omniture

Jualan Berlangsung Di One Riverside Park

Extell Development Company
2013-11-20 20:25 127

- Pembangunan Baharu Terakhir Extell Development Di Riverside South

NEW YORK, 20 November 2013 /PRNewswire/ -- Extell Development Company mengumumkan hari ini perasmian jualannya yang berlangsung di One Riverside Park, kondominium mewah terbaharu di Riverside South. Menghadap Sungai Hudson berserta pemandangan yang luas, One Riverside memaparkan 219 kediaman kondominium mewah dengan rekaan dalaman daripada pereka hiasan dalaman, Shamir Shah.

(Persembahan: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/NY20066 )

"Kediaman emper berlantai penuh di One Riverside, dengan hampir 100 kaki keluasan berhadapan dengan sungai adalah sangat menakjubkan," kata Beth Fisher, Pengarah Urusan Kanan Corcoran Sunshine Marketing Group. "West Side sangat memerlukan kediaman yang luas dan kami menjangka ini akan menjadi rebutan ramai."

One Riverside yang direka oleh firma seni bina yang memenangi anugerah, Goldstein Hill & West Architects, serta bertempat di 50 Riverside Boulevard dan 62nd Street membawakan penyempurnaan bertahap baharu bagi kehidupan pesisiran di Upper West Side, Manhattan. Bahagian luar bangunan kediaman tersebut, yang dibina daripada kaca dan batu kapur, kelihatan bersepadu dengan nilai estetik moden kejiranan Riverside South.

Shamir Shah membawa keanggunan yang selesa serta moden kepada One Riverside. Bahagian lobi pula dilengkapi penggunaan mewah bahan semula jadi seperti travertine, dihiaskan dengan hasil kerja logam hiasan dan candelier kaca buatan tangan yang ditempah khas. Kebanyakan kediaman mempunyai kaca pada bahagian lantai hingga siling dengan pemandangan Sungai Hudson, Taman Riverside dan latar langit Manhattan. One Riverside turut menawarkan susun atur yang disesuaikan untuk pembeli yang pelbagai. Pilihan kediaman termasuklah kediaman dengan satu hingga tujuh bilik tidur, berserta lima kediaman emper berlantai penuh, setiap satunya mempunyai enam bilik tidur dengan lebih 6,000 kaki persegi keluasan kediaman dan panorama yang memukau. Terdapat juga dua dupleks tersendiri yang setiap satunya menawarkan kolam peribadi seluas 29' x 12' dan juga pangsapuri tingkat ke-17 yang juga disertakan dengan kolam peribadi 29' x 12'.

Bakal pembeli akan diberikan dua pilihan dapur yang dipasang khas oleh "Extell Choice" berwarna terang atau gelap, termasuk kabinet yang dipasang khas, meja kaunter dan bahagian penahan percikan. Kesemua dapur dilengkapkan dengan pakej perkakasan premium daripada Miele. Semua kediaman juga dipasang penuh dengan lantai kayu keras oak putih hiasan Eropah. Bilik air utama juga dilengkapkan dengan tab mandi rendaman dalam, berserta dua tempat perhiasan diri dan pancuran berkaca yang berasingan.

Kondominium mewah ini menawarkan kemudahan gaya hidup di dalam kawasan seluas 50,000 kaki persegi, termasuk LA PALESTRA, kelab sukan dan spa seluas 40,000 kaki persegi, yang termasuk kolam renang sepanjang 75 kaki, dinding rock-climbing setinggi 38 kaki, gelanggang bola keranjang dan skuasy, ruang istirahat dan lorong boling dengan dua lorong serta simulator golf. Kelab tersebut turut menawarkan kelas, latihan peribadi dan Kinesis. Kemudahan spa pula termasuklah lokar dan bilik persalinan, bilik wap dan sauna serta bilik rawatan peribadi.

One Riverside menawarkan kemudahan gaya hidup tambahan termasuk taman permainan dalaman yang direka oleh Kidville, bilik aktiviti dengan dapur katering penuh, bilik tayangan persendirian, ruang istirahat penghuni dan laman dalam berlandskap. Bahagian lobi pula dijaga oleh seorang penjaga 24 jam dan perkhidmatan pekerja rencam. Garaj tempat letak kereta juga turut disediakan.

Riverside South terletak berhampiran lokasi yang menempatkan beberapa tarikan budaya Bandar New York yang paling mendapat perhatian dan antara tempat menjamu selera serta destinasi membeli-belah yang terbaik di bandar tersebut. Riverside Park South menawarkan seluas 21 ekar kawasan lapang, padang sukan, padang permainan, plaza, jeti dan taman indah yang mudah dinikmati oleh para penghuninya.

Tapak terakhir komuniti Riverside South ialah Riverside Center yang apabila siap akan menyediakan bagi kejiranan itu lebih 100,000 kaki persegi keluasan bagi pusat membeli-belah, tempat makan, perkhidmatan peruncitan dan sekolah K-8 awam serta 3.2 ekar kawasan berumput.

Lokasi pusat jualan dan rekaan tersebut adalah di 425 Freedom Place South, 62nd Street. Harga bermula daripada $1 juta hingga $25 juta dan penghunian dirancang bermula pada tahun 2015. Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat janji temu, sila hubungi Corcoran Sunshine Marketing Group di talian +1-212-663-7873 atau layari www.OneRiversidePark.com.

Source: Extell Development Company
Keywords: Entertainment Real Estate Residential Real Estate New products/services