omniture

Teknologi Pengesanan Tubuh 3D Tumpuan CHTF 2013

The Office of CHTF Organizing Committee
2013-11-21 10:00 135

SHENZHEN, China, 21 November 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) 2013 yang dibuka pada 16 November di Shenzhen dan menarik minat lebih 100 delegasi dari lebih 50 negara, produk pintar berteknologi tinggi seperti pengesanan tubuh gunaan dan teknologi 3D benar-benar menerima perhatian terutamanya daripada Lu Yongxiang, bekas naib pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan merangkap Presiden Akademi Sains Cina, dan Chen Deming, ketua Persatuan Perhubungan Seberang Selat Taiwan.

En. Lu amat menitikberatkan Sistem Penyesuaian Imej Pengesanan Tubuh 3D setelah melihat demonstrasi dan mempelajari fungsi dan prospek komersil sistem ini melalui pengenalan oleh para pekerjanya. Beliau turut menggalakkan para pembangun untuk menjadi lebih berinovatif bagi mencipta antara produk pengesanan tubuh yang paling canggih dengan menggabungkan teknologi pengesanan tubuh, 3D dan suara. Setelah itu, beliau memberi nasihat berkaitan perluasan pasaran dan bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya CHTF sebagai platform untuk meneroka pasaran asing.

Sehingga kini, banyak pusat membeli-belah dan jenama fesyen di China telah mula menggunakan teknologi yang disebutkan bagi menjalankan promosi. Rundingan tentang kerjasama antara beberapa platform E-dagang dan pemegang teknologi masih diteruskan. Setelah kerjasama berjaya dijalinkan, mesin akan dipasang di lapangan terbang, stesen metro, bangunan pejabat, kemudahan kediaman kelas atasan dan banyak lagi. Kemudian, akan wujud pula lebih interaksi antara E-dagang dan para pengguna yang dikenali sebagai mod pemasaran 020, yang berlaku atas talian dan luar talian.

Latar Belakang CHTF:

Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) merupakan acara teknologi tinggi peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun pada bulan November di Shenzhen, China. Acara yang diluluskan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China dan dianjurkan secara bersama oleh 10 jabatan kerajaan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen, acara ini merupakan salah satu acara paling berpengaruh bagi sektor teknologi tinggi bagi tanah besar China. Acara ini turut dikenali sebagai "Acara Teknologi No. 1 di China". Sejak penubuhannya pada tahun 1999, CHTF telah menyediakan platform bagi syarikat teknologi di seluruh dunia untuk mempamerkan pencapaian teknologi mereka, bertukar-tukar maklumat, mengenal pasti rakan kongsi bagi menjalinkan kerjasama dan menerokai peluang perniagaan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web: www.chtf.com

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Trade show news