MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 20 November 2013 /PRNewswire/ --
Elitecore, penyedia yang menerajui untuk BSS dan penyelesaian teras paket, mengumumkan yang ia telah diletakkan pada kedudukan sebagai Pemain Nic dalam Kuadran Ajaib Gartner bagi Pengurusan Hasil dan Pelanggan Bersepadu (IRCM) untuk CSP pada tahun 2013*.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )
Kuadran Ajaib untuk IRCM bagi CSP memeringkatkan suite penyelesaian yang menyediakan pengebilan, penjagaan pelanggan, pemeringkatan, pengenaan harga, peletakan harga, pengurusan hubungan rakan kongsi, pengurusan polisi, pengantaraan, layan diri, analisis dan fungsi lain. Kuadran Ajaib ini akan membantu Ketua Pegawai Maklumat serta pemimpin perniagaan dan IT yang sedang memajukan strategi IRCM mereka bagi menilai sama ada mereka mempunyai produk dan penyelesaian yang betul untuk menyokong mereka.
Elitecore ialah antara 18 vendor IRCM seluruh dunia yang disebut dalam Kuadran Ajaib Gartner bagi IRCM untuk CSP berdasarkan dua kriteria: Keutuhan Wawasan dan Kemampuan Pelaksanaan.
Keutuhan Wawasan ialah kombinasi kepakaran domain, strategi perjalanan ke pasaran yang sesuai dan tumpuan terhadap inovasi dalam fungsian produk dan membolehkan teknologi; dan
Kemampuan pelaksanaan ialah kombinasi faktor yang dipacu oleh fungsian, seni bina dan prestasi produk, dan oleh kemampuan memenuhi jangkaan pelanggan semasa penghantaran dan pengendalian produk.
Kata Nikhil Jain, Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Elitecore Technologies, "Kami menganggap pengiktirafan Elitecore dalam Kuadran Ajaib sebagai hasil daripada tapak pelanggan kami yang berpuas hati. Melalui tindanan prapenyepaduan kami, kami telah membantu pengendali memperoleh manfaat daripada Pengebilan, PCRF, 3GPP-AAA, Pengisyaratan Diameter, Pengecasan Dalam Talian dan penyelesaian penjagaan pelanggan yang lentur dan tangkas bagi mengeluarkan secara besar-besaran perkhidmatan berasaskan IP generasi seterusnya yang memenuhi matlamat pengewangan mereka serta strategi penjagaan pelanggan."
Gartner meramalkan pasaran IRCM seluruh dunia akan bertumbuh daripada sekitar $18 bilion pada tahun 2013 kepada lebih $20 bilion pada tahun 2017.
*Kuadran Ajaib Gartner bagi Pengurusan Hasil dan Pelanggan Bersepadu untuk CSP oleh Norbert J. Scholz, Kamlesh Bhatia dan Jouni Forsman; 17 Oktober 2013
Tentang Elitecore
Elitecore Technologies ialah syarikat produk IT global penerima pelaburan Carlyle Group yang menyediakan BSS di samping unsur teras paket dengan fleksibiliti tawaran bermodul serta prapenyepaduan. Tawaran Elitecore serasi dengan ekosistem vendor besar yang membawa kepada keperluan CSP untuk masa ke pasaran yang lebih pantas serta TCO lebih baik. Sebagai pemain penyelesaian IP tradisional, produk Elitecore sangat responsif dengan perkhidmatan generasi seterusnya, memenuhi keperluan pengewangan pengendali merentasi semua rangkaian akses.
Perhubungan Akhbar
LK Pathak
Pembantu Naib Presiden-Komunikasi Korporat, Elitecore
E-mel: l.k.pathak@elitecore.com
Telefon: +91-9925012059
Sumber: Elitecore Technologies