilai diri mereka yang sebenar dan menakrifkan semula erti kehebatan mengikut keadaan mereka sendiri.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Corporate Social Responsibility New products/services Women-related news