omniture

Jelajah Maya Discover Canton Fair with Bee and Honey di Pameran Canton ke-132 Tarik lebih 1.26 juta Tontonan Global

Canton Fair
2022-10-26 11:12 306

GUANGZHOU, China, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Bermula dari 15 Oktober, lapan jelajah maya Discover Canton Fair with Bee and Honey di Pameran Import dan Eksport China ke-132, turut dikenali sebagai Pameran Canton, telahpun diadakan. Setakat 22 Oktober, acara strim langsung ini telah menarik minat lebih 1.26 juta tontonan dari lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia melalui laman sesawangnya dan juga platform Facebook.


Siri jelajah maya ini, memberi tumpuan pada industri-industri antarabangsa yang menjadi trend, menyediakan 8 tema utama termasuk "Rumah Pintar, Kehidupan Cerdas", "Kuasa Jentera Membina Masa Depan", "Kehangatan Hiasan Rumah Bawakan Kehidupan Berkualiti", "Hadiah Cantik, Gaya Elegan" dan bergantung pada wawancara korporat, cadangan produk, paparan kilang, pengenalan proses, cabutan bertuah dan pelbagai bentuk aktiviti yang lain, memfokuskan kepada lebih 30 perusahaan khusus, baharu dan berteknologi tinggi.

Pembeli dan pihak pengeluar menyertai jelajah ini, meluaskan peluang perniagaan mereka dan meningkatkan jaringan industri mereka dalam seluruh rantaian bekalan global. Prabath Dhammika dari Colombo, Sri Lanka, menunjukkan minat yang tinggi terhadap barangan elektronik yang dipaparkan dan berhubung dengan Pameran Canton pada halaman media sosialnya untuk berunding bagi mendapatkan maklumat yang terperinci.

"Ini amat membantu. Cara yang bagus untuk berkomunikasi dan ia menunjukkan cara melakukannya semasa berlangsnya Pameran. Ini dapat membantu memperkenalkan Pameran Canton secara dalam talian," kata Maro Fernandez, seorang peminat media sosial.

Di samping itu, Pameran Canton memanfaatkan kelebihan pasaran jaringan media global yang hebat untuk meluaskan pengaruh acara ini. Demonstrasi komprehensif terhadap kekuatan dan daya tarikan perusahaan yang berkualiti tinggi disediakan untuk pembeli luar negara dan wakil penyumberan di China serta peminat media sosial yang berminat dengan pembuatan dan perdagangan Cina.

Dikenali sebagai aktiviti tematik signifikan Pameran Canton, jelajah maya Discover Canton Fair with Bee and Honey telah meningkatkan hubungan yang cekap antara pembekal serta pembeli dan akan terus membantu perusahaan dalam meluaskan pasaran global pada masa akan datang.

Untuk kandungan Pameran Canton yang lebih mengujakan, sila daftar melalui https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email, atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

Source: Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail