omniture

UBBF 2022 Akan Datang Sedia Terokai Evolusi 5.5G Ultra-Jalur-Lebar

Huawei
2022-10-24 19:50 474

BANGKOK, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Mulai 27 hingga 28 Oktober tahun ini, Forum Ultra-Jalur-Lebar ke-8 (UBBF) yang dianjurkan secara bersama oleh UN Broadband Commission dan Huawei akan diadakan di Bangkok, Thailand. Forum ini akan menghimpunkan operator, pemimpin industri, pengawal selia, pertubuhan piawaian, pakatan industri global yang terkemuka dan banyak lagi serta memberi tumpuan pada tema "Melangkah ke arah 5.5G Ultra-Jalur-Lebar" ("Stride to Ultra-Broadband 5.5G"). Ia akan menganalisis dengan teliti peluang perniagaan yang dibawakan oleh rangkaian ultra-jalur-lebar kepada pembangunan digital rumah dan industri serta meneroka hala tuju evolusi dan pembangunan inovasi dalam industri rangkaian tetap untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.

Pencapaian Baharu dalam Industri Ultra-Jalur-Lebar

Ketika ini, penggunaan 5G yang utama dapat dilihat dalam semua industri dan aplikasi seperti rumah pintar, kampus pintar dan kilang pintar mengubah dengan mendalam cara kerja dan kehidupan orang ramai. Sebagai infrastruktur digital yang paling penting, sambungan ultra-jalur-lebar penting kepada pembangunan digital rumah dan juga industri. Tambahan pula, kini industri-industri beralih daripada 5G kepada 5.5G dan aplikasi digital yang baharu mengalami permintaan yang melonjak untuk ketersambungan seperti ultra-jalur-lebar merata, berbilang awan dan kuasa pengkomputeran terpelbagai ,serta kualiti tinggi, memacu sambungan rumah dan perusahaan menuju era 10G. Bagi mencapai 5.5G ultra-jalur-lebar, keupayaan rangkaian akan dinaik taraf daripada gred pembawa kepada gred perindustrian, lebih banyak perusahaan akan beralih ke awan dan bersambung secara pintar dengan berbilang awan manakala sempadan perkhidmatan akan dilanjutkan melangkaui ketersambungan kepada penderiaan. 5.5G ultra-jalur-lebar akan mencapai kejayaan baharu dalam industri ultra-jalur-lebar, mencipta peluang perniagaan dan mempercepatkan perjalanan menuju dunia pintar.

Di UBBF 2022, Huawei akan bekerjasama dengan rakan-rakan industri global bagi menakrifkan generasi-generasi industri rangkaian tetap, menganalisis DNA kejayaan perniagaan dan merangsang pembangunan industri yang selanjutnya.

Pemimpin-pemimpin Industri Berhimpun untuk Perbincangan Mendalam tentang 5.5G Ultra-Jalur-Lebar

Semasa berlangsungnya forum selama dua hari ini, lebih 30 pemimpin industri daripada pertubuhan piawaian, pengawal selia, organisasi penganalisis dan operator terkemuka akan berhimpun di Bangkok, Thailand untuk meneroka secara mendalam terhadap pembangunan dan amalan perniagaan industri ultra-jalur-lebar.

Semasa dua ucaptama, masing-masing memfokuskan kepada industri dan perniagaan, selain tiga sidang kemuncak industri, semua peserta akan berhimpun untuk membincangkan dan menakrifkan hala tuju evolusi dan piawaian teknikal F5.5G dan Net5.5G yang penting serta berkongsi pandangan tentang ruang pasaran yang besar dan juga kisah kejayaan yang dibawakan oleh pendigitalan rumah serta industri. Mereka akan turut berbicara tentang pandangan industri yang terkini seperti Rangkaian Optik-Penuh Hijau, Rangkaian-Awan Pintar dan rangkaian pemanduan autonomi (ADN). Bukan itu sahaja: lima kertas putih industri akan turut dikeluarkan bagi menawarkan pandangan yang mendalam tentang trend industri dan hala tuju pembangunan yang strategik dalam industri ultra-jalur-lebar sepanjang 5 hingga 10 tahun akan datang.

Alami Sendiri Penyelesaian Terkini dan Amalan Perniagaan yang Berjaya

UBBF 2022 akan mempunyai tiga kawasan pameran dalam dewan pameran digital yang meliputi lebih 1000 m2 — Dewan Pameran Penyelesaian, Zon Masa Depan dan Zon Ekosistem — untuk mempersembahkan inovasi dan penyelesaian teknologi yang terkini kepada peserta, meliputi rumah optik-penuh FTTR, talian persendirian industri berasaskan-hirisan, rangkaian pembawa IP bersepadu 5.5G dengan pengalaman terbaik, 400G, PON 50G hala tuju evolusi GPON generasi seterusnya dan L3 AND. Di samping itu, kawasan pameran ini mendemonstrasikan amalan operator yang membuahkan hasil dalam sambungan berbilang awan, jalur lebar gigabit, Internet perindustrian, pembinaan rangkaian yang pantas untuk rumah dan perusahaan serta mempersembahkan secara sistematik trend pembangunan, piawaian dan kemajuan terkini industri ini.

Di UBBF tahun ini, Huawei akan bekerjasama dengan operator yang terkemuka di Thailand untuk berkongsi kes kejayaan dalam pengunaan sebenar rangkaian optik-penuh dan Rangkaian-Awan Pintar 2.0. Para peserta boleh mengalami rumah optik-penuh FTTR yang terkini dan sebenar, talian persendirian premium OTN, Ekspres Rangkaian-Awan, Ekspres Rangkaian-Awan Qiankun dan perkhidmatan pejabat kampus tanpa-wayar-penuh di lapangan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news Future Events