omniture

Nokia Melancarkan MixRadio dengan Play Me - Perkhidmatan Muzik Paling Mudah di Dunia

Nokia
2013-11-21 15:00 173

NEW YORK, 21 November 2013 /PRNewswire/ --

Perkhidmatan global baharu menawarkan stesen radio tersuai khusus dengan satu sentuhan sahaja

Nokia hari ini melancarkan Nokia MixRadio dengan Play Me di 31 negara seluruh Dunia. Perkhidmatan penstriman muzik percuma ini mendapat maklumat daripada tabiat mendengar bagi memberikan orang ramai stesen radio yang tersuai khusus, dengan satu sentuhan butang sahaja.

Nokia MixRadio ialah kemajuan yang terbina daripada perkhidmatan penstriman Nokia Music yang mendapat sambutan ramai apabila dilancarkan pada tahun 2011 bagi melancarkan pengalaman menemui muzik sambil bergerak. Ia membawakan orang ramai terus kepada muzik dengan butang 'Play Me' baharu, yang memberikan stesen radio tersuai khusus yang tersendiri untuk setiap pengguna.

Nokia MixRadio menggalakkan penyesuaian khusus pengguna dengan butang 'suka', 'tidak suka' dan ciri 'kegemaran' artis yang mudah bagi menajamkan pilihan muzik yang ia berikan. Perkhidmatan itu juga menawarkan ratusan gubahan lagu yang dikumpulkan khas oleh pakar serta selebriti yang bebas daripada iklan, pendaftaran atau langganan. Gubahan lagu boleh disimpan untuk didengar luar talian semasa tiada isyarat Internet seperti apabila dalam perjalanan di bawah tanah, serta dapat mengurangkan kos dan penggunaan data.

Jyrki Rosenberg, Naib Presiden dan Ketua Nokia Entertainment berkata: "Hari ini kami menjadikan misi kami jelas, bagi menyediakan perkhidmatan penstriman radio peribadi yang paling mudah. Nokia MixRadio menyatukan kesederhanaan dengan tahap penyesuaian khusus yang hebat, untuk pendekatan pertama mudah alih yang bakal membantu semua orang, bukan sahaja peminat tegar muzik, untuk menikmati dan menemui muzik baharu secara percuma."

Kata beliau lagi, "Ia semudah memasang radio, tetapi semuanya dalam kawalan anda – hanya satu sentuhan Play Me memberikan orang ramai stesen radio peribadi mereka sendiri, bebas iklan, tanpa pendaftaran dan daftar masuk. Malah anda boleh melangkau lagu yang anda tidak sukai, dan juga dapat membina stesen radio berdasarkan lagu yang anda gemari dan tidak gemari dengan ciri 'suka' dan 'tidak suka' yang tersendiri."

Nile Rodgers yang merupakan legenda muzik dan penerbit di belakang Chic serta lagu yang mendapat sambutan hangat seluruh dunia, Get Lucky nyanyian Daft Punk, menyertai Nokia MixRadio dalam upacara pelancarannya di New York, tempat beliau mengumumkan satu siri gubahan eksklusif yang beliau telah cipta dan kongsi melalui ciri MixSharing baharu. Ia membenarkan orang ramai berkongsi tiga lagu penuh untuk satu gubahan dengan kawan-kawan mereka melalui media sosial atau SMS, yang boleh didengari dalam talian di http://www.mixrad.io, secara percuma.

Kata Nile tentang perkhidmatan ini: "Radio memang cara kebanyakan orang ramai menemui muzik baharu, tetapi formatnya tidak banyak berubah sejak tahun 1950-an. Saya suka MixRadio kerana ia radio untuk generasi digital, mudah, serta-merta dan tersendiri. Ciri MixSharing juga bermakna orang ramai boleh mencipta dan menyiarkan stesen radio mereka sendiri! Lebih ramai orang mendapati muzik yang bagus selalunya memang sesuatu yang hebat."

Nokia MixRadio dengan Play Me kini boleh didapati oleh pengguna Nokia Lumia di 31 negara, lantas membuatkannya perkhidmatan penstriman tersuai khusus yang paling global di dunia. Dengan logo dan rupa baharu untuk perkhidmatan itu, ia boleh dimuat turun hari ini di http://www.windowsphone.com/store

-- TAMAT –

Nota kepada editor

  • Penyesuaian khusus diberikan dengan menangkap dan memahami tabiat pendengar lalu membina profil cita rasa mereka. Profil cita rasa dibina menggunakan senarai artis yang diberatkan, menggunakan maklumat daripada setiap tindakan yang diambil oleh pengguna termasuk bilangan kali mendengar seseorang artis, tindakan melangkau lagu, dan mengambil kira artis yang mendapat klik ' kegemaran'. Perkhidmatan ini juga mengimbas pilihan muzik tempatan dan komputer meja, serta melihat pada lagu yang dibeli. Apabila pengguna menekan butang PlayMe, ini mengaktifkan penghantaran lima lagu asas, yang dipilih menggunakan profil yang dibina oleh perkhidmatan itu, kepada rakan kongsi kami EchoNest. Mereka kemudiannya akan mencipta campuran dinamik yang terdiri daripada lagu yang terkandung dalam katalog yang mempunyai 26 juta lagu global.
  • Nokia Mix Radio boleh didapati di Australia, Austria, Brazil, Kanada, China, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Malaysia, Mexico, Kepulauan Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam, UK dan AS
  • "Nokia Music" kini akan menggunakan nama "Nokia MixRadio" sebagai nama keseluruhan untuk tawaran muzik Nokia. Pelancaran "Nokia MixRadio" akan didatangkan bersama logo serta identiti jenama baharu.

Tentang Nokia

Nokia ialah peneraju global dalam komunikasi mudah alih yang produk mereka sudah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan orang ramai seluruh dunia. Setiap hari, lebih 1.3 bilion orang menggunakan Nokia mereka bagi menangkap dan berkongsi pengalaman, mendapatkan maklumat, mencari arah atau hanya untuk bercakap sesama sendiri. Inovasi teknologi dan rekaan Nokia telah membuatkan jenamanya salah satu daripada jenama paling dikenali seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut, lawati http://www.nokia.com/about-nokia.

Tentang Nokia MixRadio

Nokia MixRadio memberikan bagi pengguna stesen radio peribadi mereka sendiri: campuran tersendiri muzik yang dipilih khusus berdasarkan cita rasa muzik mereka. Terdapat juga ribuan campuran yang dicipta oleh sekumpulan pakar muzik daripada katalog yang terdiri daripada 26 juta lagu global dan tempatan merentasi pelbagai genre yang meluas. Nokia MixRadio adalah percuma tanpa iklan, tidak memerlukan pendaftaran atau langganan dan memberikan pengguna pilihan untuk memuat turun campuran lagu bagi menikmatinya luar talian. Nokia MixRadio juga menawarkan MixSharing, kebolehan untuk berkongsi campuran lagu melalui media sosial atau melalui e-mel atau SMS, membantu orang ramai menemui dan menikmati lebih banyak muzik hebat.

Bagi maklumat lanjut lawati nokia.com/mixradio atau ikuti #nokiamixradio

Tentang Nile Rodgers

Nile Rodgers ialah pemuzik, penulis lagu dan penerbit yang menubuhkan kumpulan muzik CHIC. Beliau membawakan lagu-lagu yang mendapat sambutan seluruh dunia seperti "Dance, Dance, Dance", "Everybody Dance", "I Want Your Love", "Le Freak (Aw Freak Out!)", "Good Times", " He's The Greatest Dancer", "We Are Family", "I'm Coming Out", "Upside Down", "Like A Virgin", "Let's Dance", dan itu baru sebilangan kecil sahaja. Tambahan lagi, Nile juga telah menerbitkan beberapa lagu paling terkenal dalam kerjaya Madonna, David Bowie, Duran Duran dan Diana Ross. Pada tahun ini pula, beliau menjadi penulis bersama dan memainkan "Lagu Tema Musim Panas Tahun ini", "Get Lucky" nyanyian Daft Punk, yang telah memecahkan rekod dan menduduki tangga pertama dalam carta muzik di lebih 50 negara. 

Katy Hall, Tel - +1-2122192787, nokiamixradio@thisismission.com

Source: Nokia
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications