omniture

The School, "Enrichment Mall" Pertama Malaysia, Dibuka pada 1 Disember dengan Ruang Pembelajaran Lebih Luas

The School by Jaya One
2013-11-25 09:00 200

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2013 /PRNewswire/ -- The School, enrichment mall pertama Malaysia di Jaya One, dijadualkan akan dibuka pada 1 Disember dengan lebih 10% penyewa pengayaan daripada yang dijangkakan. Kira-kira 40% daripada ruang sewa akan menempatkan perniagaan yang menggalakkan pembelajaran kreatif dalam bidang seni, sains, bahasa dan aritmetik.

"Penyewa pengayaan The School menyediakan pengalaman unik yang tidak pernah dialami oleh rakyat Malaysia. Penyewa pengayaan tersebut telah memenuhi matlamat kami untuk memberikan alternatif pendidikan di luar bilik darjah, membantu ibubapa memberikan peluang kepada anak-anak mereka untuk meneroka minat mereka yang unik dan menjadi kanak-kanak yang bijak," kata Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, Charles Wong.

Para penyewa The School akan menyediakan kemudahan pembelajaran yang selamat, memperkasakan, kreatif, dan merangsang kanak-kanak untuk bermain dan belajar. "Kaji selidik kami terhadap para ibu di kawasan bandar mendapati 2 daripada 3 ibu tersebut mendaftarkan anak mereka sehingga dua kelas pengayaan dalam seminggu. Kira-kira 75.9% daripada mereka memenuhi keperluan peribadi sementara menunggu anak-anak mereka. Oleh itu, kami berharap dapat memenuhi permintaan pasaran ini," kata Wong lagi.

Baki ruang lantai The School akan menempatkan kedai fesyen, kedai barangan keperluan & kemudahan, kedai makanan & minuman dan kedai runcit khusus. The School yang dibina untuk keluarga di kawasan bandar mempunyai ciri-ciri istimewa seperti tempat letak kereta untuk ibu dan kenderaan hibrid, ruang istirahat untuk bapa, kereta dorong bayi atas permintaan, dan bilik jagaan. The School juga mempunyai sistem tindak balas kecemasan awam untuk keselamatan.

Kira-kira 30% daripada The School sedia untuk disewa. Penyewa pengayaan dan perniagaan berorientasikan keluarga yang berminat untuk menyertai The School boleh menghubungi 1700 81 9099 atau personel penyewaan online.

Senarai penyewa penuh boleh didapati di www.theschool.my/. Penyewa pembelajaran utama termasuk:

  • Academy of Rock: khusus bagi pembelajaran muzik rock dan muzik popular.
  • Jr. Science Lab: pusat pembelajaran dan penemuan sains yang menyeronokkan dan menarik.
  • Learning Fresh: pusat pembelajaran bahasa Inggeris yang kritis dan kreatif.
  • Blok Space: pusat imaginasi yang menekankan pembelajaran sendiri melalui blok binaan.
  • BeeBop Circus: pusat pembelajaran pergerakan sesuai dengan usia yang menggunakan muzik, tarian, warna, nombor, aktiviti fizikal dan gimnastik.

Tentang Jaya One

Jaya One ialah projek komersil strategik yang dimiliki dan dibangun oleh Tetap Tiara Sdn Bhd.

Alamat: 72A Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor, Malaysia

Tel: +603 7957 4933

Source: The School by Jaya One
Keywords: Education New products/services