omniture

Laman Web Kerja La French Tech Mula Tersedia, Menjemput Bakat Asia Bekerja dalam Syarikat Pemula di Perancis

French Tech Taiwan
2022-10-24 09:00 126

La French Tech menyeru bakat daripada semua bidang untuk memohon pekerjaan di syarikat-syarikat pemula terkemuka Perancis. Calon-calon yang berjaya akan diberikan visa kerja selama 4 tahun untuk mereka dan keluarga mereka, tanpa mengira latar belakang pendidikan.

TAIPEI, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Laman web kerja (job board) Jobs@La French Tech kini dibuka untuk permohonan dari Asia. Dilancarkan oleh cawangan Taiwan La French Tech dan membawakan lebih 22,000 pekerjaan, laman web kerja ini memberi peluang kepada bakat Asia untuk menetap dan bekerja di Perancis dan mencari pekerjaan di syarikat-syarikat pemula Perancis di Perancis dan serata dunia. Pekerjaan-pekerjaan yang disiarkan di Jobs@La French Tech datangnya daripada syarikat-syarikat teknologi Perancis yang paling cerah masa depan yang banyak dipaparkan dalam senarai Next 40 dan FT 120 – kumpulan eksklusif syarikat pemula teknologi dan syarikat sedang berkembang.

 

"Sekiranya anda seorang bakat dari Asia dan ingin memberi impak kepada organisasi anda, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk memberi impak dalam syarikat pemula Perancis semasa peringkat yang sedang berkembang pesat ini," kata Laetitia Lim, Presiden Bersama La French Tech Taiwan. "Ekosistem syarikat pemula Perancis telah berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lalu. Semakin banyak wang dikumpul oleh syarikat pemula kami dan syarikat-syarikat ini perlu mengupah ribuan bakat global dalam tahun-tahun akan datang."

Terdapat 600 peluang baharu disiarkan setiap minggu pada laman web kerja Jobs@La French Tech, dengan lebih 100 syarikat pemula antarabangsa beroperasi dalam ekosistem French Tech. Pekerjaan-pekerjaan yang ada mencakupi jawatan teknikal, jawatan jualan dan pemasaran, antara lain.

La French Tech menyokong calon-calon yang berjaya dengan visa dan membantu dalam mendapatkan permit kerja selama empat tahun dengan keistimewaan pemastautin diberikan kepada ahli-ahli keluarga. Visa berkenaan membolehkan calon menukar majikan dalam tempoh sah visa. Calon-calon yang layak juga boleh melanjutkan permit pemastautin kepada permit kekal dan visa tersebut berciri agnostik-ijazah, hanya Bahasa Inggeris menjadi keperluan bahasa utama.

Latar Belakang La French Tech
La French Tech ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang mempromosikan ekosistem syarikat pemula Perancis. Diasaskan bagi menggalakkan kemunculan syarikat-syarikat pemula yang berjaya di Perancis bagi menjana nilai ekonomi dan peluang pekerjaan, Kerajaan Perancis mewujudkan Inisiatif Teknologi Perancis (French Tech Initiative) pada penghujung tahun 2013. La French Tech Taiwan ialah cawangan Taiwan, memfokuskan untuk menghubungkan ekosistem teknologi dan inovasi Perancis dan Taiwan melalui pertukaran ilmu pengetahuan, dana dan juga bakat.

 

Source: French Tech Taiwan
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources