omniture

SI GROUP MELANCARKAN JENAMA BAHARU UNTUK KITAR SEMULA PLASTIK DI PAMERAN K 2022

SI Group, Inc.
2022-10-21 23:34 1542

Penyelesaian EVERCYCLE™ memajukan peralihan industri plastik ke arah ekonomi kitaran 

THE WOODLANDS, Texas, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- SI Group, sebuah syarikat pembangun dan pengeluar global yang terkemuka bagi bahan tambah berprestasi, penyelesaian proses, farmaseutikal dan pengantara kimia, melancarkan platform bahan tambah EVERCYCLE™ untuk kitar semula plastik hari ini di pameran K 2022 di Düsseldorf, Jerman. Pasukan SI Group boleh ditemui semasa pameran K 2022 di Dewan 6 / B08.

Sila layari www.siigroup.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahan tambah EVERCYCLE™ untuk kitar semula plastik.

Jenama bahan tambah EVERCYCLE™ SI Group ialah satu platform produk baharu yang semakin banyak menyokong ekonomi kitaran berdasarkan pemuliharaan sumber, kitar semula yang dipertingkatkan dan teknologi inovatif. Untuk kitar semula dan penukaran PET, produk EVERCYCLE™ menawarkan kestabilan proses, kawalan warna dan tahap asetaldehid yang kurang. Untuk kitar semula poliolefin, manfaatnya termasuk penstabilan proses dan peningkatan prestasi yang membolehkan peningkatan kandungan kitar semula. Produk yang diumumkan hari ini termasuk:

  • EVERCYCLE™ PET-102D untuk kawalan warna dalam botol, dulang dan gentian (pelet) PET
  • EVERCYCLE™ PET-103D untuk kawalan warna dalam botol, dulang dan gentian (cecair) PET
  • EVERCYCLE™ PP-101S untuk penstabilan dalam pembungkusan fleksibel HDPE dan PP
  • EVERCYCLE™ LD-101S untuk penstabilan dalam pembungkusan tegar LDPE

SI Group berasa bangga dapat mengambil bahagian dalam usaha industri plastik untuk menambah baik teknologi kitar semula. Jenama pengguna sedang mencari cara untuk meningkatkan jumlah kandungan kitar semula dan mempelbagaikan kegunaan produk mereka untuk meningkatkan kemampanan produk. Produk EVERCYCLE™ direka untuk membantu menangani kedua-dua cabaran tersebut. "Penyelesaian bahan tambah berformula kami dapat memajukan peralihan kepada ekonomi kitaran dengan membolehkan lebih banyak plastik dikitar semula ke dalam ekonomi tersebut. Ini akan menghasilkan industri yang lebih lestari serta mewujudkan manfaat sosial dan ekonomi yang lebih besar untuk semua," kata Irfaan Foster, Pengarah Pembangunan Pasaran SI Group.

Platform bahan tambah EVERCYCLE™ merupakan pencapaian terkini dalam perjalanan kelestarian SI Group. "Kami terus melabur dalam inovasi, memacu keupayaan dan kepakaran kami ke hadapan untuk membawa penyelesaian yang lebih lestari seperti bahan tambah EVERCYCLE™ ini, ke pasaran. Kelestarian adalah sangat penting kepada para pekerja, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami, dan produk-produk ini menunjukkan keupayaan kami untuk menyokong pelanggan beralih kepada ekonomi kitaran," kata Joey Gullion, Ketua Pegawai Komersial SI Group.

Tentang SI Group

SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambah berprestasi, larutan proses, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, pelantar minyak dan farmaseutikal. Tapak pembuatan global SI Group merangkumi 20 buah kemudahan di tiga benua yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di 80 buah negara dengan kira-kira 2,000 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2021, SI Group menerima anugerah emas untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis dan berada di kedudukan lima peratus teratas daripada lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia, kelestarian dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media: Joseph Grande
Telefon: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600 

Source: SI Group, Inc.
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Pharmaceuticals Retail Conservation/Recycling New products/services Trade show news