SAN FRANCISCO, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, syarikat perisian peringkat global yang membangunkan pelayar web yang canggih, hari ini melancarkan versi baharu pelayar Androidnya dengan kelajuan yang menerajui industri berserta sokongan HTML 5, menawarkan penyesuaian dipertingkatkan dan pengalaman skrin penuh yang lebih baik kepada para pengguna.
"Keluaran ini merupakan hasil daripada tindak balas terus masyarakat global kami," ujar Jeff Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Secara khususnya, perdebatan bersemangat berkaitan kedua-dua versi pengalaman skrin penuh itu berlaku dan akhirnya, kami memilih untuk memberikan kedua-duanya kepada para pengguna kami."
Apabila ditinjau, pengguna Maxthon terbahagi kepada dua kumpulan dengan salah satunya memilih salah satu daripada dua versi skrin penuh itu. Bagi pilihan pertama, setiap piksel bagi skrin dioptimumkan dan digunakan. Pilihan kedua pula menawarkan skrin penuh dan bar status kecil yang memaparkan penggunaan bateri, kekuatan signal dan status sambungan. Berserta mod skrin penuh yang dipertingkatkan, versi Maxthon Mobile bagi Android kali ini juga memaparkan muatan laman yang lebih pantas seperti keluaran lalu, dipacu oleh peningkatan proprietari Webkit versi Maxthon yang baharu.
Maxthon Mobile versi 4.1.2.2000 juga merangkumi:
Latar Belakang Maxthon
Maxthon merupakan syarikat perisian berinovatif yang membangunkan pelayar web unggul yang meneruskan standard baharu bagi kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan ciri-ciri awan. Perisian yang dihasilkan syarikat ini boleh didapati pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabatnya di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon mendekati masyarakat pengguna global yang melebihi 120,000,000 orang setiap bulan di lebih 150 negara. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Maxthon.
Hubungi:
Burson-Marsteller untuk Maxthon
Sandy Choi
Sandy.Choi@BM.com
(+1) 212-614-4757