omniture

CGTN: Kongres Kebangsaan CPC ke-20: Dekad lalu menyaksikan kejayaan dasar etnik CPC

CGTN
2022-10-19 08:28 89

BEIJING, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dalam kalangan 2,296 delegasi yang dipilih untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), 264 daripada mereka, atau 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, adalah daripada 40 kumpulan etnik minoriti.

Sehari selepas sesi pembukaan kongres penting ini, pada hari Isnin Xi Jinping menyertai satu perbincangan berkumpulan bersama para delegasi dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China yang merupakan pusat kepada populasi etnik minoriti terbesar negara ini.

Xi menyeru rakyat Cina daripada semua kumpula etnik agar kekal bersatu seperti "sekeping keluli yang keras" di bawah kepimpinan CPC dan berusaha bersama-sama dengan satu minda untuk menggerakkan kapal gergasi penggiatan semula negara melalui angin dan ombak untuk sampai ke destinasinya.

Beliau berkata Kongres Kebangsaan CPC ke-20 lebih menunjukkan hala tuju untuk pembangunan Parti dan perjuangan negara serta bertindak sebagai deklarasi politik dan program tindakan untuk Parti ini menyatukan rakyat Cina demi mendukung dan membangunkan sosialisme dengan ciri-ciri Cina.

Menyanjungi pencapaian yang diraih oleh Guangxi dalam pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, perlindungan terhadap alam sekitar dan bidang-bidang lain sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, Xi berkata ia banyak menjelaskan tentang kejayaan dasar etnik Parti ini dan sistem autonomi etnik serantau, kemajuan yang merupakan lambang jelas kepada perubahan besar yang berlaku di China dalam tempoh 10 tahun pertama bagi era baharu ini.

Pembangunan Guangxi

Dalam bulan April, Xi memilih delegasi untuk kongres tersebut dalam unit pemilih Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, salah satu daripada 38 unit pemilih bagi mewakili lebih 96 juta ahli Parti di seluruh negara ini secara sebulat suara.

Sebuah wilayah yang kebanyakannya terdiri daripada etnik minoriti di selatan China yang bersempadan dengan Vietnam, Guangxi dianggap sebagai hentian penting untuk perdagangan rentas sempadan dengan Asia Tenggara. Ia telah membina hubungan ekonomi yang lebih erat dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di tengah-tengah pembukaan China yang lebih luas.

Momentum dapat dilihat di Ekspo China-ASEAN ke-19 pada bulan September, tatkala 267 urus niaga domestik dan antarabangsa mencatat rekod telahpun ditandatangani, dengan pelaburan sebanyak lebih 400 bilion yuan atau kira-kira $57 bilion, meningkat 37 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam bulan November 2020, Guangxi telah membebaskan kesemua 54 daerah yang dilanda kemiskinan daripada belenggu kemiskinan, apabila lapan daerah miskin terakhir di wilayah tersebut, termasuk enam daerah autonomi etnik minoriti telah menghapuskan kemiskinan mutlak.

Penyertaan Xi dalam pemilihan di kawasan-kawasan sempadan dengan populasi etnik minoriti yang besar dan pemimpin-pemimpin lain di kawasan-kawasan pangkalan revolusioner lama serta wilayah-wilayah penting di mana strategi-strategi pembangunan peringkat negara dilaksanakan, telah menjadi contoh untuk pegawai-pegawai terkemuka.

Pemilihan pemimpin-pemimpin sebagai delegasi dalam unit-unit pemilih masing-masing dan kehadiran mereka semasa perbincangan berkumpulan delegasi-delegasi yang sepadan adalah kondusif untuk mengukuhkan bimbingan, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, melanjutkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan negara yang utama serta membangunkan China bagi menjadi sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek.

Semangat kemasyarakatan yang kuat untuk bangsa Cina

Ketika menyerahkan laporan kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20 pada hari Ahad, Xi menegaskan kepentingan untuk berusaha memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat untuk bangsa Cina.

China ialah sebuah negara berbilang etnik yang bersatu-padu. Meningkatkan semangat jati diri bangsa Cina, sentiasa mengekalkan integriti dan penyatuan negara dan semua kumpulan etnik berusaha secara bersama untuk mencapai kemakmuran dan pembangunan bersama merupakan matlamat dasar etnik CPC.

Sistem autonomi etnik serantau bermaksud kawasan-kawasan dengan populasi etnik minoriti yang besar akan mengamalkan autonomi serantau, mewujudkan organ autonomi dan melaksanakan kuasa pemerintahan kendiri di bawah kepimpinan negara yang bersatu-padu. Sistem politik asas ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan negara ini dan Undang-undang Autonomi Etnik Serantau.

Menurut kertas putih yang dikeluarkan pada tahun 2021, kawasan-kawasan etnik minoriti telah mencapai kemajuan yang jelas dalam memerangi kemiskinan. Mulai tahun 2016 hingga 2020, di lima wilayah autonomi – Mongolia Dalam, Tibet, Ningxia, Xinjiang dan Guangxi – serta tiga wilayah dengan populasi berbilang etnik yang besar – Guizhou, Yunnan dan Qinghai – jumlah penduduk miskin menurun sebanyak 15.6 juta.

Kemiskinan melampau telah dibasmi dalam kesemua 28 kumpulan etnik minoriti dengan populasi yang kecil, menurut kertas putih tersebut.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-18/CPC-congress-Past-decade-sees-success-of-CPC-s-ethnic-policies-1ed4NzQS7Ty/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Survey, Polls & Research Trade show news