omniture

Huawei Menganjurkan Persidangan ICT Industri Tenaga Global Pertama di Chengdu, China

Huawei
2013-11-21 14:00 169

- Mempamerkan penyelesaian ICT generasi seterusnya yang disesuaikan bagi syarikat tenaga

CHENGDU, China, 21 November 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia yang menerajui pada peringkat global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menganjurkan Persidangan Kemuncak ICT Industri Tenaga peringkat global yang pertama di Chengdu, China pada hari ini. Persidangan yang bertemakan "Infrastruktur ICT Berinovatif bagi Grid Pintar", acara tersebut menyediakan platform bagi lebih 200 syarikat tenaga, institusi penyelidikan dan 400 pakar industri tenaga dari serata dunia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mendalam bersama Huawei. Perbincangan akan berkisarkan tentang pembinaan dan pelaksanaan penyelesaian ICT yang tangkas dan cekap yang dapat membantu syarikat tenaga mencapai pengendalian yang pintar dan memperbaiki produktiviti keseluruhan.

"Dengan pembangunan grid pintar, industri tenaga akan memasuki era baharu apabila peluang baharu muncul dengan evolusi ICT ini. Menerusi penyelesaian ICT berinovatif seperti platform data besar berasaskan awan, rangkaian tulang belakang pintar dan platform kolaborasi mudah alih, syarikat tenaga ini akan dapat meningkatkan kecekapan pengendalian masing-masing," ujar En. Dabing He, Presiden Jabatan Jualan Penyelesaian Global, Huawei Enterprise Business Group pada majlis pembukaan persidangan itu.

Pada sesi penyampaian ucapan dasar di Persidangan tersebut, En. Wing Kin Leung, Ketua Pegawai Teknologi Jabatan Jualan Penyelesaian, Huawei Enterprise Business Group menekankan barisan teknologi baharu ICT seperti pengkomputeran awan, Internet of Things (IoT), data besar, mobiliti dan perangkaian sosial telah membawakan sinergi yang mantap ke dalam inovasi grid tenaga. Dengan memanfaatkan teknologi ICT yang canggih, Huawei amat komited untuk membina grid pintar yang andal bagi membantu meningkatkan kecekapan pengendalian bagi syarikat tenaga di seluruh dunia.

Huawei mempunyai pengalaman yang luas dalam membantu para pelanggannya dalam industri tenaga memanfaatkan teknologi ICT yang canggih bagi membantu memenuhi segala keperluan perniagaan yang dijalankan.

Pada acara tersebut juga, Huawei turut mempamerkan penyelesaian ICT generasi seterusnya yang disesuaikan bagi industri tenaga. Ini termasuklah penyelesaian komunikasi automasi pengagihan tenaga, penyelesaian komunikasi transformasi dan penghantaran tenaga, penyelesaian infrastruktur meter canggih (AMI), penyelesaian pusat data tangkas dan penyelesaian pejabat kolaboratif (sistem pengesanan status transformasi dan penghantaran tenaga yang andal) serta sistem pengumpulan data penggunaan tenaga yang cekap.

Huawei dikhususkan untuk berkhidmat dalam industri tenaga dan menjadi perintis inovasi teknologi ICT dalam sektor tersebut lebih dua dekad lalu. Hingga kini, penyelesaian ICT Huawei telah digunakan oleh lebih 160 syarikat tenaga di seluruh dunia. Pada tahun 2012, Huawei telah membantu Korporat Grid Negara China secara eksklusif bagi membina rangkaian data komunikasi peringkat kebangsaan. Pelayan, peranti storan, perisian kemayaan, sistem persidangan video dan telefon telah digunakan oleh syarikat tenaga di seluruh negara China. Pada pasaran global pula, 10 daripada 20 syarikat tenaga terbaik dunia telah memilih Huawei sebagai penyedia penyelesaian ICT dengan produk dan penyelesaian oleh Huawei digunakan oleh syarikat tenaga di Australia, Brazil, Jerman, Indonesia, Jepun, Mexico, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand dan negara lain.

Huawei terus maju ke hadapan, lantas terus kekal komited terhadap inovasi yang berteraskan pelanggan dalam industri tenaga, menyediakan bagi syarikat tenaga dengan sistem ICT yang andal dan cekap untuk pembangunan grid pintar menerusi kolaborasi terbuka bersama rakan kongsi dalam industri tersebut.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia yang menerajui pada peringkat global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menerusi pengkhususan kami terhadap inovasi berteraskan pelanggan dan kerjasama yang kukuh, kami telah mengukuhkan kelebihan berterusan dalam rangkaian telekom, peranti dan pengkomputeran awan. Kami juga amat komited bagi memberikan nilai maksimum kepada para pengendali telekom, syarikat dan para pengguna dengan menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang kompetitif. Produk dan penyelesaian kami juga telah digunakan di lebih 140 negara, lantas berkhidmat kepada lebih satu pertiga populasi dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari Huawei dalam talian: www.huawei.com
Ikuti kami di Twitter: www.twitter.com/huaweipress dan
YouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiPress

Source: Huawei
Related Stocks:
Shenzhen:002502 Shenzhen:2502 Shenzhen:2502.SZ
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Trade show news