-- LTE Mencakupi Satu daripada Lapan Sambungan Mudah Alih Peringkat Global Menjelang tahun 2017;
-- Pengguna LTE Menggunakan Dua Kali Data Berbanding Pengguna yang Tidak Menggunakan LTE, Menyumbang kepada Peningkatan ARPU
LONDON, 26 November 2013 /PRNewswire/ -- Jumlah sambungan 4G-LTE di seluruh dunia diramalkan akan melangkaui satu bilion menjelang tahun 2017, menurut satu kajian baharu oleh GSMA Intelligence. Menjelang tahun 2017, LTE dijangka akan mencakupi kira-kira satu daripada setiap lapan bagi lebih lapan bilion jumlah sambungan mudah alih yang diramalkan wujud menjelang saat itu, yang meningkat daripada 176 juta sambungan LTE pada akhir tahun 2013. Hampir 500 rangkaian LTE(1) diramalkan akan memberikan perkhidmatan merentasi 128 negara yang berjumlah kira-kira dua kali berbanding jumlah rangkaian LTE pada hari ini.
"Sejak pelancaran rangkaian 4G-LTE komersil yang pertama pada penghujung tahun 2009, kami menyaksikan peningkatan pesat bagi pengaturan kedudukan di seluruh dunia," menurut komen Hyunmi Yang, Ketua Pegawai Strategi GSMA. "Laporan baharu kami menekankan beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan LTE: peruntukan yang tepat pada masanya bagi spektrum bersesuaian kepada pengendali mudah alih; tersedianya peranti LTE yang mampu dimiliki semua; dan juga pelaksanaan tariff berinovatif yang menggalakkan penggunaan perkhidmatan data berkelajuan tinggi. Pengendali mudah alih bagi pasaran maju dan pasaran membangun mengiktiraf perkhidmatan LTE sebagai penyumbang kepada peningkatan ketara dalam ARPU."
Kajian tersebut mendapati kira-kira 20 peratus daripada jumlah populasi global kini mendapat liputan rangkaian LTE. Memandangkan para pengendali terus mengembangkan liputan LTE bagi beberapa tahun akan datang, rangkaian LTE diramalkan boleh didapati bagi separuh daripada jumlah populasi dunia menjelang tahun 2017. Di Amerika Syarikat, rangkaian LTE sudah membuat liputan lebih 90 peratus populasi keseluruhan, berbanding 47 peratus liputan populasi di Eropah dan 10 peratus pula di Asia.
Pada masa kini, Amerika Syarikat mencakupi hampir separuh (46 peratus) jumlah sambungan LTE global; gabungan dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun berjumlah 80 peratus daripada jumlah LTE hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, Asia dijangkakan mencakupi hampir separuh (47 peratus) bagi kesemua sambungan LTE menjelang tahun 2017, memandangkan rangkaian LTE dikeluarkan secara besar-besaran dalam pasaran utama China dan India. Separuh daripada jumlah sambungan mudah alih di Korea Selatan pula kini menggunakan rangkaian LTE, berbanding 20 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat. Ini menjadikan pasaran LTE di Korea Selatan yang paling maju di seluruh dunia.
Kajian tersebut juga mendapati:
"Penemuan kami menunjukkan pasaran LTE peringkat global berada pada 'titik perubahan yang penting.' Bagi pasaran 'Perintis Digital' seperti di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun, perpindahan kepada rangkaian LTE benar-benar ketara dan para pengendali mendapati berlakunya peningkatan penglibatan pelanggan dan ARPU, hasil daripada perpindahan ini," tambah Yang. "Kini, kami mendapati pasaran lain sedang menuju ke arah LTE dalam jumlah yang lebih besar dan pertumbuhan tahunan berganda bagi sambungan LTE peringkat global yang diramalkan antara tahun 2013 hingga 2017 akan melihat banyak lagi pengguna dari seluruh dunia terlibat dengan rangkaian mudah alih berkelajuan tinggi."
Laporan GSMA Intelligence baharu, Global LTE network forecasts and assumptions, 2013-2017 disediakan bagi pelanggan berdaftar dan ahli bertauliah pihak media.
Nota kepada Editor
(1) Berdasarkan rangkaian rancangan yang diketahui pada bulan November 2013, 465 rangkaian LTE komersil dijangka menyediakan perkhidmatan ke seluruh dunia menjelang tahun 2017
(2) Penggunaan data mudah alih purata bagi setiap pengguna berdasarkan data yang disediakan oleh pengendali LTE yang dipilih bagi pasaran maju
Latar Belakang GSMA Intelligence
GSMA Intelligence merupakan sumber muktamad bagi data pengendali mudah alih, analisis dan ramalan peringkat global; serta penerbit bagi laporan industri dan penyelidikan yang berwibawa. Data kami meliputi setiap kumpulan pengendali, rangkaian dan MVNO di setiap negara seluruh dunia, dari Afghanistan hingga Zimbabwe. Ini merupakan set metrik industri yang paling tepat dan lengkap yang boleh didapati, merangkumi berpuluh-puluh juta titik data tersendiri yang dikemaskinikan setiap hari. Pengendali, penjual, pengawal selia, institusi kewangan dan pemain industri pihak ketiga yang menerajui industri bergantung kepada GSMA Intelligence bagi menyokong tindakan membuat keputusan yang berstrategi dan perancangan pelaburan jangka panjang. Data ini turut digunakan sebagai titik rujukan industri dan sering kali dipetik oleh media dan industri itu sendiri. Pasukan kami yang terdiri daripada para penganalisis dan pakar, menghasilkan laporan penyelidikan yang menerajui pemikiran secara kerap meliputi pelbagai topik dalam industri ini. www.gsmaintelligence.com
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. Dengan kehadirannya di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.