KUALA LUMPUR, 21 November 2013 /PRNewswire/ -- ZALORA, destinasi fesyen dalam talian yang menerajui di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran laman web dwibahasa (http://www.zalora.com.my). Laman ini kini boleh dilayari oleh semua pembeli dalam talian di seluruh Malaysia dan Brunei dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
ZALORA Malaysia telah mendapat reputasi membanggakan dalam industri beli-belah dalam talian atas perkhidmatannya yang pantas dan mudah. Peruncit dalam talian ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pelanggan seperti kaedah pembayaran dalam talian yang selamat, menyediakan polisi pemulangan dalam tempoh 30 hari dan pembayaran wang tunai ketika penghantaran. Sejak penubuhannya kira-kira setahun setengah yang lalu, ZALORA telah bekerja secara terus-menerus untuk membawa perubahan kepada pengalaman beli-belah untuk para pelanggannya. Inisiatif ini termasuklah pelancaran app iOS dan Android bagi menyediakan pengalaman beli-belah mudah alih yang lebih beraneka di samping memperbaiki perkhidmatan penghantaran dengan janji penghantaran dalam tempoh 24 jam. Memandangkan permintaan terhadap perkhidmatannya kian bertambah, ZALORA menjadikan lamannya bersifat dwibahasa.
Giulio Xiloyannis, Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembelian ZALORA Malaysia berkata, "Di ZALORA, matlamat kami adalah untuk terus memberikan kepada para pembeli dalam talian akses yang paling ringkas dan mudah bagi mendapatkan fesyen yang mengikut arah aliran dan mampu dimiliki. Kami telah menterjemahkan lebih 25,000 penerangan produk serta kategori produk, Terma Perkhidmatan, Soalan Lazim, Halaman Pesanan dan banyak lagi."
Xiloyannis berkata lagi, "Dengan pilihan bahasa yang baru dimasukkan, para pembeli boleh memilih daripada lebih 600 jenama dan 30,000 produk yang merangkumi pakaian, kasut, aksesori dan barangan kecantikan dengan bahasa pilihan mereka. Ini pastinya akan meningkatkan pengalaman membeli-belah para pelanggan dan dalam masa yang sama memberikan kami peluang yang lebih besar untuk mendapatkan pasaran baharu yang berpotensi."
Latar Belakang ZALORA
ZALORA, destinasi fesyen dalam talian yang menerajui di Asia telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Dengan kemunculannya di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Brunei, laman setempat ZALORA menawarkan rangkaian koleksi yang meluas dengan lebih 600 jenama antarabangsa dan tempatan yang terkenal serta 30,000 produk yang merangkumi pakaian, kasut, aksesori, dan barangan kecantikan untuk lelaki dan wanita. Menawarkan polisi pemulangan percuma dalam tempoh tiga puluh hari, penghantaran pantas dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja, penghantaran percuma bagi jumlah perbelanjaan tertentu dan berbilang kaedah pembayaran termasuk wang tunai ketika penghantaran, ZALORA merupakan destinasi beli-belah dalam talian dengan kemungkinan pilihan fesyen yang tiada berkesudahan.
Bagi maklumat lanjut, sila layari www.zalora.com.my.