-- Penyelesaian Bersama Memperbaiki Analisis Data dan Pengurusan untuk Perniagaan
CHELMSFORD, Massachusetts dan SINGAPURA, 22 November 2013 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia global yang menerajui bagi penyelesaian penemuan data visual dan Abeo Electra, penyedia Penyelesaian dan Perkhidmatan IT, hari ini mengumumkan kerjasama bagi memberikan penyelesaian analisis visual yang jelas dan berkesan kepada SME dan organisasi besar.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO)
Melalui kerjasama ini, para klien daripada pelbagai industri, seperti peruncitan dan hospitaliti dan juga kejuruteraan, pembangunan serta pembuatan dapat memanfaatkan teknologi yang mampu untuk menghasilkan analisis bermakna terhadap data dengan pantas, tepat dan berkesan.
"Lebih banyak syarikat mula mengiktiraf kepentingan menganalisis dan mengoptimumkan semua data dan ini adalah penting bagi memperbaiki dan mempertingkat perniagaan. Kami memilih untuk bekerjasama dengan Datawatch kerana mereka ialah pakar dalam bidang mereka dan merupakan nilai tambahan kepada perniagaan kami. Penemuan Data Visual untuk SAP dapat membantu SME (perusahaan kecil dan sederhana) dan syarikat besar untuk menguruskan dan menganalisis data yang banyak dengan mudah dan tepat," kata Michael Lim, ketua pegawai eksekutif Abeo Electra.
"Kami amat berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi pilihan bagi Abeo Electra dan kami amat berbangga dapat membawa Penemuan Data Visual untuk SAP bagi klien sedia ada dan masa depan," ujar Karl Mouantri, pengarah pengurusan Datawatch Asia Pasifik. "Apa yang menarik tentang Abeo Electra ialah pemahaman luar biasa terhadap Penemuan Data Visual, Kepintaran Perniagaan dan Data Besar, yang menjadikan mereka sangat sesuai untuk mewakili kami di seluruh Rantau ASEAN."
Datawatch menawarkan kemampuan untuk menyepadukan sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur dengan data penstriman masa sebenar kepada aplikasi analisis yang beraneka dari segi visual. Format visual sepertinya akan membantu mendapatkan pandangan bernilai daripada laporan statik dan fail berasaskan teks yang lain bagi kemudahan pengurusan dan analisis data yang beraneka. Dengan infrastruktur analisis yang andal, perniagaan dapat mendiagnosis dan menilai corak, menentukan tempat untuk dilakukan penambahbaikan dan mengenal pasti peluang bagi kelebihan dalam persaingan.
Dengan Datawatch, Abeo Electra mampu mendapatkan perniagaan di seluruh Asia Tenggara dan pasaran baru muncul lain dengan salah satu daripada perniagaan penyelesaian IT yang paling berkesan kos dan menarik di rantau ini. Penemuan Data Visual untuk SAP boleh didapati dengan segera dan akan menjadi nilai tambahan kepada senarai yang menyeluruh bagi Penyelesaian IT dan Perkhidmatan berterusan yang ditawarkan.
Latar Belakang Abeo Electra
Abeo dan Electra merupakan Rakan Kongsi Emas SAP dan MasterVar SAP (MVAR) dan bertapak kukuh di Singapura, Malaysia, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Laos, Nepal, Bhutan dan kepulauan Maldives, menawarkan Business All-in-One Solution SAP dan Business One SAP, Busines Analytics (BI) SAP, HANA SAP, Rapid Deployment Solutions (RDS) SAP dan Mobility SAP yang menyokong Perusahaan Sederhana & Besar (MLE) dan Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) daripada industri yang berbeza-beza, dalam spektrum Rundingan Proses Perniagaan, Pelaksanaan Penyelesaian bagi Perusahaan, Sokongan Meja Bantu dan Audit Sistem Perusahaan.
Didorong dengan perniagaan dan didorong oleh IT, Abeo Electra membawakan sejumlah besar maklumat dalam perundingan IT bagi pelbagai industri merentasi rantau SEA termasuk yang berikut; Peruncitan, Barangan Pengguna & Produk, Kejuruteraan, Pembangunan & Operasi, Jentera Perindustrian & Komponen, Pemprosesan Kimia & Pembuatan, Minyak & Gas, Hospitaliti dan Pelancongan, Pengangkutan & Logistik, Penjagaan Kesihatan dan Pengagihan Borong. Bagi maklumat lanjut, layari www.abeo-electra.com
LATAR BELAKANG DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian bagi penemuan data visual yang mengoptimumkan apa-apa data tanpa mengira jenis, jumlah atau kelajuannya, memberikan analisis generasi seterusnya untuk mendedahkan pandangan bernilai bagi mempertingkatkan perniagaan. Kemampuan tersendirinya yang mampu menyepadukan sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan strim EDI dengan data penstriman masa sebenar kepada aplikasi analisis yang beraneka dari segi visual membolehkan para pengguna untuk menemui secara dinamik faktor utama yang memberi kesan terhadap sebarang aspek operasi perniagaan. Kemampuan melakukan penemuan visual terhadap sebarang data menjadikan Datawatch lain daripada yang lain dalam pasaran data besar dan pasaran visualisasi. Organisasi daripada pelbagai saiz, seluruh dunia menggunakan produk Datawatch, termasuk 99 daripada Fortune 100. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabatnya di New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila serta mempunyai rakan kongsi dan pelanggan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Lihat Keseluruhan Kisahnya dengan memuat turun percubaan percuma di www.datawatch.com/trial.
Kenyataan Perlindungan Keselamatan bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995
Apa-apa kenyataan yang terkandung dalam siaran media ini yang tidak menyatakan fakta sejarah mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan sebagai istilah yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Apa-apa kenyataan sepertinya, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan keputusan operasi, yang terkandung di sini adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa, tetapi adalah tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar adalah berbeza daripada jangkaan. Antara faktor yang boleh menyebabkan keputusan masa depan sebenar berbeza dengan banyaknya daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut: risiko yang berkaitan dengan ekonomi global lemah yang berterusan; risiko yang berkaitan dengan turun naik dalam keputusan operasi suku tahun disebabkan, antara faktor lain, saiz dan masa pesanan pelanggan yang besar; risiko yang berkaitan dengan pemerolehan termasuk pemerolehan harta intelek baru-baru ini daripada Math Strategies dan pemerolehan Panopticon; turun naik harga saham Datawatch; batasan keberkesanan kawalan dalaman; perubahan pesat dalam teknologi; kebergantungan Datawatch terhadap pengenalan produk baharu dan kelewatan pengenalan tersebut yang mungkin berlaku; persaingan dalam industri perisian secara umumnya, dan dalam pasaran bagi analisis generasi seterusnya terutamanya; kebergantungan Datawatch terhadap produk utamanya, teknologi perisian hak milik dan perisian berlesen daripada pihak ketiga; risiko berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko berkaitan dengan saluran tidak langsung bagi pengedaran dan pengaturan pemasaran bersama, yang kebanyakannya baru sahaja ditubuhkan; kecukupan rizab pulangan bagi jualan Datawatch; risiko berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch terhadap kemampuannya mengambil dan mengekalkan kakitangan yang mahir; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin disebabkan oleh bencana alam, serangan siber atau apa-apa peristiwa bencana lain; serta ketidaktentuan dan kos tambahan yang mungkin timbul daripada peraturan berkembang bagi pentadbiran korporat dan pendedahan awam. Maklumat lanjut tentang faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dijangkakan ini diperincikan dalam pelbagai dokumen awam yang ada, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dilakukan oleh Datawatch dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang terdapat dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 30 September 2012, Borang 10-Q untuk suku akhir tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012, 31 Mac 2013 dan 30 Jun 2013 serta Kenyataan Proksi Definitif pada Jadual 14A yang difailkan dengan SEC pada 5 Ogos 2013. Sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan perlu dipertimbangkan dengan faktor yang telah dinyatakan.
Perhubungan Pelabur:
Bahagian Perhubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8323
Perhubungan Media:
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernadi@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch
Kumudha
Flame Communications (Agensi PR bagi Abeo Electra)
E-mel: Kumudha@flamecomms.com
Tel: +6259-3193
© 2013 Datawatch Corporation. Datawatch dan logo Datawatch ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain. Semua nama lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar syarikat masing-masing.