omniture

Forum Ekonomi Dunia Tambah Kilang SANY Kedua dalam Global Lighthouse Network

SANY Group
2022-10-20 09:01 123

CHANGSHA, China, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry ("SANY"), sebuah perusahaan yang terkemuka dalam industri pembuatan peralatan canggih, kini memiliki dua kilang rumah api yang diperakui sebagai sebahagian daripada Global Lighthouse Network (GLN) Forum Ekonomi Dunia (WEF). No. 18 Factory di Changsha ialah Kilang Rumah Api kedua yang diperakui dalam industri berat global selepas kilang jentera penggerudian SANY di Beijing.

Lighthouse factory of SANY
Lighthouse factory of SANY

GLN, ditubuhkan dengan kerjasama McKinsey, mengiktiraf Kilang-kilang Rumah Api di serata dunia yang merupakan kilang-kilang yang menjadi perintis bagi pembuatan digital dan Globalisasi 4.0 serta mewakili tahap pembuatan pintar (IM) tertinggi serta pendigitalan.

Sebagai respons kepada cabaran turun naik kitaran dalam pasaran industri berat dan pengeluaran bahagian-bahagian berat yang berbilang varieti tetapi bervolum rendah, SANY memanfaatkan sepenuhnya pengeluaran automatik yang fleksibel, AI dan penyelesaian IoT berskala untuk menubuhkan sistem pembuatan digital dan fleksibel bagi peralatan berat dalam No. 18 Factory. Penambahbaikan adalah ketara: SANY telah mencapai pengembangan kapasiti pengeluaran sebanyak 123 peratus, 98 peratus peningkatan produktiviti dan 29 peratus pengurangan kos pembuatan unit.

"Hanya terdapat dua Kilang Rumah Api dalam industri berat global dan kedua-duanya milik SANY. Memperoleh pensijilan kedua merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran kami dan menunjukkan pencapaian hebat kami dalam pembuatan termaju dan transformasi digital," kata Xiang Wenbo, Pengerusi SANY Heavy Industry.

Pada Julai ni, SANY dinamakan sebagai salah satu daripada "50 Syarikat Paling Pintar" oleh MIT Technology Review, sementara kilang No. 18 menjadi Kilang Rumah Api "paling pintar" bagi jentera berat:

  • Kilang berkeluasan 100,000 meter persegi ini mengeluarkan trak pam, pam treler dan pam dipasang pada trak, bahagian pasaran yang merupakan tertinggi secara global selama beberapa tahun berturut-turut.
  • Sembilan proses pembuatan utama kilang ini dan 32 senario pengeluaran tipikal telah mencapai automasi penuh.
  • Setiap pam yang dikeluarkan daripada kilang ini diberikan "kad ID" eksklusif bermula daripada permulaan pengeluaran dan dihantar dengan pintar oleh "otak kilang" MOM dalam seluruh proses pengeluaran. Kilang ini telah mencapai kesemua elemen pembuatan pintar.
  • Semua pemotongan dan penyusunan plat keluli disempurnakan oleh robot AI dengan visualisasi 3D yang meningkatkan kejituan kepada 1mm, memendekkan tempoh sebanyak 60 peratus dan mengurangkan bahan buangan sebanyak hampir separuh.
  • 1,540 sensor dan 200 robot rangkaian penuh digunakan dalam seluruh kilang menjana lebih 30TB data raya setiap hari.
  • Dengan teknologi pengesanan arka, cakera putar trak pam 3.7-meter-panjang 2.6-tan telah menjayakan cengkaman dan kimpalan tanpa lekapan buat kali pertama dalam industri ini.

SANY telah melabur sebanyak 500 juta yuan (USD 69.53 juta) dan mencapai kejayaan yang inovatif melibatkan 55 teknologi teras sejak projek Changsha Factory 18 pada tahun 2020.

Transformasi IM Changsha Factory 18 telah merangsang kapasiti pengeluarannya sebanyak 123 peratus, kecekapan kakitangan sebanyak 98 peratus dan kadar automasi keseluruhan sebanyak 76 peratus dengan keupayaan untuk menghasilkan 263 SKU. Pada tahun 2021, nilai pengeluaran setiap-kapita kilang ini mencapai 14.7113 juta yuan (USD 2.05 juta) dan nilai setiap-meter-persegi bernilai 154,000 yuan (USD 21,410).

Penyelesaian teknologi dan teknikal asal yang tercipta dalam projek Changsha Factory 18 dipromosikan dengan pantas di 45 kilang SANY yang lain. 46 kilang yang ditransformasikan secara digital telah merangka pelan tindakan kilang-kilang pintar dalam konteks revolusi perindustrian keempat, meluaskan IM kepada pautan huluan dan hiliran dalam rantaian industri secara serentak.

"SANY komited terhadap transformasi digital dan pintar produk, pembuatan dan operasi pintar melalui kemajuan teknologi yang berterusan serta perkongsian pengalaman dan kami berusaha untuk menjadi penanda aras IM dalam industri jentera pembinaan global," tambah Xiang.

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Machinery Mining/Metals