![]() |
TOKYO, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Cargill, Unitec Foods dan Fuji Nihon Seito Corporation telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) pada 11 Oktober 2022 untuk mengukuhkan perkongsian dalam inovasi dan go-to-market untuk solusi bahan makanan di rantau Jepun dan Asia Pasifik.
Unitec Foods merupakan anak syarikat milik eksklusif Fuji Nihon Seito Corporation. Sejak 1972, Cargill telah bekerjasama dengan Unitec Foods untuk mengembangkan perniagaan pektin mereka di pasaran Jepun. Memorandum persefahaman baharu ini akan meningkatkan lagi hubungan perniagaan yang sedia ada dengan memanfaatkan kepakaran dan kekuatan ketiga-tiga pihak tersebut. Di dalam perkongsian bisnes ini, Cargill akan menyumbang pengalamannya yang kaya dan juga pandangan globalnya sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sejarah 157 tahun.
Di bawah memorandum persefahaman ini, ketiga-tiga syarikat tersebut akan bekerjasama dalam inisiatif teknikal, operasi dan komersial. Ini termasuk pembangunan bersama produk/teknologi baharu yang mengintegrasikan kepakaran dan pengetahuan teknikal dari Pusat Inovasi Cargill di Singapura serta kemudahan pembangunan Unitec Foods di Jepun. Di bawah inisiatif operasi, syarikat rakan kongsi ini akan bekerjasama untuk menawarkan solusi yang lebih kompetitif dengan memanfaatkan keupayaan pengeluaran ketiga-tiga pihak di Jepun dan Asia Pasifik. Sementara itu, dalam inisiatif komersial, ketiga-tiga syarikat ini telah bersetuju untuk menggunakan saluran pengedaran mereka untuk bersama-sama menangani pasaran Jepun dan Asia.
Ming Peng, Managing Director Cargill Starches, Sweeteners and Texturizers Asia berkata, "Kami amat berbesar hati untuk mengembangkan perkongsian kami dengan Unitec untuk bersama-sama menangani pasaran yang lebih luas di Asia Pasifik, terutamanya Asia Tenggara. Kami berbesar hati dengan kepercayaan dan perkongsian mantap yang telah dibina selama 50 tahun yang lalu. Kerjasama yang diperbaharui akan membolehkan kami bertukarr kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam bidang penyelesaian bahan makanan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Jepun dan Asia."
Shinichi Sekita, President Director, Unitec Foods Co., Ltd., berkata, "Perkongsian 50 tahun kami bermula pada 1972 apabila produk UniPECTINE® Cargill diperkenalkan di pasaran Jepun. Tabiat pemakanan konsumer telah mengalami perubahan ketara sejak 50 tahun yanglalu, dan pektin kini digunakan secara meluas dalam penyediaan pelbagai jenis pencuci mulut. Makanan yang dihasilkan dengan pektin boleh diakses dengan mudah oleh konsumer di pasaraya serbaneka dan kedairuncit. Dengan perkongsian baharu ini, kami akan mengembangkan kerjasama kami dengan Cargill untuk meneruskan kemungkinan selanjutnya solusi ramuan makanan dan mengembangkan daya saing domestik kami di seluruh Asia Pasifik."
Mengenai Cargill
Cargill membantu sistem pemakanan berfungsi untuk anda merangkumi seluruh dunia. Kami menghubungkan penternak dengan pasaran, pelanggan dengan pelbagai ramuan dan isi rumah dengan keperluan harian—bermula dari makanan yang dihadam oleh mereka sehingga keperluan rumah yang mereka gunakan. Pasukan kami di seluruh dunia bermisi dan berinovasi dengan tujuan, memperunggulkan rakan kongsi dan komuniti sebagaimana kami berusaha untuk memupukkan dunia dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan mampan.
Dari membekal makanan ternakan yang mengurangkan pelepasan gas metana kepada bahan api boleh diperbaharui yang berasaskan sisa buangan, kemungkinan ini adalah sesuatu yang tidak terbatas. Namun begitu, nilai kami kekal sama. Kami mengutamakan manusia. Kami mencapai lebih tinggi. Kami melakukan perkara yang betul. Begitulah cara Cargill memenuhi keperluan manusia selama 157 tahun—dan bagaimana kami akan melakukannya untuk generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut, lawati Cargill.com dan Pusat Berita kami.
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1920460/MoU_Cargill_Unitec_Fuji_Nihon__6.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488953/Cargill_Logo.jpg?p=medium600