omniture

Pembaharuan bandar giatkan semula daerah Qingyang di Chengdu

Qingyang district of Chengdu
2022-10-19 14:31 75

CHENGDU, China, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kerajaan tempatan daerah Qingyang di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, Barat Daya China, berusaha untuk menggiatkan semula daerah ini melalui pembaharuan bandar.

Jalan Citang, sebuah jalan lama yang mengalami pengubahsuaian di daerah Qingyang, Chengdu, wilayah Sichuan dijadualkan untuk dibuka semula pada penghujung tahun ini.
Jalan Citang, sebuah jalan lama yang mengalami pengubahsuaian di daerah Qingyang, Chengdu, wilayah Sichuan dijadualkan untuk dibuka semula pada penghujung tahun ini.

Banyak komuniti kediaman lama telah dirombak penampilan dan fungsinya. Satu komuniti, dikenali sebagai komuniti Huanhua, dibina pada tahun 1998 dan memulakan kerja-kerja pengubahsuaian dalam tahun 2021.

"Selain daripada infrastruktur yang semakin lama, komuniti lama ini kebanyakannya kekurangan perkhidmatan yang selesa, yang kami ambil kira semasa kerja-kerja pengubahsuaian," kata pegawai. Mereka telah menambah fasiliti untuk golongan tua dan muda dan mengubah jalan menjadi jejak kecergasan alam semula jadi.

Sebagai sebuah tempat yang membawa intipati asal usul budaya Chengdu, daerah Qingyang amat mementingkan aspek pemeliharaan budaya semasa proses pembaharuan bandar.

Daerah ini memulakan projek Jalan Xunxiang sebagai usaha untuk mencipta semula koridor bunga plum luar yang digambarkan dalam puisi purba. "Haruman berkekalan sejauh 10 kilometer dari Istana Qingyang ke Huanhuaxi" merupakan sebaris puisi yang ditulis oleh penyajak Cina Lu You semasa Dinasti Song (960-1279), ketika beliau menunggang merentas daerah ini dan terpesona dengan bunga plum.

Projek tersebut berukuran kira-kira 10 km, dengan banyak varieti bunga plum ditanam di kedua-dua sisi jalan. Apabila bunga plum mekar penuh pada musim sejuk, orang ramai dapat menikmati harumannya sama seperti Lu merasainya 800 tahun yang lalu.

Semakin banyak jalan bersejarah telah ditukar menjadi mercu tanda.

Kuanzhai Alleys, salah satu jalan purba yang dipelihara dengan cara terbaik di Chengdu, merupakan satu contoh integrasi yang berjaya antara kawasan bersejarah dengan perdagangan moden.

Dibina semasa Dinasti Qing (1644-1911), ia bukan sahaja menampilkan budaya Chengdu, tetapi juga jenama-jenama fesyen dan hiburan seperti Sanlian Bookstore dan POP Mart, bagi menarik minat ramai pengunjung muda.

Jalan Citang, satu lagi jalan lama di daerah ini, ketika ini sedang menjalani pengubahsuaian dan dijadualkan untuk dibuka semula pada penghujung tahun ini.

Jalan tersebut akan diubah menjadi kompleks yang mengandungi fasiliti seperti galeri seni, ruang artis, kedai teh gaya hidup baharu, muzium yang imersif dan taman inkubasi seni, bagi memberikan pengalaman penggunaan yang baharu buat rakyat.

Jalan Citang ialah bahagian yang penting dalam Taman Kebudayaan Tianfu. Daerah Qingyang sedang mempercepatkan projek-projek pembaharuan Taman Kebudayaan Tianfu dan tempat-tempat kebudayaan serta pelancongan yang lain.

Source: Qingyang district of Chengdu
Keywords: Construction/Building Entertainment Publishing/Information Service Travel Not for profit