omniture

CHTF 2013: Rumah Pintar Membina Hidup Pintar Anda

The Office of CHTF Organizing Committee
2013-11-22 11:52 108

SHENZHEN, China, 22 November 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) 2013, yang dirasmikan pada 16 November di Shenzhen, menarik kedatangan banyak universiti dan syarikat yang menumpukan usaha mereka terhadap penyelidikan dan pembangunan rumah pintar. Universiti Sun Yat-sen, Universiti Shenzhen, Pusat Penyelidikan & Pembangunan IOT (Internet of Things) untuk Akademi Sains China (CAS) serta institusi lain mempamerkan produk dan penyelesaian terkini mereka dalam bidang rumah pintar daripada tiga aspek: sistem pengurusan, kawalan jauh dan pemantauan pintar, serta teknologi wayarles.

Satu contoh ialah "perabot hijau pintar" yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan & Pembangunan IOT. Sistem ini, dengan teknologi teras gerbang kediaman IOT, boleh menjalankan fungsi seperti komunikasi luaran, pemprosesan pintar data dan penyuntingan serta nyahkod video dengan menyambungkan ZigBee dengan sensor atau pelaksana di dalam rumah itu. Penghantaran wayarles seperti ini boleh mengelakkan berlakunya gangguan akibat pendawaian.

"Sistem hijau untuk simpanan kuasa" ialah satu jenis teknologi lain, yang apabila digabungkan dengan perabot pintar, boleh menyimpan tenaga suria atau tenaga elektrik yang dijana oleh tenaga hijau lain sekiranya berlaku keputusan bekalan elektrik pada waktu malam, waktu cuaca mendung atau musim hujan atau jika bekalan kuasa tidak mencukupi. Maka, sistem ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap grid kuasa sebanyak yang boleh.

Selain "sistem pengenalpastian jarak jauh dan kawalan oleh suis" serta "sistem kawalan akses pengenalpastian wajah," Universiti Shenzhen turut membawakan sistem perabot pintar, yang boleh menyelesaikan masalah pendawaian antara peralatan dan mengurangkan gangguan daripada persekitaran dalam rumah dengan menggunakan keandalan gelombang pembawa sepenuhnya dalam komunikasi berkesan tinggi melalui saluran kuasa 220V dalam jarak yang dekat dan dalam proses penghantaran data.

Tentang CHTF (www.chtf.com):

Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) ialah acara teknologi tinggi antarabangsa yang diadakan sekali setahun pada bulan November di Shenzhen, China. Diluluskan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China dan dianjurkan bersama oleh 10 jabatan kerajaan dan Kerajaan Perbandaran Rakyat China, ia merupakan salah satu acara yang paling berpengaruh bagi sektor teknologi tinggi di tanah besar China, dan terkemuka sebagai "Pertunjukan Teknologi No.1 di China." Sejak ia dimulakan pada tahun 1999, CHTF telah menyediakan platform bagi syarikat teknologi seluruh dunia untuk mempamerkan pencapaian teknologi mereka, bertukar-tukar maklumat, mengenal pasti rakan kongsi kolaborasi dan menerokai peluang perniagaan.

 

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Wireless Communications Trade show news