BEIJING, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China mengalu-alukan syarikat-syarikat dari seluruh dunia untuk melabur dalam negara ini dan terus berkongsi dividen pembangunannya memandangkan ekonomi Cina telah beralih daripada pertumbuhan yang berkelajuan tinggi kepada pembangunan yang berkualiti tinggi, kata seorang pegawai kanan daripada perancang ekonomi terkemuka negara ini pada hari Isnin.
"Pintu China akan dibuka lebih luas," kata Zhao Chenxin, naib pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Negara (NDRC) dan ahli kumpulan kepimpinan CPC suruhanjaya tersebut, di sidang akhbar di luar Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) yang sedang berlangsung, iaitu acara politik yang paling penting di negara ini pada tahun ini.
Corak pembangunan dwi-peredaran, yang mana pasaran dalaman dan luaran dapat saling mengukuhkan antara satu sama lain dan dengan pasaran domestik sebagai tunjang utama, tidak bererti China ingin mengecilkan peranan daripada melaksanakan pembukaan, atau bahkan mengejar ekonomi sara diri, jelas Zhao.
Presiden Cina, Xi Jinping menegaskan berkali-kali bahawa corak pembangunan baharu merupakan dwi peredaran terbuka yang melibatkan kedua-dua pasaran domestik dan asing, bukannya gelung domestik tertutup.
Ekonomi Cina telah lama bersepadu secara mendalam dengan ekonomi global, kata Zhao, menambah bahawa pasaran domestik dan asing adalah saling bergantung dan saling memperkukuh antara satu sama lain.
China memberikan galakan lanjutan pelaburan asing
China akan menggiatkan lagi usaha untuk menggalakkan pelaburan asing, kata Zhao, menambah bahawa negara ini akan melancarkan dan melaksanakan versi 2022 Katalog Industri-industri Terdorong untuk Pelaburan Asing yang akan meluaskan lagi skop industri-industri terdorong untuk pelaburan asing.
Ekonomi China telah beralih daripada pertumbuhan berkelajuan tinggi kepada pembangunan berkualiti tinggi dan negara ini turut menghadapi situasi baharu untuk menarik pelaburan asing, ujar beliau.
Negara ini akan meningkatkan sokongan dasar untuk pelaburan asing dalam bidang-bidang seperti pembuatan termaju, perkhidmatan berkualiti lebih tinggi, teknologi tinggi, pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar, kata beliau.
Akan terdapat juga sokongan dasar untuk pelaburan asing di wilayah-wilayah tengah, barat dan timur laut China yang kurang maju, menurut Zhao.
Selain itu, negara ini akan melancarkan kelompok keenam projek yang dibiayai oleh pihak asing yang utama dan membantu mereka menyelesaikan kesulitan tepat pada masanya dalam proses pelaburan, pengeluaran dan operasi, agar dapat memastikan pelaksanaan projek-projek yang lancar.
Di samping itu, China akan mengoptimumkan selanjutnya perkhidmatan untuk perusahaan yang dibiayai pihak asing dan memberi lebih kemudahan untuk pelaburan, pertukaran dan kerjasama antarabangsa atas dasar untuk mencegah dan mengawal pandemik COVID-19.
Dalam lapan bulan pertama tahun ini, pelaburan langsung asing (FDI) ke tanah besar China, dari segi penggunaan sebenar, meningkat 16.4 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 892.74 bilion yuan ($127.39 bilion), berlatarbelakangkan pandemik COVID-19, situasi antarabangsa yang rumit dan pelaburan rentas sempadan yang lemah, kata Zhao.
Khususnya, industri-industri berteknologi tinggi menyaksikan aliran masuk FDI melonjak sebanyak 33.6 peratus berbanding setahun yang lalu, ujar beliau.
Aliran FDI ke wilayah barat negara ini melaporkan peningkatan 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, diikuti oleh 27.6 peratus di wilayah tengah dan 14.3 peratus di wilayah timur.
"Umumnya, syarikat-syarikat multinasional yakin untuk melabur di China dan optimis terhadap pasaran Cina dalam tempoh jangka panjang," kata beliau.
China akan menggalakkan pembukaan tahap lebih tinggi ke dunia luar, menggiatkan usaha dasar bagi menarik pelaburan asing dan memanfaatkan peranan positif pelaburan asing dalam menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi negara ini dengan lebih baik, tambah beliau.
Ekonomi yang semakin pulih dengan peluang yang amat besar
Ekonomi China menunjukkan pemulihan ketara dalam suku ketiga, kata Zhao.
"Harga pengguna meningkat secara sederhana, sangat berbeza dengan inflasi global yang tinggi sementara peluang pekerjaan umumnya tetap stabil."
Beliau menekankan bahawa ekonomi China telah pulih dan menyambung semula momentum pertumbuhannya walaupun terdapat sedikit turun naik yang disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dijangkakan tahun ini, seperti persekitaran luaran, pandemik dan cuaca melampau.
Banyak dasar telah diperkenalkan untuk memantapkan ekonomi dan penunjuk ekonomi utama dalam industri, perkhidmatan, pelaburan dan penggunaan kesemuanya semakin pulih, menurut Zhao.
Ekonomi negara ini masih berhadapan dengan pelbagai halangan. Tetapi, dalam menghadapi impak faktor-faktor yang tidak dijangkakan, ekonomi China telah stabil dan pulih dalam tempoh yang agak singkat, lalu menunjukkan kebingkasan yang kuat dan potensi yang amat besar, ujar Zhao.
China, dengan penduduk seramai lebih 1.4 bilion, mempunyai kelas berpendapatan sederhana yang terbesar di dunia dan kelebihan menjadi pasaran yang amat besar, ujar beliau.
Pasaran yang amat besar, infrastruktur termaju, sistem perindustrian dan rantaian bekalan negara ini kesemua meletakkan asas yang kukuh dan memberi peluang untuk pelbagai syarikat membangun.