omniture

Pakar Berhimpun Bagi Merapatkan Jurang Kanser menjelang 2025

UICC
2013-11-21 04:01 140

CAPE TOWN, 21 November 2013 /PRNewswire/ -- Para pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kementerian Kesihatan dan pembuat keputusan antarabangsa yang menerajui berhimpun buat kali pertama di Afrika bagi membincangkan bebanan kanser yang semakin meruncing pada peringkat global di Persidangan Kemuncak Pemimpin Kanser Dunia 2013 (WCLS), bertempat di Dewan Bandar Raya Cape Town pada hari ini.

Acara yang diatur oleh Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) dan dianjurkan oleh Persatuan Kanser Afrika Selatan (CANSA) tersebut merupakan forum penting bagi mendapatkan tindak balas pelbagai tahap yang diselaraskan di peringkat global terhadap epidemik kanser yang mencengkam negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) serta memastikan kawalan kanser yang diiktiraf sepenuhnya dalam agenda kesihatan dan pembangunan di seluruh dunia.

WCLS mewakili tindak balas yang signifikan daripada komuniti kanser peringkat global kepada satu usaha yang dijalankan oleh PBB baru-baru ini untuk mencapai matlamat di peringkat global bagi mengurangkan kematian pramatang akibat penyakit yang tidak berjangkit (NCD) sebanyak 25% menjelang tahun 2025.

"Tema bagi Persidangan Kemuncak 'Merapatkan Jurang Penyakit Kanser Menjelang 2025' pada tahun ini menekankan keperluan mendesak untuk merapatkan jurang perbezaan yang ketara dalam kawalan kanser di dalam dan merentasi sempadan negara, antarabangsa dan sempadan serantau," ujar Profesor Mary Gospodarowicz, Presiden Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC). "Ini khususnya lebih penting kerana kita berada di Afrika, rantau yang sering memperlihatkan peningkatan dalam kejadian kanser serta kematian."

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih 12 juta penduduk di seluruh dunia akan didiagnosis dengan penyakit kanser pada tahun ini dan hampir lapan juta akan maut. Penyakit yang sering disalahertikan sebagai penyakit dalam kalangan orang-orang kaya dan berlaku kepada populasi penduduk negara membangun sahaja, hakikatnya, lebih 70% kematian dilaporkan berlaku dalam kalangan penduduk negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC). Tanpa sebarang tindakan bersepadu, kejadian kanser dijangkakan meningkat sehingga 70% di negara berpendapatan sederhana dan 82% pula di negara berpendapatan rendah menjelang tahun 2030. [i]

Ketua Pegawai Eksekutif CANSA, serta seorang yang berjaya sembuh daripada kanser, Sue Janse Van Rensburg menjelaskan kepentingan memastikan akses yang lebih baik, laporan yang lebih tepat dan membolehkan lebih banyak data didapati supaya kanser dapat dikawal dengan cara yang lebih berkesan. "Kami amat memerlukan acara penting seperti ini bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam kalangan peneraju yang terlibat dengan kawalan kanser di Afrika."

Cik Zoleka Mandela, seorang penyokong yang berjaya sembuh daripada penyakit kanser, menghadiri Persidangan Kemuncak tersebut dan menekankan kepentingan pengesanan peringkat awal. "Kanser yang dihidapi wanita adalah yang paling lazim dalam kalangan wanita Afrika sub-Sahara. Dengan beberapa pengecualian, kanser pada peringkat awal adalah lebih mudah untuk dirawat berbanding kanser peringkat lanjutan, maka akses kepada program pengesanan awal, saringan dan rawatan adalah sangat mustahak."

WCLS menekankan bagaimana komuniti kanser peringkat global boleh membantu LMIC untuk meningkatkan pengumpulan dan pemahaman maklumat berkaitan kanser di negara mereka, meningkatkan kesedaran tentang kanser dalam kalangan wanita dan pilihan yang wujud bagi memperbaiki akses kepada keperluan perubatan serta teknologi bagi merawat penyakit tersebut.

Sila layari http://www.uicc.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.

i. World Bank. Growing Danger of non-communicable diseases. Boleh didapati di

http://siteresources.worldbank.org/HEALTHNUTRITIONANDPOPULATION/Resources/Peer-Reviewed-Publications/WBDeepeningCrisis.pdf Last accessed August 2012

Perhubungan media:

Nadia Hearn
nadiah@greaterthan.co.za
Tel: +27(0)21-812-2670
Bimbit: +27(0)74-923-3835

SUMBER  UICC

Source: UICC
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news