omniture

Semburan Hidung VIRALEZE akan diedar di Hong Kong dan Macau

Starpharma
2022-10-26 22:29 334

MELBOURNE, Australia, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Semburan hidung halangan antivirus yang dikenali sebagai VIRALEZE™ akan dilancarkan di Hong Kong dan Macau dalam beberapa minggu akan datang, susulan perjanjian penjualan dan pengedaran baru-baru ini antara pembangun produk Starpharma dan Hengan Pharmacare Company Limited, subsidiari Hengan International Group Company Limited.

Dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Australia, Starpharma, VIRALEZE™ ialah semburan hidung spektrum-luas yang bertujuan untuk menyediakan halangan pelembapan dan pelindung di dalam hidung yang memerangkap dan menyekat virus selesema/pernafasan termasuk influenza, virus sinsitium pernafasan dan virus pernafasan yang lain.

VIRALEZE™ akan tersedia untuk lebih 8 juta orang di seluruh Hong Kong dan Macau melalui jaringan pengedaran luas kedai runcit dan saluran lain daripada Hengan Group termasuk melalui rangkaian farmasi yang terkemuka. Produk yang inovatif ini telahpun dilancarkan di farmasi-farmasi dan secara dalam talian di seluruh UK, Eropah dan Vietnam, dengan Hong Kong dan Macau akan menyusul dalam masa terdekat.

Pengarah Urusan Hengan Pharmacare Company Limited Cik Wong Pui Wai, Nancy mengulas, "VIRALEZE™ ialah produk yang ideal untuk dimasukkan ke dalam rangkaian Hengan Group yang bertujuan untuk memberi ketenangan minda tambahan dalam dunia pasca-pandemik."

Semburan Hidung VIRALEZE™

VIRALEZE™ ialah semburan hidung spektrum-luas yang bertujuan untuk menyediakan halangan pelembapan dan pelindung di dalam hidung yang memerangkap dan menyekat virus selesema/pernafasan. VIRALEZE™ mengandungi SPL7013, yang ditunjukkan dalam pelbagai kajian makmal, dapat memerangkap dan menyekat spektrum luas virus selesema/pernafasan, membantu mencegah lekatan, penggandaan dan penyebarannya.

Starpharma

Starpharma Holdings Limited (ASX:SPL, OTCQX:SPHRY) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global dan peneraju dunia dalam pembangunan produk farmaseutikal dan perubatan baharu berdasarkan kepada polimer proprietari yang digelar sebagai dendrimer, dengan program-program untuk virus pernafasan, penyampaian ubat DEP® dan VivaGel®.

Teknologi platform penyampaian ubat proprietari Starpharma, DEP®, digunakan untuk menambah baik farmaseutikal, mengurangkan ketoksikan dan meningkatkan prestasinya. Terdapat pelbagai program dalaman dan program kerjasama yang sedang dijalankan untuk membangunkan versi ubat sedia ada DEP® terutamanya dalam bidang terapi anti-kanser. Perkongsian DEP® melibatkan program-program onkologi bersama AstraZeneca, dengan MSD dalam bidang Konjugat Ubat Antibodi (ADC), dengan Chase Sun dalam bidang anti-jangkitan dan syarikat-syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia yang lain. Program-program kerjasama DEP® berpotensi untuk menghasilkan kejayaan dan royalti masa depan yang signifikan.

Starpharma telah membangunkan beberapa produk termasuk semburan hidung VIRALEZE™, VivaGel® BV dan kondom VivaGel®.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.starpharma.com.

Media
grant@sumitmedia.com.au

Pembangunan Perniagaan
Bus.dev@starpharma.com

Perhubungan Pelabur
Investor.relations@starpharma.com

 

Source: Starpharma
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital