omniture

Lord Drayson Dianugerahkan Pingat Simms Berprestij oleh Kelab Automobil Diraja

Drayson Racing Technologies LLP
2013-11-22 00:36 134

OXFORD, England, 22 November 2013 /PRNewswire/ --

  • Lord Drayson telah dianugerahkan Pingat Simms kerana mencipta empat Rekod Kelajuan Darat Elektrik dengan kenderaan revolusioner B12 69/EV elektrik sepenuhnya
  • Majlis Pingat Simms diadakan di Pall Mall Clubhouse tengah hari semalam untuk mengiktiraf inovasi dan usaha peribadi yang menyumbang terhadap industri automotif.

Lord Drayson telah dianugerahkan Pingat Simms yang berprestij oleh Jawatankuasa Teknikal Kelab Automobil Diraja bagi mengiktiraf sumbangan beliau terhadap inovasi permotoran selepas cubaan beliau yang berani dan berjaya bagi Rekod Kelajuan Darat Elektrik Dunia.

Pingat Simms tahun ini mengiktiraf Lord Drayson kerana memperjuangkan teknologi automotif baharu, dan beliau berani – serta berjaya – tampil dan menunjukkan potensinya dengan cara yang paling ekstrem. Jawatankuasa Teknikal merasakan Lord Drayson "menzahirkan semangat kembara" sambil mencatat empat Rekod Kelajuan Darat Elektrik bagi kenderaan sub-999kg.

Lord Drayson memandu kenderaan B12 69/EV yang ditaja oleh Qualcomm Halo dan dibangunkan oleh syarikat beliau Drayson Racing Technologies bagi mencatat rekod Kelajuan Darat Elektrik Dunia FIA batu penerbangan baharu bagi kategori 205.139 bsj. Beliau juga menetapkan Rekod Kelajuan Darat British untuk kereta dengan sebarang jenis pendorongan yang dipandu dengan roda serta rekod dunia baharu bagi pecutan dari titik mula ke tanda suku batu selaju 9.742 saat pada bulan Oktober 2013.

Diminta memberi komen tentang anugerah Pingat Simms beliau, Lord Drayson berkata: "Saya sangat berbangga kerana telah dianugerahkan Pingat Simms oleh Kelab Automobil Diraja dan saya gembira kerana kami berjaya menunjukkan potensi prestasi EV dalam keadaan yang paling ekstrem. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan kongsi kami Qualcomm, Multimatic, Cosworth dan Michelin, syarikat inovatif yang mempunyai wawasan untuk mencuba ini bersama kami."

Ben Cussons, Pengerusi Jawatankuasa Permotoran Kelab Automobil Diraja berkata: "Kami berbesar hati dapat mengiktiraf pencapaian luar biasa oleh industri automotif British. Sebahagian daripada perwajaran paling penting Kelab Automobil Diraja memang merupakan galakan bagi semua perkara yang berkaitan dengan permotoran, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang sukar. Menarik perhatian terhadap inovasi automotif ialah bahagian yang penting dalam sumbangan kami terhadap bahagian yang bertenaga dalam industri pembuatan ini.

Tambah beliau lagi, "Kelab Automobil Diraja telah meraikan banyak Rekod Kelajuan Darat yang dicapai oleh pemandu British yang menempa sejarah dalam masa beberapa dekad lepas, daripada Segrave hinggalah kepada Cobb; Campbell, Noble dan Green, dengan Drayson kini menyertai senarai nama terkemuka ini. Kami telah mengiktiraf Rekod Kelajuan Darat yang dicatatkan dengan kenderaan yang dikuasakan petrol, diesel, stim dan turbin gas, dan kini kami berbesar hati dapat menambah Rekod Kelajuan Darat elektrik pertama kami kepada senarai ini."

Drayson Racing Technologies LLP ialah perniagaan penyelidikan & pembangunan yang berpusat di tengah-tengah industri sukan permotoran UK yang menerajui dunia di Kidlington, berdekatan Oxford, UK. Lord Drayson, usahawan sains serta bekas Menteri Sains dan Inovasi UK dalam kabinet terdahulu, telah menubuhkan Drayson Racing Technologies bagi bertindak sebagai makmal perlumbaan untuk merintis pembangunan teknologi mampan dalam persekitaran sukan permotoran yang mencabar. Sejak itu, Drayson Racing telah mencapai sejumlah rekod kali pertama yang penting dalam perlumbaan kenderaan bahan api bio generasi kedua dan kemudiannya menumpukan terhadap bidang e-perlumbaan yang memuncul.

Bagi maklumat lanjut sila lawati laman web rasmi Drayson Racing Technologies:

http://www.draysonracingtechnologies.com/home.html

Ikuti kami: https://twitter.com/DraysonRacing

Sertai kami: https://www.facebook.com/DraysonRacingFE

© Drayson Racing

Sumber: Drayson Racing Technologies LLP

Source: Drayson Racing Technologies LLP
Keywords: Auto Transportation Awards