omniture

Huawei: Menyerlahkan Potensi Gentian dan Melangkah menuju F5.5G

Huawei
2022-10-31 20:36 406

BANGKOK, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Forum Ultra-Jalur-Lebar (UBBF 2022) ke-8, Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei menyampaikan ucapan yang bertajuk "Menyerlahkan Potensi Gentian dan Melangkah menuju F5.5G." Dalam ucaptama ini, beliau menyatakan kepentingan komunikasi gentian untuk pembangunan masyarakat dan memperkenalkan lapan penemuan teknologi penting Huawei dalam akses dan transmisi optik serta faedah-faedahnya untuk industri ini. En. Jin menyeru seluruh rantaian industri untuk bekerjasama melangkah menuju F5.5G.

Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei
Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei

Rangkaian gentian telah menjadi infrastruktur strategik berorientasikan masa depan. Semasa evolusi daripada F5G kepada F5.5G, inovasi teknologi dalam pengeluaran industri dan penderiaan gentian akan menyerlahkan lagi potensi gentian dan membuka pasaran baharu. Bagi F5.5G, Huawei telah melakukan lapan inovasi teknologi bagi mempercepatkan evolusi industri.

  1. Keserasian 50G PON: 50G PON ialah teknologi PON generasi seterusnya yang dilancarkan oleh ITU-T. Melalui struktur komponen dan inovasi proses, Huawei meningkatkan kuasa penghantaran dan kepekaan penerima modul-modul optik 50G PON bagi mencapai liputan 40 km. Di samping itu, Huawei mengintegrasikan GPON, 10G PON dan 50G PON pada satu port menggunakan teknologi pemasangan berkejituan ultra-tinggi. Inovasi ini akan membantu operator menaik taraf dengan lancar daripada GPON dan 10G PON kepada 50G PON tanpa membina semula rangkaian langsung mereka, menyediakan pengalaman 10G merata dengan pantas.
  2. Spektrum Super C+L: Berdasarkan kepada eksperimen dan inovasi, Huawei membangunkan penyelesaian baharu untuk amplifikasi spektrum dan penambahbaikan lebar jalur transmisi. Semasa proses pembuatan, fluks gas dan suhu pemanasan dikawal dengan tepat bagi mencapai pengedopan kepekatan tinggi dan meningkatkan hasil amplifikasi jalur L. inovasi ini meningkatkan spektrum transmisi super C+L kepada 12 THz dan meningkatkan lebar jalur sebanyak 50% untuk prestasi transmisi yang lebih tinggi. Di samping itu, kadar panjang gelombang tunggal 400G dan 800G dapat mencapai 100 Tbps bagi setiap gentian, seraya menyambut era 10G.
  3. Silang-sambung optik (OXC): Huawei OXC menggunakan algortima matriks bintik 3D untuk meningkatkan kepadatan pengkabelan satah belakang optik-menyeluruh sebanyak 35%, mengurangkan sambungan gentian luar bagi pemultipleks tambah/lepas optik boleh dikonfigurasi semula (ROAD), mengurangkan saiz seluruh sistem sebanyak 90% dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak lebih 60%. Di samping itu, Huawei membangunkan material baharu untuk kristal bendalir pada silikon (LCOS) OXC bagi mengurangkan masa respons LCD pensuisan selektif panjang gelombang (WSS) daripada 200 ms kepada 100 ms, melaksanakan pengumpulan dan perlindungan panjang gelombang dengan lebih pantas dan membina rangkaian optik-menyeluruh yang hijau dan tangkas.
  4. OptiX Alps-WDM: Huawei melancarkan penyelesaian pengumpulan Metro WDM inovatif OptiX Alps-WDM untuk menyelesaikan masalah pengagihan perkhidmatan tidak sekata, penggunaan sumber yang rendah dan perancangan yang sukar ke atas rangkaian metro. Menggunakan WSS yang dibangunkan oleh Huawei, modul koheren metro dan teknologi label optik digital, panjang gelombang boleh dikongsi antara gelang akses yang berbeza dalam seni bina rangkaian bintang pada lapisan akses metro dan boleh dihimpunkan dan diselaraskan dengan fleksibel. Teknologi ini meningkatkan lebar jalur sebanyak 10 kali ganda dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 90%, lalu membantu operator mengurangkan OPEX sebanyak 20%, mencapai seni bina rangkaian sasaran yang memindahkan rangkaian WDM ke tapak dan merealisasikan evolusi rangkaian yang lancar dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  5. Granulariti perkhidmatan unit perkhidmatan optik (OSU) yang fleksibel: Teknologi teras paip keras inovatif daripada Huawei menggunakan sambungan paip keras 2 Mbps hingga 100 Gbps. Lebar jalur boleh diselaraskan dengan fleksibel tanpa mengganggu perkhidmatan. Protokol pengkapsulan dipermudahkan bagi mengurangkan kependaman transmisi perkhidmatan. Inovasi ini membantu operator membina rangkaian OTN WDM premium dengan lebar jalur tinggi, kependaman ultra rendah dan pengalaman berketentuan, serta membantu operator memenangi lebih ramai pelanggan industri yang canggih.
  6. Seni bina FTTR C-WAN: Dengan peningkatan perkakas rumah pintar, rangkaian Wi-Fi rumah perlu menawarkan liputan yang luas, kestabilan tinggi dan keserempakan tinggi. Walau bagaimanapun, dalam rangkaian Wi-Fi tradisional, setiap terminal rangkaian optik (ONT) membuat keputusan secara bebas yang mengakibatkan masalah seperti gangguan dan ketidakstabilan perkhidmatan dalam senario keserempakan tinggi. Penyelesaian FTTR untuk Rumah Huawei menggunakan seni bina pengurusan dan kawalan terpusat C-WAN untuk menyelaraskan semua ONT pada seluruh rangkaian FTTR, mengurangkan gangguan dan meningkatkan pengalaman lebar jalur. Di samping itu, teknologi perayauan tak nampak yang unik dapat mencapai penyerahan perayauan dalam 20 ms, lalu menyediakan pengalaman rumah digital yang serba baharu.
  7. Teknologi iris gentian: ODN menyumbang proposisi pelaburan FTTH yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesukaran dalam ODN O&M telah lama melanda industri ini. Pada masa lalu, sumber-sumber port perlu direkodkan secara manual, lalu mengakibatkan ketidaktepatan sumber yang seterusnya membawa kepada kegagalan penyediaan perkhidmatan. Huawei melancarkan teknologi iris gentian yang inovatif untuk melabelkan sejumlah besar port gentian. Dengan cara ini, sumber-sumber port boleh direkodkan dengan tepat dan diperuntukkan pada waktu sebenar, mengupayakan penyediaan perkhidmatan yang pantas. Algoritma oDSP dan AI digunakan untuk mengenal pasti dengan tepat dan cepat lokasi kerosakan dengan kejituan satu meter.
  8. Rangkaian autonomi: Pada masa akan datang, skala rangkaian akan meningkat 10 kali ganda dan rangkaian pemanduan autonomi pintar akan menjadi arus perdana. Huawei telah melakukan pelbagai inovasi teknologi dalam bidang rangkaian pemanduan autonomi. Sebagai contoh, StellarGo mengubah bahagian laluan manual dan faktor-tunggal kepada seleksi laluan pintar berbilang faktor dan berbilang dasar pada rangkaian pengangkut dan melaksanakan cadangan diperibadikan berdasarkan kepada tingkah laku pelanggan yang berbeza. Kadar kejayaan seleksi laluan adalah setinggi 99% dan kecekapan penyediaan perkhidmatan ditingkatkan sebanyak 70%. Di samping itu, StellarCue membina pelbagai model pengalaman pintar dan melaksanakan persepsi satu-minit insiden QoE-lemah berdasarkan kepada latihan data QoE-lemah besar-besaran, yang mengurangkan dengan ketara aduan pengguna.

Menurut En. Jin, dengan sambungan 10G merata yang dijangkakan menjelang tahun 2025, Huawei akan terus melakar penemuan teknologi dan inovasi produk berdasarkan kepada inovasi terdahulu dan mencipta nilai komersial yang lebih besar untuk operator dengan meningkatkan pengalaman pengguna dan kecekapan operasi rangkaian dalam perjalanan menuju F5.5G. Akhir sekali, Richard Jin menyeru usaha bersama untuk seluruh industri bagi mempromosikan industri F5.5G dan melangkah menuju F5.5G.

— Tamat —

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news