NINGDE, China, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju bertaraf global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian bekalan bateri tunggal dengan Primergy Solar LLC (Primergy), pemaju, pemilik dan pengendali utama solar dan storan skala utiliti dan teragih untuk Projek Solar+Storan Gemini bernilai AS$1.2 bilion yang memecah rekod luar dari Las Vegas, Nevada.
Setelah siap, Gemini akan menjadi salah satu projek solar + storan beroperasi yang terbesar di A.S. dengan tatasusunan solar 690 MWac/966 MWdc dan keupayaan storan 1,416 MWj. Awal tahun ini, Primergy menyelesaikan proses perolehan yang komprehensif dan terperinci serta memilih beberapa pembekal peralatan dan rakan pembinaan yang terkemuka di peringkat global untuk projek Gemini.
Primergy mereka bentuk sistem gandingan DC inovatif untuk projek Gemini yang akan memaksimumkan kecekapan daripada penggabungan antara tatasusunan solar dengan sistem storan CATL. CATL akan membekalkan kepada Primergy Solar dengan EnerOne, sistem storan tenaga bateri penyejuk cecair luar modular yang mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang, penyepaduan tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi. Dengan hayat kitaran sehingga 10,000 kitaran, produk bateri berasaskan LFP ini akan menyumbang kepada operasi projek Gemini yang selamat dan andal. Primergy memilih penyelesaian EnerOne untuk Gemini kerana ia menggunakan kimia litium fosfat termaju yang memenuhi keperluan Primergy untuk operasi yang selamat dan andal di tapaknya.
"CATL ialah peneraju teknologi dalam industri bateri dan kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan mereka untuk Projek Gemini dan memperkenalkan penyelesaian storan EnerOne termaju daripada CATL," kata Ty Daul, Ketua Pegawai Eksekutif. "Masa depan keandalan dan kebingkasan tenaga negara kami bergantung kepada penggunaan kapasiti storan bateri secara besar-besaran yang dapat membekalkan semula kuasa yang konsisten kepada grid apabila ia amat diperlukan. Bersama-sama CATL, kami membangunkan sistem storan bateri yang utama dalam pasaran dan amat sofistikated yang dapat memerangkap lebihan kuasa solar pada waktu siang dan menyimpannya untuk digunakan pada awal petang selepas matahari terbenam di Nevada."
"Dengan pasukan Primergy yang berpengalaman dalam industri ini, keupayaan dalaman mereka menerusi pembangunan, pembinaan dan pengurusan aset-aset jangka panjang serta teknologi bateri CATL yang inovatif," kata Tan Libin, naib presiden CATL, "kami percaya kerjasama kami untuk Projek Solar Gemini akan menjadi contoh yang hebat untuk aplikasi storan tenaga elektrokimia berskala besar, seterusnya menggalakkan pemacuan global ke arah keneutralan karbon."