omniture

Kereta Sport Unggul Porsche Memukau di Auto Guangzhou 2013

Porsche
2013-11-26 11:35 162

-- Auto Guangzhou menyaksikan ketibaan kereta 918 Spyder baharu dan 911 Turbo S baharu

GUANGZHOU, China, 26 November 2013 /PRNewswire/ -- Pada 21 November bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Pazhou di Guangzhou, Porsche memperkenalkan dua kereta sport revolusioner. Perasmian Perdana Asia untuk model 918 Spyder Porsche baharu dan 911 Turbo S Porsche baharu ialah detik penting bagi jenama automobil terkemuka ini di China.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/25/20131125134554793622.html )

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/25/20131125134623460996.html )

Pihak media dan VIP lain dari China dan merentasi dunia Porsche berada di Guangzhou bagi menyaksikan pembukaan tirai bagi ciptaan terbaharu ini. Hos En. Deesch Papke, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche China, menyimpulkan kepentingan acara itu: "Hari ini China telah menjadi tonggak penting bagi kejayaan Porsche seluruh dunia, kerana kami dengan pantasnya telah membina komuniti setia yang terdiri daripada penggemar Porsche yang menghargai nilai prestasi dan kecekapan setiap model dalam rangkaian kami. Setiap tahun, lebih ramai rakyat China menemui keajaiban kereta sport Porsche." Dengan Pusat Porsche seluruh China yang memberikan jualan sebanyak 30,406 kereta sport dalam sepuluh bulan pertama tahun 2013, ini merupakan pasaran Porsche kedua terbesar di dunia.

Acara kemuncak hari itu ialah Perasmian Perdana Asia untuk model 918 Spyder Porsche baharu, suatu wawasan masa hadapan dengan enjin V8 4.6 liter yang menawarkan kuasa kuda brek sebanyak 608 bhp dan dua motor elektrik yang memberikan tambahan kuasa kuda brek sebanyak 286 bhp untuk output gabungan sebanyak 887 bhp pada 8,500 rpm. Dengan pakej Weissach yang dioptimumkan berat, kenderaan itu boleh memecut daripada sifar ke 100 km/j dalam masa 2.6 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi sebanyak 343 km/j.

Jika anda menginginkan tradisi dan inovasi, usah berpaling lagi daripada Porsche 911, yang menyambut Ulang Tahunnya yang ke-50 tahun ini. Kami juga meraikan Ulang Tahun ke-40 untuk ketibaan generasi pertama Porsche 911 Turbo. Auto Guangzhou juga membawakan satu lagi acara kemuncak – Perasmian Perdana Asia untuk model 911 Turbo S baharu.

Bagi model 911 Turbo S baharu, para jurutera di Weissach telah membangunkan semula 90% daripada komponennya untuk kuasa enjin yang lebih hebat dan peralatan yang lebih standard berbanding sebelum ini, serta pengemudian gandar belakang baharu dan Aerodinamik Aktif Porsche (PAA) baharu, yang digunakan buat julung kalinya dalam kereta jalan berturap. Enjin leper turbo berkembar 3.8 liter menawarkan kuasa kuda brek sebanyak 560 bhp antara 6,500 dan 6,750 rpm, untuk pecutan ke 100 km/j dalam masa 3.1 saat dan kelajuan tertinggi sebanyak 318 km/j.  

Setiap model yang dipamerkan di Auto Guangzhou 2013 ialah demonstrasi dan sambutan moto pertunjukan automotif rasmi itu, "Mendahului Arah Aliran, Mengemudi Masa Hadapan". Tidak kira sama ada di litar lumba atau atas jalan, di kerusi penumpang atau tempat duduk pemandu, setiap kereta Porsche mewakili sebahagian daripada legenda dunia pemotoran dan kenyataan untuk masa hadapan.

Tentang Porsche China

Setelah ditubuhkan oleh Ferdinand Porsche di Stuttgart, Jerman pada tahun 1931, Porsche telah dikenali sebagai salah satu jenama automobil paling berprestij di dunia selama berpuluh tahun. Berpandukan cogan kata "Prestasi Pintar Porsche", Porsche ingin merintis jalan bagi menyediakan generasi baharu kereta sport yang membuktikan prestasi dan kecekapan boleh digandingkan dengan sempurna.

Bagi maklumat atau pertanyaan lanjut, lawati kami di www.porsche.cn.

Source: Porsche
Keywords: Auto Transportation New products/services