omniture

Global Times: Kepimpinan pusat CPC baharu bersedia untuk perjalanan baharu

Global Times
2022-10-26 08:46 234

BEIJING, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Xi Jinping dipilih sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (CPC) di sidang pleno pertama jawatankuasa ini yang diadakan pada hari Ahad, menurut kenyataan daripada sidang pleno.

Sesi tersebut, dipengerusikan oleh Xi, dihadiri oleh 203 ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 dan 168 ahli silih berganti. Xi juga dinamakan sebagai pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat CPC di sesi tersebut.

Ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC yang dipilih di sesi tersebut ialah Xi Jinping, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang dan Li Xi.

Zhao dan Wang merupakan ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC ke-19. Li Qiang, Cai dan Li Xi telah berkhidmat sebagai ketua-ketua Parti jawatankuasa CPC perbandaran di Shanghai, Beijing dan jawatankuasa CPC Wilayah bagi Wilayah Guangdong sejak tahun 2017. Ding telah menjadi pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Pusat CPC sejak tahun 2017.

Penganalisis berkata bahawa kepimpinan pusat baharu Parti ini dengan kepimpinan teras yang kukuh, menunjukkan perpaduan padu, yang merupakan kelebihan utama dan unsur penting untuk Parti ini mengendalikan cabaran yang rumit dan mencapai misi besar yang baharu pada masa akan datang dan untuk bertahan daripada "ribut berbahaya" dalam dunia yang bergelora bersama-sama.

Turut dipilih di sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 ialah ahli-ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC di sesi berkenaan yang mengesahkan ahli-ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat CPC yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC.

Sesi berkenaan menamakan ahli-ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dengan Zhang Youxia dan He Weidong sebagai naib pengerusi. Sesi berkenaan meluluskan setiausaha, timbalan setiausaha dan ahli-ahli daripada Jawatankuasa Tetap Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin (CCDI) yang dipilih di sidang pleno pertama CCDI ke-20.

Ucapan dengan keyakinan 

Selepas sidang pleno berakhir, Xi memimpin kepimpinan pusat baharu Parti untuk bertemu wartawan Cina dan asing pada hari Ahad di Dewan Besar Rakyat di Beijing serta menyampaikan ucapan di mesyuarat berkenaan bersama wartawan.

Xi berkata China akan membuka pintunya dengan lebih luas kepada seluruh pelosok dunia. "Kami akan teguh dalam memperdalam reformasi dan pembukaan secara menyeluruh dan dalam meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi," kata Xi apabila bertemu wartawan, menyatakan bahawa China yang makmur akan mencipta lebih banyak lagi peluang untuk dunia.

Seperti mana China yang tidak dapat membangun secara berasingan daripada dunia, dunia juga memerlukan China untuk pembangunannya, kata Xi. Melalui usaha reformasi dan pembukaan tanpa henti selama lebih 40 tahun, China telah mencipta dua keajaiban iaitu pertumbuhan ekonomi yang pantas dan kestabilan sosial dalam tempoh jangka panjang, kata beliau.

Penganalisis Cina berkata ia menunjukkan bahawa kesungguhan CPC dan rakyat Cina terhadap reformasi dan pembukaan tidak berubah dan Parti ini akan bertegas secara tidak berbelah bahagi terhadap dasar dan strategi yang berjaya, yang merupakan pesanan keyakinan dan kepastian bukan sahaja untuk pembangunan ekonomi Cina, tetapi juga untuk dunia yang mengalami pergolakan dan pemulihan global.

Ekonomi Cina memiliki kebingkasan dan potensi yang besar, kata Xi. "Asas-asas kukuhnya tidak akan berubah dan ia akan kekal pada trajektori positif dalam tempoh jangka panjang."

Nilai bersama umat manusia 

Pada hari Ahad, Xi menyatakan komitmen China untuk menggalakkan pembinaan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama.

"Kami akan bekerjasama dengan rakyat daripada semua negara lain untuk memperjuangkan nilai-nilai bersama umat manusia iaitu keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan bagi menjaga keamanan global dan menggalakkan pembangunan global serta terus mendorong pembinaan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama," kata Xi apabila bertemu wartawan di Dewan Besar Rakyat.

Ucapan oleh Xi menekankan selanjutnya idea teras diplomasi China sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18, menekankan kestabilan dan kesinambungan dasar diplomatik utama yang menunjukkan perbezaan yang ketara dengan negara-negara tertentu yang menekankan keselamatan mutlak mereka sendiri dan memaksimumkan kepentingan mereka sendiri, membina blok kecil, menurut Su Xiaohui, timbalan pengarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik di China Institute of International Studies kepada Global Times pada hari Ahad.

"Ia menunjukkan bahawa diplomasi kami bukanlah berasaskan kepada mentaliti yang mementingkan diri sendiri dan kalah-menang, dan idea untuk menggalakkan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama berjaya dan akan mendapat lebih banyak sokongan daripada komuniti antarabangsa, terutamanya dari negara-negara sedang membangun," kata Su.

Pada detik yang kritikal ini untuk dunia belajar apa yang akan dilakukan oleh kepimpinan teras China, pakar-pakar menyatakan bahawa idea-idea diplomatik teras China dimasukkan ke dalam ucapan pertama Xi sejak beliau dilantik sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat ke-20 CPC, menunjukkan bahawa China akan mendukung nilai-nilai kemanusiaan yang sama dengan mengetengahkan kesaksamaan dan keadilan.

Memastikan Parti tidak dapat dikalahkan

"Sebuah parti politik hanya boleh menjadi parti yang tidak dapat dikalahkan sekiranya ia tetap komited terhadap reformasi kendiri, biarpun ia memiliki masa lalu yang gemilang," Xi membuat kenyataan ini apabila bertemu wartawan di Dewan Besar Rakyat.

Kerja keras yang revolusioner dan pewajaan abad yang lalu dan terutamanya dekad pertama dalam era baharu, menjadikan CPC lebih kuat dan lebih dinamik, kata Xi.

Zhang Shuhua, pengarah Institute of Political Sciences di Chinese Academy of Social Sciences, memberitahu Global Times pada hari Ahad bahawa "Dalam menghadapi persekitaran antarabangsa yang semakin rumit, CPC menekankan kepimpinan yang teguh, menunjukkan keupayaannya untuk mengatur, menyatukan dan melaksanakan."

Kewibawaan politik, ketekalan dan kepastian kepimpinan penting untuk kuasa besar mengelakkan risiko dan mengendalikan krisis dalam dunia yang bergolak dan CPC menyediakan kelebihan yang sangat penting untuk China bagi menangani cabaran pada masa depan dan untuk memenangi persaingan dan konfrontasi sengit yang dilancarkan oleh beberapa buah negara, kata pakar.

Source: Global Times
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion