omniture

RS Components Menyandarkan Sokongan kepada Taiwan Semiconductor bagi Pakatan Pengedaran Peringkat Global

RS Components
2013-11-25 11:00 121

Perjanjian mengukuhkan peranan RS sebagai pembekal yang andal bagi komponen elektronik kepada para pelanggan di seluruh dunia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan milik Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia, telah menandatangani perjanjian Pengedar Dibenarkan Peringkat Global dengan Taiwan Semiconductor. Perjanjian tersebut meluaskan kerjasama yang sedia ada antara kedua-dua syarikat tersebut bagi memberikan portfolio yang menyeluruh bagi peranti semikonduktor diskret serta litar bersepadu (IC) pengurusan kuasa kepada para pelanggan di seluruh dunia.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Bahagian daripada Taiwan Semiconductor yang kini boleh didapati menerusi pembelian secara terus daripada stok RS terdiri daripada pilihan meluas bagi semikonduktor diskret termasuklah rektifier titi, schottky kuasa dan penindasan (TVS), MOSFET serta peranti isyarat yang kecil. Kesemua ini dilengkapi dengan pelbagai peranti pengurusan kuasa termasuk pengatur voltan linear, pengatur pensuisan dan IC analog.

RS akan terus meningkatkan tertib pengeluarannya dengan memperkenalkan produk baharu kepada inventorinya sejurus selepas pelancaran dilakukan, agar capaian yang pantas kepada segala inovasi Taiwan Semiconductor yang terkini adalah tersedia bagi para pelanggan. Inovasi Taiwan Semiconductor ini adalah untuk digunakan dalam aplikasi automotif, kepenggunaan, pengkomputeran, perindustrian, pencahayaan, mudah alih, pengurusan kuasa dan aplikasi telekomunikasi.

"Status baharu kami sebagai Pengedar Global mengukuhkan hubungan sedia ada bersama Taiwan Semiconductor dan menjadikan kami sumber yang andal bagi para pelanggan mendapatkan produk mereka di seluruh dunia," ujar Jon Boxall, Ketua Global bagi Semiconductors. "Perjanjian ini membolehkan kami meningkatkan program pengenalan produk baharu kami bagi mendorong perkembangan perniagaan mereka ke seluruh dunia."

"RS berjaya memegang kedudukan peringkat global ini dengan membuktikan ia menyediakan perkhidmatan yang andal dan cekap secara terus-menerus, yang melangkaui jangkaan teras rakan kongsi pengedaran," tambah Jean-Jacques Meli, Pengurus Jualan Eropah, Taiwan Semiconductor. "Mereka mempunyai pendekatan yang rencam bagi mendekati para pelanggan di seluruh dunia, termasuklah alat reka bentuk dalam talian berinovatif yang turut memberikan kelebihan tambahan kepada para jurutera yang tertekan untuk menyiapkan projek mereka dengan lebih cepat."

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan milik Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan serta penghantaran sebanyak kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran serta komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sejumlah GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web di http://www.rs-components.com.    

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Bahagian Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)

Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER RS Components

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services