omniture

Video Anugerah Belakang Tabir Hamilton Tahunan ke-7 di Los Angeles Kini Boleh Didapati

Hamilton International SA
2013-11-21 10:00 156

BIEL, Switzerland, 21 November 2013 /PRNewswire/ --

Video BTCA (Anugerah Belakang Tabir) 2013 telah disertakan dalam platform Siaran Berita Media Hamilton. Ia memaparkan bintang terkenal meniti permaidani merah yang dikenali dek usaha keras di hadapan dan di belakang kamera serta memberikan suatu gambaran malam anugerah yang gilang-gemilang, bertempat di Ebell Theatre, LA.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/64138-hamilton-behind-the-camera-awards

Majlis anugerah ini turut diacarakan oleh majalah Los Angeles Confidential Niche Media, bagi memberikan penghormatan kepada bakat yang pintar di sebalik tabir yang tugas mereka masing-masing telah memberikan sumbangan besar kepada kualiti filem yang dihasilkan serta memberikan tanggapan yang kekal berpanjangan kepada para penonton.

Elisabeth Röhm mengacarakan majlis anugerah tersebut dengan penyampaian hadiah oleh senarai elit pelakon dan pembikin filem yang memenangi pelbagai anugerah termasuklah: Lenny Kravitz, Amy Adams, Sandra Oh, Casey Affleck, Zoe Saldana, Jason Reitman, Bruce Dern, Jeremy Renner dan ramai lagi.

Senarai penerima dan penyampai bagi Anugerah Belakang Tabir Hamilton 2013 termasuklah:

  • Pengarah: David O. Russell, "American Hustle"
  • Pengarah/Filem Asing: Haifaa Al Mansour, "Wadjda"
  • Penulis Skrip: Brad Ingelsby dan Scott Cooper, "Out Of The Furnace"
  • Penerbit: Robbie Brenner dan Rachel Winter, "Dallas Buyers Club"
  • Pengarah Uji Bakat: Billy Hopkins dan Leah Daniels-Butler, "Lee Daniels' The Butler"
  • Pereka Pengeluaran: Jess Gonchor, "Inside Llweyn Davis"
  • Editor Filem: Dana E. Glauberman, "Labor Day"
  • Pereka Pakaian: Michael Wilkinson, "American Hustle"
  • Tukang Peralatan Induk: Brad Einhorn, "Behind The Candelabra"
  • Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Sinematografi: Phedon Papamichael, ASC, "Nebraska"

Bagi mendapatkan maklumat lanjut: Samira Kaelin, samira.kaelin@hamiltonwatch.com, +41-32-343-38-63

Sumber: Hamilton International SA

Source: Hamilton International SA
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards