omniture

Anugerah Pertama "Hadiah bagi Bandar Masa Depan" bagi Reka Bentuk Nanhu Country Village

Skidmore, Owings & Merrill LLP
2013-11-22 02:59 153

BEIJING, 21 November 2013 /PRNewswire/ -- Skidmore, Owings & Merrill (SOM) dan Jiaxing Alliance Development Corp. dengan bangganya mengumumkan Nanhu Country Village telah dianugerahkan dengan Hadiah bagi Bandar Masa Depan buat julung kalinya, oleh Institut Paulson dan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China. SOM telah menyiapkan Pelan Induk 2011 bagi Nanhu Country Village dengan kerjasama SWA Group, Sherwood Design Engineers dan AECOM Economics.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131120/CG21183 )

Hadiah bagi Bandar Masa Depan mengiktiraf Nanhu Country Village sebagai peneraju projek kelestarian di China yang menawarkan penyelesaian yang kreatif dan berkesan bagi pembangunan ekologi. Pelan SOM menyepadukan teknik pertanian moden dengan infrastruktur lestari bagi komuniti yang boleh diduduki pada abad ke-21. Pelan tersebut juga mengatur semula ladang supaya perkampungan baharu dapat menambahkan kepadatan tanpa memberi tekanan kepada tanah ladang.

Lebih 700 hektar daripada 1,100 hektar kawasan tersebut akan dikekalkan sebagai ladang yang akan memberikan hasil kepada hampir 80 juta penduduk bandar mega rantau ini: Shanghai, Hangzhou dan Suzhou. Di samping untuk meningkatkan produktiviti pertanian, Pelan Induk akan berusaha untuk meningkatkan kualiti air dengan membuang terusan tertutup dan seterusnya membangunkan sistem saliran berumput bio yang berteres dan tanah bencah yang akan menapis dan membersihkan air sisa.

Fasa 1 ladang organik telah memulakan operasinya dua tahun lalu. Dibina dengan kaedah pertanian lestari dan teknologi baharu, ladang tersebut juga menjalankan program latihan untuk para peladang generasi baharu. Pecah tanah bagi pembangunan perumahan Fasa 1 berlangsung pada bulan September 2013.

Anugerah tersebut telah disampaikan pada 7 November di Beijing pada seminar "Bandar Masa Depan: Kelestarian Bandar China Moden" yang dianjurkan oleh Institut Paulson dan CCIEE. Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, Henry M. Paulson Jr. dan Xu Kuangdi, Penasihat bagi CCIEE dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-10 Persidangan Perundingan Politik Rakyat China menyampaikan anugerah tersebut kepada Zhao Shumei, Penolong Datuk Bandar Jiaxing. Bekas Datuk Bandar Chicago, Richard M. Daley pula mempengerusikan Jawatankuasa Juri yang melibatkan pakar peringkat global bagi perbandaran dan kelestarian.

En. Paulson mengulas, "Hadiah ini memberikan insentif bagi membangunkan penyelesaian yang lestari dan berinovasi serta mempromosikan kerjasama antara China dan Amerika Syarikat. Ia juga tentang menggalakkan para pemimpin dari segi ekonomi, politik dan pelbagai sudut lagi untuk menghasilkan penyelesaian praktikal terhadap cabaran sebenar."

Pasukan reka bentuk diterajui oleh Ellen Lou, Pengarah City Design Practice SOM. "Rekaan kami bagi Nanhu Country Village menangani pertumbuhan tidak terkawal dan berselerak di sekitar Nanhu, kejiranan tanpa ciri tersendiri dan kekurangan kawasan yang lapang," kata Cik Lou. "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Jiaxing Alliance Development Corp. untuk memajukan wawasan bagi komuniti yang pelbagai guna berdasarkan konsep kelestarian."

"Pembangunan di China kebanyakannya adalah sangat besar. Kami meminta bantuan SOM untuk memberikan projek yang mementingkan ciri kemanusiaan supaya penduduknya dapat tinggal dan rasai kehidupan perkampungan yang sebenar. Kawasan ini agak tercemar dan SOM telah memberikan kami maklumat baharu bagaimana untuk membangunkan tanah lembap buatan agar kami dapat membersihkan air sungai tersebut," ujar Iris Ting, pengarah jabatan reka bentuk Jiaxing Alliance Development Corp.

Pelan Induk SOM untuk Nanhu Country Village menerima Anugerah Pengiktirafan 2013 daripada Institut Arkitek Amerika pada Januari 2013.

Latar Belakang City Design Practice SOM

Ditubuhkan pada tahun 1936, Skidmore, Owings & Merrill LLP merupakan firma yang menerajui di dunia bagi seni bina, reka bentuk bandar, kejuruteraan dan seni bina dalaman. City Design Practice SOM peringkat global juga merupakan kumpulan perancangan bandar yang paling banyak menerima anugerah kerana mengutarakan idea bernas bagi seni bina bandar pada masa hadapan, lantas mencipta persekitaran yang penuh kelestarian, sesuai didiami dan berdaya tahan di lima benua. Firma ini telah menyiapkan projek pembangunan bandar yang paling besar dan kompleks di dunia, termasuk Millenium Park di Chicago dan Canary Wharf di London. Layari www.som.com dan ikuti kami di Twitter @SOMCityDesign.

Latar Belakang Institut Paulson

Institut Paulson, pusat bebas yang bertempat di Universiti Chicago, merupakan institusi bukan partisan yang menggalakkan kelestarian pertumbuhan ekonomi dan persekitaran yang lebih bersih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Henry M. Paulson, Jr., bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dan ketua eksekutif Goldman Sachs, kerja asal Institut ini memberi tumpuan terhadap membangunkan program bagi membantu Amerika Syarikat dan China bekerja dengan lebih cekap dan berkesan dalam menangani cabaran ekonomi dan alam sekitar yang utama.

Source: Skidmore, Owings & Merrill LLP
Related Links:
Keywords: Agriculture Construction/Building Environmental Products & Services Asian-related news Awards