omniture

Coty Inc. Mengumumkan Persaraan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif OPI George Schaeffer

Coty Inc.
2013-11-22 11:19 242

-- Legenda Industri Kecantikan Masih Akan Kekal Sebagai Penasihat Lembaga Strategik OPI, Menyokong Pengarah Artistik yang Sudah Lama Berkhidmat

Suzi Weiss-Fischmann dan Pengurus Besar yang Baru Dilantik Mary van Praag

NEW YORK, 22 November 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan yang menerajui pada peringkat global, Coty Inc. (NYSE:COTY) hari ini mengumumkan persaraan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OPI George Schaeffer. Schaeffer akan terus berkhidmat bersama pasukan pengurusan OPI melalui jawatan yang baru diwujudkan sebagai penasihat lembaga strategik OPI.

Sejak beliau menubuhkan OPI pada tahun 1981, Schaeffer telah membina salah satu jenama penjagaan kuku yang paling berjaya dan paling ikonik dalam industri kecantikan. Dengan portfolio yang terdiri daripada lebih 400 tona warna tersendiri dengan nama yang kreatif, OPI telah mengaitkan fesyen dan hiburan bersama kosmetik warna selama tiga dekad lepas. Di bawah kepimpinan Schaeffer, hari ini OPI ialah jenama penjagaan kuku profesional yang menerajui di dunia.

Selepas kejayaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini selama lebih 30 tahun beliau memimpin OPI, Schaeffer yang dikenali dengan sifat dermawan beliau, akan menumpukan perhatian beliau terhadap Yayasan Keluarga Schaeffer dan berbilang badan amal yang memperjuangkan matlamat berkaitan kesihatan serta pendidikan kanak-kanak.

"George melakukan segala-galanya dengan sepenuh hati beliau: perniagaan OPI, industri penjagaan kuku profesional dan sifat dermawan beliau," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada George di atas komitmen beliau selama ini dan saya berharap beliau terus berjaya pada masa hadapan."

"George ialah seorang pemimpin dan usahawan berwawasan," kata Renato Semerari, presiden Coty Beauty. "Saya sangat menghargai kepimpinan beliau sehingga membuatkan OPI dikenali sebagai jenama yang cukup ikonik dan bantuan beliau bagi menjadikan OPI bahagian yang penting dalam keluarga Coty. Saya sangat berbesar hati yang beliau akan terus kekal terlibat dalam masa hadapan OPI."

"Jenama OPI ialah cinta hati saya, yang saya sayangi dan belai selama bertahun-tahun, dan saya akan terus berbuat demikian," kata Schaeffer. "Saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama bersama Mary dan Suzi serta mengembangkan lagi kehadiran OPI seluruh dunia."

Bagi menggerakkan jenama itu ke hadapan dan bagi menerajui perluasan antarabangsanya, Coty telah melantik Mary van Praag sebagai Pengurus Besar OPI. Van Praag akan memulakan khidmat jawatan baharu beliau mulai 1 Januari 2014, menggantikan John Heffner, yang telah meninggalkan organisasi itu bagi menerokai minat kerjaya yang berbeza.

Van Praag telah berjaya menerajui organisasi jualan saluran besar-besaran Coty di A.S. selama tiga tahun, sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan semasa beliau bagi menguruskan perniagaan Coty di Kanada. Beliau memainkan peranan penting dalam menjayakan perniagaan saluran besar-besaran Kanada Coty serta dalam membina dan membangunkan organisasi yang lebih kukuh.

"Kepakaran perniagaan yang tinggi, pengetahuan kategori dan pengalaman kerja berkepelbagaian yang dimiliki oleh Mary akan menjadi aset penting bagi memperluas perniagaan jenama OPI di peringkat antarabangsa," kata Semerari. "Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sekali dalam organisasi ini selama bertahun-tahun dan saya yakin tiada calon lain yang lebih layak selain Mary bagi jawatan yang penting ini."

"Saya sangat berbangga kerana kepimpinan Coty telah memilih saya bagi menyelia jenama OPI, terutamanya dalam tempoh masa yang penting dalam sejarah jenama ini," kata van Praag. "Saya tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan kerja dalam jawatan baharu saya dan bekerjasama dengan George dan Suzi bagi melancarkan jenama OPI ke arah tahap pertumbuhan yang baharu."

Van Praag ialah siswazah Universiti Miami yang daripadanya beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pemasaran. Beliau juga menamatkan pelajaran dalam Program Pengurusan Eksekutif untuk Pengurusan Awam di Kolej Perniagaan Harvard.

Tentang Coty Inc.
Coty ialah syarikat kecantikan global yang menerajui dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan tubuh yang terkemuka dan dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements