omniture

CGTN: China tegaskan pendidikan, teknologi sains, bakat dalam pemacu pemodenan

CGTN
2022-10-20 08:56 101

BEIJING, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dalam laporan oleh Xi Jinping yang dibuat di Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), beliau mendedikasikan sebahagian daripadanya untuk strategi yang telah lama wujud yang menyasarkan kepada pemupukan bakat.

Bertajuk "Menggiatkan China Melalui Sains dan Pendidikan," strategi tersebut diperkenalkan pada tahun 1995 dan diperkayakan dengan penerapan pandangan baharu yang terkandung dalam siri dasar yang diperkenalkan sejak itu.

"Pendidikan, sains dan teknologi serta sumber manusia merupakan tonggak-tonggak asas dan strategik untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek," kata Xi.

Kuasa yang inovatif

China melaksanakan usaha yang belum pernah dilakukan sebelum ini terhadap inovasi pada dekad lalu dan terdapat banyak contoh jelas mengenai kuasa inovatif negara ini pada ketika itu: superkomputer bertaraf dunia, stesen angkasa yang dibina di dalam negara dan Fendouzhe (Striver) boleh tenggelam dikendalikan oleh manusia yang mencatat rekod menyelam kebangsaan di bahagian laut yang paling dalam.

Teknologi sains China berkembang lebih pantas sejak 10 tahun yang lalu berbanding mana-mana dekad lain dalam sejarah, menurut Naib Menteri Sains dan Teknologi Li Meng. Perbelanjaan tahunan semasa ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah 2.7 kali ganda berbanding tahun 2012.

China mendaki ke kedudukan ke-11 dalam Indeks Inovasi Global 2022, naik dari kedudukan ke-12 pada tahun lalu, menurut World Intellectual Property Organization (WIPO) bulan lalu.

"Kami akan membuka kawasan-kawasan dan arena-arena baharu dalam pembangunan dan terus memupuk pemacu pertumbuhan baharu serta kekuatan baharu," kata Xi.

Pendidikan yang lebih baik

Inovasi merupakan hasil daripada bakat yang dididik dengan baik. Bagi membangunkan bidang pendidikan yang dapat memenuhi harapan rakyat, Xi berkata China akan "bergerak lebih pantas untuk membina sistem pendidikan yang berkualiti tinggi, memajukan pembangunan pelajar secara menyeluruh dan menggalakkan keadilan dalam pendidikan."

"Sebagai seorang profesor universiti, perkara paling penting ialah memupuk bakat, kerana bahkan elemen teras dalam inovasi ialah bakat," kata Xie MingYong, seorang ahli akademik di Chinese Academy of Engineering dan delegasi ke kongres tersebut, kepada CGTN.

Pendidikan di China pada semua peringkat telah menghampiri atau melebihi paras purata negara-negara berpendapatan sederhana dan tinggi, dengan persekolahan wajib mencapai tahap sederhana bagi negara-negara berpendapatan tinggi, menurut data daripada Kementerian Pendidikan.

Dalam tahun 2021, terdapat 18.44 juta orang guru sepenuh masa pada semua peringkat dan di semua jenis sekolah seluruh negara, satu peningkatan sebanyak 26.2 peratus berbanding tahun 2012.

Pautan: 
https://news.cgtn.com/news/2022-10-18/China-emphasizes-education-sci-tech-talent-in-modernization-drive-1eeOR3XC9uU/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion