Hotel 222 bilik ini berfungsi sebagai landasan pelancar yang memberi inspirasi kepada
pengembara yang arif untuk menerokai warisan semula jadi dan kekayaan budaya
di bandar dan seluruh Borneo Utara
CHICAGO, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini mengumumkan kemunculan pertama Hyatt Centric Kota Kinabalu, yang menandakan kemunculan jenama gaya hidup Hyatt yang semakin berkembang pesat ke Asia Tenggara dan Malaysia. Hotel yang merangkumi 222 bilik ini berpusat di tengah-tengah kemeriahan makanan dan hiburan di bandar Kota Kinabalu, yang menyediakan asas keselesaan penempatan bagi penduduk dan pengembara yang ingin mencuba keunikan pengalaman yang asli dan tersembunyi di ibu kota negeri Sabah di Borneo.
"Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Hyatt Centric Kota Kinabalu sebagai hotel Hyatt Centric pertama di Asia Tenggara, menetapkan satu pencapaian baharu untuk jenama gaya hidup Hyatt yang sedang pesat berkembang," kata David Udell, presiden kumpulan, Asia-Pasifik, Hyatt. "Berdasarkan selama lebih 40 tahun kehadiran Hyatt di Malaysia, kami teruja untuk menawarkan pengalaman yang segar melalui pad pelancaran baharu ini di mana pengembara-pengembara yang arif untuk memperolehi pengalaman keindahan semula jadi dan destinasi di sekitar dan di sebalik Kota Kinabalu."
Hotel 23 tingkat ini mempunyai 222 bilik tetamu moden dengan balkoni serta kolam renang infiniti, restoran dupleks dan bar, menawarkan pemandangan laut biru, bukit hijau dan bandar. Hyatt Centric Kota Kinabalu terletak beberapa langkah dari pusat membeli-belah dan Terminal Feri Jesselton Point di mana tetamu boleh mengambil perjalanan bot singkat selama 20 minit ke pulau-pulau disekitarnya untuk menikmati pantai berpasir putih dan aktiviti menyelam. Hotel ini berada di lokasi yang sesuai untuk pelancong perniagaan dengan jaraknya yang berdekatan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, kompleks sukan dan universiti. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pula hanya berjarak 15 minit pemanduan dari hotel.
Berlatar belakangkan kehijauan Signal Hill, tarikan seni bina dan hiasan dalaman kontemporari oleh arkitek terkenal di peringkat global, Kengo Kuma, mencerminkan kekayaan budaya dan warisan semula jadi Sabah. Reka bentuk dalamannya diilhamkan oleh keindahan hutan Borneo: Barisan buluh di lobi menggambarkan pertumbuhan lantai hutan manakala struktur menegak bangunan membawa tetamu ke bahagian bumbungnya kepada ruang hijau yang menghadap ke Signal Hill, pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan Laut China Selatan.
"Hyatt Centric Kota Kinabalu benar-benar menghayati pemandangan budaya dan masakan yang berkembang pesat di bandar ini. Daripada restoran ON22 kami yang menyajikan resipi keluarga tradisional dengan sentuhan moden serta bar ON23 yang menyediakan koktel kraf inspirasi tempatan tersendiri di samping beberapa pemandangan terbaik di bandar, dan lawatan karya seni jalanan (street art) yang berwarna-warni di sekitar kawasan kejiranan diketuai oleh pasukan hotel kami," kata Ruben Schrijver, Pengurus Besar, Hyatt Centric Kota Kinabalu. "Pasukan Sabahan kami yang sentiasa teruja untuk berkongsi pengetahuan dan tips tempatan mereka tentang tempat-tempat yang menarik, memastikan pengembara dan penduduk tempatan tidak terlepas dari sebarang detik pengembaraan."
Bilik Tetamu
Hyatt Centric Kota Kinabalu mempunyai 222 bilik tetamu yang penuh bergaya, termasuk 16 suite yang luas, dengan tingkap-tingkap besar dan balkoni peribadi yang lengkap dengan perabot luaran bersama pemandangan bandar yang aktif dan bukit hijau yang subur. Bilik tetamu boleh diakses menggunakan kunci digital dalam aplikasi mudah alih World of Hyatt, menawarkan kemudahan yang berguna untuk pelancong biasa dan pelancong perniagaan – daripada ruang kerja ergonomik yang luas dan televisyen 55" yang besar di mana tetamu boleh melayari media kegemaran mereka kepada pancuran mandian hujan yang menenangkan dengan jubah mandi unik Hyatt Centric serta kemudahan mandian eksklusif Beekind® yang mementingkan perihal sosial untuk dinikmati selepas seharian meneroka.
Makanan dan Minuman
Gandingan restoran ON22 dan bar ON23 membentuk destinasi makan dupleks yang bersedia untuk menjadi hotspot masakan, menyelami tetamu dengan rasa Asia yang meriah dan minuman kreatif di samping pemandangan yang memukau dari siang hingga malam. Menampilkan tempat duduk teres dalaman dan luaran, lengkap dengan live kitchen, tema 'Dining in the Gardens' ON22 menampilkan tiga ruang yang berbeza: 'Sea-Forest', dibingkai dengan pemandangan laut dan bukit-bukau yang subur; 'Wood Garden', di mana hiasan dan kehijauan diilhamkan oleh hutan hujan tropika di Borneo; 'Dry Garden' dengan batu besar, lantai batu dan panel kayu berwarna kayu manis memberi penghormatan kepada Gunung Kinabalu yang hebat di Malaysia, dan bahagian eksklusif dalam ruang ini boleh digunakan untuk majlis-majlis persendirian.
Restoran ON22 yang bersambung ke bar di atas ON23, akan membuat tetamu terpegun dengan keunikan reka bentuk tangga tengah melengkung membawa tetamu ke suasana yang cerah dengan tingkap dari lantai ke siling di mana mereka boleh menikmati pemandangan sekeliling sambil berehat di tengah-tengah perabot moden dengan kemasan kayu dan granit. Tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbenam dengan pemandangan panoramik matahari terbenam dibalik pulau, suasana ON23 yang mengalu-alukan dan menyeronokkan sesuai untuk minum santai selepas waktu kerja serta pada waktu siang di mana tetamu boleh memilih daripada kraf koktel dan cider bersama juadah ringan.
Ditapis dengan buluh dan air yang menenangkan dari pintu masuk jalan, The Lounge di lobi adalah ruang sosial yang menarik untuk pengembara dan tetamu tempatan menikmati sajian makanan dan minuman sama ada untuk bekerja, beriadah atau ketika melihat sudut artisan pop-up. Dua karya seni yang menarik di dinding itu mentafsir semula budaya, seni dan tempat menarik tempatan di Sabah, merancakkan perbualan ke ruang komunal.
Ruang Riadah dan Majlis
Kolam renang infiniti di bumbung atas yang menyerlah di tingkat 23 menawarkan pemandangan luar biasa yang menghubungkan bukit ke laut. Para tetamu yang ingin mengekalkan rutin kecergasan mereka ketika bercuti juga boleh menggunakan pusat kecergasan yang menghadap ke pemandangan hijau yang menyegarkan.
Hotel ini mempunyai ruang serba boleh seluas 3,154 kaki persegi (293 meter persegi) dengan tujuh bilik mesyuarat yang selesa di tingkat tiga. Setiap bilik mesyuarat dilengkapi dengan balkoni, tingkap dari lantai ke siling, peralatan audio visual berspesifikasi tinggi untuk seminar bersemuka serta mesyuarat hibrid dan acara sosial yang boleh memuatkan sehingga 170 orang.
Tempahan untuk Hyatt Centric Kota Kinabalu kini dibuka, dengan penginapan dari 20 Oktober 2022. Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh atau untuk menempah penginapan, sila layari www.hyattcentrickotakinabalu.com atau hubungi +60154 874 1234.
World of Hyatt Memberi Ahli 500 Sebab untuk Menginap di Tempat Baharu
Untuk memberikan ahli World of Hyatt lebih banyak cara untuk menerima ganjaran, World of Hyatt menawarkan ahli peluang untuk memperoleh 500 Mata Bonus untuk malam kelayakan di Hyatt Centric Kota Kinabalu, dari 20 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2023, sebahagian daripada tawaran ahli hotel baharu World of Hyatt. Imbuhan hotel-hotel yang mengambil bahagian dan tempoh penginapan tawaran mereka boleh didapati di worldofhyatt.com/newhotelbonus. Tiada pendaftaran diperlukan dan ahli boleh memperoleh ganjaran diatas tawaran-tawaran lain.
Terma & Syarat
Tawaran sah untuk 500 Mata Bonus bagi penginapan setiap malam kelayakan oleh ahli World of Hyatt dalam kedudukan baik semasa tempoh tawaran hotel di hotel dan resort yang mengambil bahagian. Tawaran sah di hotel dan resort yang mengambil bahagian untuk penginapan dengan tarikh daftar keluar semasa tempoh tawaran setiap hotel. Untuk tempoh tawaran setiap hotel, lawati worldofhyatt.com/newhotelbonus. Untuk layak menerima tawaran ini, anda mesti menjadi ahli World of Hyatt yang mempunyai kedudukan yang baik pada masa tempahan dan penginapan, menginap di hotel yang mengambil bahagian dengan tarikh daftar keluar semasa tempoh tawaran hotel tersebut, berikan nombor keahlian World of Hyatt anda semasa daftar masuk, dan sama ada membayar Kadar Layak atau menebus pemberian malam percuma. "Kadar Layak" dan "Kadar Tidak Layak" ditakrifkan dalam Terma dan Syarat World of Hyatt (terletak di worldofhyatt.com/terms). Hanya satu mata bonus boleh diperolehi bagi setiap ahli, setiap penginapan, tanpa mengira bilangan bilik yang ditempah. Hanya bilik yang diduduki oleh ahli akan dikira dalam tawaran ini. Dua atau lebih malam berturut-turut di hotel yang sama akan dianggap sebagai satu penginapan. Semua mata yang diberikan di bawah tawaran ini adalah Mata Bonus. Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat lengkap program World of Hyatt. Sila tunggu 3-4 minggu selepas perjalanan selesai untuk Mata Bonus World of Hyatt dikreditkan ke Akaun anda. Untuk menyertai World of Hyatt, lawati world.hyatt.com. Malam kelayakan akan dikesan secara automatik apabila anda memberikan nombor keahlian World of Hyatt anda semasa daftar masuk. Bilangan bilik yang terhad diperuntukkan untuk tawaran ini; tempahan tertakluk pada ketersediaan. Tawaran tidak sah dengan kumpulan, konvensyen, tawaran promosi lain, pakej pelancongan atau program kadar istimewa. Tempoh pemadaman promosi mungkin dikenakan disebabkan oleh tempoh bermusim atau acara khas, dan sekatan ketibaan/berlepas biasa dikenakan. Hyatt berhak untuk mengubah atau menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa tanpa notis. Tanda dagangan Hyatt®, World of Hyatt® dan tanda berkaitan adalah tanda dagangan Hyatt Corporation atau sekutunya. © 2019 Hyatt Corporation. Hak cipta terpelihara.
Untuk maklumat lanjut, lawati worldofhyatt.com/newhotelbonus.
Mengenai Hyatt Hotels Corporation
Hyatt Hotels Corporation, yang beribu pejabat di Chicago, ialah syarikat hospitaliti global terkemuka yang dipandu oleh tujuannya – untuk menjaga orang ramai supaya mereka boleh menjadi yang terbaik. Sehingga 30 Jun 2022, portfolio Syarikat merangkumi lebih daripada 1,150 hotel dan kesemua hartanah (all-inclusive properties) termasuk di 72 negara di enam benua. Tawaran Syarikat termasuk jenama dalam Timeless Connection, termasuk Park Hyatt®, Grand Hyatt®, Hyatt Regency®, Hyatt®, Hyatt Residence Club®, Hyatt Place®, Hyatt House®, dan UrCove; Boundless Collection, termasuk Miraval®, Alila®, Andaz®, Thompson Hotels®, Hyatt Centric®, dan Caption oleh Hyatt; Independent Collection, termasuk Unbound Collection oleh Hyatt®, Destination oleh Hyatt™, dan JdV oleh Hyatt™; dan Inclusive Collection, termasuk Hyatt Ziva®, Hyatt Zilara®; Zoëtry® Wellness & Spa Resorts, Secrets® Resorts & Spas, Breathless Resorts & Spas®, Dreams® Resorts & Spas, Vivid Hotels & Resorts®, Alua Hotels & Resorts®, dan Sunscape® Resorts & Spas. Anak Syarikat yang mengendalikan program kesetiaan World of Hyatt®, ALG Vacations®, Unlimited Vacation Club®, perkhidmatan pengurusan destinasi Amstar DMC, dan perkhidmatan teknologi Trisept Solutions®. Untuk maklumat lanjut, lawati www.hyatt.com.
Mengenai Hyatt Centric
Hyatt Centric ialah jenama hotel gaya hidup perkhidmatan penuh yang terletak di destinasi-destinasi utama. Dicipta untuk menghubungkan tetamu kepada nadi aksi, hotel Hyatt Centric direka dengan teliti untuk membolehkan penerokaan dan penemuan supaya mereka tidak terlepas sebarang detik pengembaraan. Setiap hotel menawarkan ruang sosial untuk berhubung dengan orang lain di lobi, sementara itu bar dan restoran adalah tempat tumpuan tempatan di mana perbualan yang rancak, makanan berinspirasikan tempatan dan koktel istimewa boleh dinikmati. Bilik moden yang diperkemas menumpukan kepada penyampaian semua keperluan tetamu dan bukan apa yang tidak diingini. Pasukan yang penuh semangat sentiasa bersedia memberikan kepakaran tempatan tentang makanan, hiburan malam dan aktiviti terbaik yang ditawarkan oleh destinasi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati hyattcentric.com. Ikuti @HyattCentric di Facebook dan Instagram, dan tag foto dengan #HyattCentric.
RANGKAIAN MEDIA:
Jennifer Rubin
Hyatt
Jennifer.rubin@hyatt.com
Angelina Hue
Hyatt – Asia Pacific
angelina.hue@hyatt.com
Tina Goh
Pengurus Komunikasi Pemasaran, Hyatt Centric Kota Kinabalu
tina.goh@hyatt.com