KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 November 2013 /PRNewswire/ --
Cruelty Free International mengalu-alukan pertimbangan Ketua Delegasi ASEAN akan usulnya untuk menaikkan taraf Arahan Kosmetik ASEAN agar menyamai Arahan Kesatuan Eropah semasa yang mengharamkan ujian ke atas haiwan bagi tujuan kosmetik. Mesyuarat itu, yang bakal diadakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kosmetik ASEAN mulai 25 hingga 27 November di Malaysia, diadakan berikutan kejayaan baru-baru ini untuk Cruelty Free International di China dan Rusia, selepas kedua-dua negara membuka pintu untuk barangan kosmetik yang tidak diuji ke atas haiwan.
Secara tradisionalnya, ASEAN telah menggalakkan perdagangan bebas dengan menyamai peraturan kosmetik EU dengan rapat, jadi penyelarasan dengan semakan EU yang terkini ini ialah langkah kemajuan yang patut dilakukan. Satu-satunya negara ASEAN yang dikenali mengamalkan pengujian rasmi ke atas haiwan, Vietnam, telah bersetuju untuk program yang dibiayai oleh Cruelty Free International bagi menggantikan semua ujian itu pada tahun 2014 dengan alternatif moden yang tidak menggunakan haiwan. Vietnam menyokong langkah itu ke arah menghentikan ujian ke atas haiwan semasa perbincangan ASEAN itu. India sudah mengharamkan ujian barangan kosmetik ke atas haiwan pada awal tahun ini.
Ketua Eksekutif Cruelty Free International, Michelle Thew memberi komen, 'Kami mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada tahun ini dan kami berharap Ketua Delegasi akan bersetuju dengan langkah menamatkan kaedah pengujian yang lapuk ini, lalu membolehkan industri dalam ASEAN serta EU terus bekerja berdasarkan undang-undang yang sama.'
Bersama The Body Shop, Cruelty Free International telah mengumpulkan satu juta tanda tangan yang telah dihantar kepada ASEAN pada bulan Oktober bagi menggalakkan lagi usaha mereka mengharamkan ujian barangan kosmetik ke atas haiwan di rantau itu.
NOTA:
Cruelty Free International (http://www.crueltyfreeinternational.org) ialah satu-satunya organisasi yang tugas tunggalnya adalah untuk menghentikan pengujian produk pengguna ke atas haiwan. Para ahli sains, penasihat politik dan wakil negaranya di empat benua berdialog dengan kerajaan seluruh dunia. Matlamat semasanya bagi menghentikan ujian barangan kosmetik ke atas haiwan ialah kempen global yang terbesar tentang isu ini, dengan inisiatif diwujudkan di lebih 65 negara. Dr. Nick Palmer daripada Cruelty Free International telah mengadakan siri mesyuarat dengan para pegawai dan ahli sains seluruh Asia dalam masa dua tahun lepas.
ASEAN ialah persatuan perdagangan dan politik serantau di Asia Selatan, yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Burma, Kemboja, Laos dan Brunei. (http://www.asean.org). Polisi ASEAN adalah untuk mempunyai peraturan kosmetik yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kosmetik bersama mereka bagi semua negara di rantau itu.
Hubungi:
media@crueltyfreeinternational.org, +44(0)7850-510-955 / +44(0)207-700-4888
Sumber: Cruelty Free International