omniture

J&T Express Singapore Diiktiraf untuk Pekerja Cemerlang dan Pengalaman Rakan Kongsi di Asian Experience Awards 2022

J&T Express
2022-10-29 02:51 2205

Di samping kemenangan dua anugerah, syarikat mengumumkan pengembangan perkhidmatan penghantaran antarabangsanya ke 220 destinasi seluruh dunia melalui J&T Singapore App

SINGAPURA, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- J&T Express Singapore telah memenangi dua anugerah di Asian Experience Awards 2022 baru-baru ini, merangkul anugerah Pengalaman Pekerja Singapura Terbaik Tahunan dan Pengalaman Rakan Kongsi Singapura Terbaik Tahunan dalam kategori logistik.

Gambar rasmi J&T Express Singapore
Gambar rasmi J&T Express Singapore

Diadili oleh panel pakar industri yang disegani, program anugerah yang berprestij ini, dipersembahkan oleh Asian Business Review Magazine, bertujuan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang menyampaikan pengalaman jenama yang luar biasa bermakna kepada pihak berkepentingan mereka.

Pertumbuhan yang pesat dalam industri e-dagang Asia Tenggara sejak dua tahun yang lalu telah mendorong penyelesaian logistik ke barisan hadapan operasi perniagaan dan mempercepatkan berlakunya kekurangan bakat dalam industri logistik. Bagi menangani dwi cabaran ini, J&T Express Singapore memfokuskan untuk membina tempat kerja yang pelbagai dan menyampaikan perkhidmatan logistik yang cekap kepada rakan kongsi dan pengguna mereka, yang juga merupakan asas strategik yang telah menyokong pertumbuhannya sejak syarikat ini melancarkan secara rasmi operasi Singapuranya pada tahun 2020.

Alice Yeung, Pengarah Jualan dan Pemasaran J&T Express Singapore berkata, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf atas budaya kukuh kami dan komitmen untuk menyokong rakan kongsi kami dalam apa jua cara. Beroperasi sebagai sebuah syarikat logistik yang agak baharu tetapi tekad, dengan tumpuan dalam e-dagang meletakkan kami di kedudukan yang unik untuk mencipta semula bagaimana laluan kerjaya dibangunkan dan apakah bentuk kerjasama yang harus dijalin dengan rakan kongsi. Anugerah-anugerah tersebut merupakan satu galakan bahawa kami sedang bergerak menuju arah yang betul ketika kami terus mara ke hadapan untuk membawakan inisiatif yang lebih inovatif dan memandang ke masa depan."

Pengalaman Pekerja Singapura Terbaik Tahunan – Logistik

Kekurangan bakat telah menjadi cabaran yang berterusan untuk industri logistik. Dengan mengiktiraf bahawa logistik ialah sebuah perniagaan bertumpu rakyat, J&T Express Singapore memperkenalkan inisiatif baharu sejak tahun lalu untuk menarik minat dan mengekalkan kumpulan pekerja yang pelbagai.

J&T Express Singapore telah bergiat aktif menawarkan peluang pekerjaan yang stabil kepada rangkaian kumpulan dan pekerja yang luas menerusi latar belakang yang pelbagai melalui kolaborasi dengan institusi-institusi pengajian tinggi serta perusahaan-perusahaan sosial seperti Yellow Ribbon Singapore dan People's Association. Menerima pakai strategi perekrutan yang saksama dan berasaskan merit berserta struktur latihan peningkatan kemahiran mengupayakan J&T Express Singapore untuk menarik minat lebih banyak bakat dengan jayanya serta membina budaya inklusif yang menggalakkan penglibatan dan pengekalan pekerja yang lebih besar.

Pengalaman Rakan Kongsi Singapura Terbaik Tahunan – Logistik

Perniagaan e-dagang sering melihat lonjakan permintaan secara berkala sepanjang kempen jualan dalam talian akhir-tahun yang menjadi semakin terkenal semasa pandemik. Bagi memastikan penghantaran dipenuhi dengan cekap semasa tempoh puncak ini, J&T Express Singapore bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi mereka untuk memahami dan meramalkan volum penghantaran, seterusnya menggiatkan operasi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Salah satu pelanggan jangka panjangnya ialah Table Matters, jenama pinggan mangkuk meja tempatan yang menyaksikan penambahbaikan yang sangat besar terhadap kadar kerosakan bungkusan dan sedikit aduan tentang produk yang rosak susulan perkongsiannya dengan J&T Express, menghasilkan penjimatan kos yang ketara dan perjalanan pelanggan e-dagang yang lebih baik.

"Apabila pandemik mendorong lebih ramai pengguna untuk membeli-belah secara dalam talian, jelas dilihat bahawa meningkatkan pengalaman penghantaran e-dagang kami akan menjadi sangat penting. Kami bersyukur kerana menemui rakan kongsi yang dipercayai dengan J&T Express yang memainkan peranan penting dalam mengupayakan kami untuk memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat, sama ada semasa kemuncak pandemik atau musim membeli-belah akhir tahun secara tahunan," kata Brien Chua, pengasas Table Matters dan syarikat seinduknya HOUZE, jenama perkakas rumah.

Dengan jaringan global mencakupi 13 negara merentas wilayah seperti Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah, J&T Express berusaha untuk menyokong lebih ramai rakan kongsi dalam pengembangan antarabangsa mereka dengan menyediakan perkhidmatan rentas sempadan dan penghantaran peringkat akhir.

J&T Singapore App memperluaskan perkhidmatan penghantaran antarabangsa untuk meliputi 220 destinasi

Sebagai sebahagian daripada komitmen J&T Express untuk memacu inovasi dan menyediakan perkhidmatan logistik yang berkualiti, syarikat ini mengumumkan bahawa J&T Singapore App memperluaskan perkhidmatan penghantaran antarabangsanya untuk merangkumkan lebih 220 negara dan wilayah. 

Dengan ini, peniaga syarikat pemula eDagang dan pengguna individu akan dapat mendekati lebih ramai pelanggan atau menghantar bungkusan peribadi dengan mudah pada kadar harga yang kompetitif, bermula daripada SGD $5.36 (tidak termasuk untuk caj semasa seperti GST) untuk bungkusan dengan berat kurang daripada 30kg.

J&T Singapore App boleh didapati di kedua-dua Apple App Store dan Google Play Store.

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global dengan perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan berpegang kepada misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Di Singapura, J&T Express menawarkan penyelesaian e-dagang sehenti yang disediakan untuk perniagaan dalam talian dengan perkhidmatan teras merangkumi penghantaran peringkat akhir, pemenuhan dan penghantaran antarabangsa. Sejak pelancarannya pada tahun 2020, J&T Express Singapore telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan signifikan termasuk pengembangan rangkaian logistik, saiz kumpulan, saiz pasukan, berserta pembangunan teknologi dan rangkaian penyelesaian. Ketika ini, syarikat ini mempunyai dua hab pengisihan di seluruh Singapura, sebuah pusat pemenuhan di Penjuru dan sebuah Gudang di Changi Airfreight Centre. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jtexpress.sg

 

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Awards