STUTTGART, Jerman, 21 November 2013 /PRNewswire/ --
Pertunjukan perdana SUV kompak daripada Porsche
- Rujuk silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/9820/ -
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131120/654081 )
Porsche sedang memperluas rangkaiannya dengan memasukkan kelas kenderaan baharu. Macan ialah model Porsche pertama yang menembusi segmen SUV kompak dan bakal menetapkan standard baharu dalam bidang dinamik serta kenikmatan pemanduan – atas jalan berturap serta muka bumi tidak rata. Macan menggabungkan ciri-ciri pengendalian tipikal yang telah diwakili oleh Porsche sejak dari mula lagi: pemecutan maksimum dan nilai pembrekan, kuasa enjin yang tinggi, ketangkasan ekstrem dan kejituan stereng optimum. Tambahan lagi, semua ciri ini digandingkan dengan tahap keselesaan yang tinggi dan sesuai digunakan setiap hari. DNA ranggi Macan, seperti semua kenderaan Porsche lain, juga boleh dikenali serta-merta daripada rekaannya. Kenderaan Kemudahan Sport itu tiada tandingannya jika melihat pada profil leper dan lebarnya di atas jalan. Bonet lingkung keliling dan bumbung yang melandai lembut menyerlahkan lagi keanggunan bergaya dan dinamik berkuasa kereta ini. Banyak unsur rekaannya telah diambil berdasarkan kereta sport Porsche yang lain dan diserlahkan lagi bagi Macan lalu membuatkannya ketara apabila dipandang kali pertama yang Porsche Macan muncul sebagai kereta sport pertama dalam segmen SUV kompak. Macan "Dibuat di Jerman", dihasilkan di kilang pembuatan Leipzig. Porsche telah melabur 500 juta Euro dalam kilang pembuatan itu dan telah menetapkan tertib pengeluaran penuh di sana. Tertib itu dijangka akan mengeluarkan kira-kira 50,000 kenderaan setiap tahun – semuanya dibuat dengan kejituan serta tahap kualiti tertinggi. Seperti apa yang kita jangkakan daripada Porsche.
Namanya berasal daripada perkataan Bahasa Indonesia yang bermaksud harimau. Macan memang menepati namanya: begitu gagah dan bersedia untuk menerkam bila-bila masa sahaja, namun masih lincah dan teguh pergerakannya atas muka bumi tidak berturap. Peringkat terkini dalam evolusi pemanduan semua roda – yang dikenali sebagai Pengurusan Cengkaman Porsche (PTM) – telah menghasilkan salah satu sistem pemanduan paling berkuasa di dunia. Berikutan pelancaran Macan, kini Porsche menawarkan kenderaan pemanduan semua roda yang ranggi melalui rangkaian model yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini.
Rangkaian produk Macan di pelancaran pasaran itu terdiri daripada tiga model. Sebagai model terutama dalam rangkaian model Macan, Macan Turbo1) dijangka akan menjadi kenderaan yang paling berkuasa dalam segmen SUV kompak. Enjin biturbo V6 3.6 liter boleh mencapai jumlah tenaga yang tiada tandingan sebanyak 400 bhp (294 kW) dan boleh memecutkan kenderaan itu dari 0 ke 100 km/j dalam 4.8 saat sahaja. Macan S2) dilengkapi enjin biturbo V6 3.0 liter yang memberikan tenaga sebanyak 340 bhp (250 kW) serta mempunyai pemanduan semua roda yang aktif. Pemanduan semua roda ini dipasang pada semua model Macan. Macan S Diesel3) dengan enjin 258 bhp (190 kW) diibaratkan sebagai pelari jarak jauh yang berekonomi antara ketiga-tiga model Macan itu.
GO
Nota: Foto yang disediakan bagi wartawan bertauliah boleh diperoleh daripada pangkalan data akhbar Porsche dalam talian di https://presse.porsche.de.
1) Macan Turbo*: penggunaan bahan api dalam bandar 11.8 - 11.5 liter/100 km; penggunaan bahan api luar bandar 7.8 - 7.5 liter/100 km; penggunaan bahan api gabungan 9.2 - 8.9 liter/100 km; pembebasan gas CO2 216 - 208 g/km
2) Macan S*: penggunaan bahan api dalam bandar 11.6 - 11.3 liter/100 km; penggunaan bahan api luar bandar 7.6 - 7.3 liter/100 km; penggunaan bahan api gabungan 9.0 - 8.7 liter/100 km; pembebasan gas CO2 212 - 204 g/km
3) Macan S Diesel*: penggunaan bahan api dalam bandar 6.9 - 6.7 liter/100 km; penggunaan bahan api luar bandar 5.9 - 5.7 liter/100 km; penggunaan bahan api gabungan 6.3 - 6.1 liter/100 km; pembebasan gas CO2 164 - 159 g/km
*) Versatiliti bergantung pada set tayar yang digunakan
Perhubungan Awam dan Akhbar
Siaran Akhbar Produk
Thomas Hagg
Telefon: +49(0)711-911-24542
E-mel: thomas.hagg@porsche.de
Satu gambar yang disertakan dengan siaran ini boleh didapati dalam suapan AP PhotoExpress menggunakan ref# PRN3
Sumber: Porsche Holding SE