KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November, 2013 /PRNewswire/ -- AirAsia BIG, program kesetiaan global AirAsia – Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik di Dunia, hari ini mengumumkan upacara BIG Shot Day, keistimewaan Keutamaan Penebusan selama 24 Jam untuk semua ahli yang dikenali sebagai BIG Shots. Mereka akan menjadi yang pertama untuk menikmati promosi jualan 3,000,000 tiket penerbangan pada 24 November 2013 ini dari 0000 pagi – 2359 malam (GMT+8), 24 jam lebih awal sebelum tawaran dibuka kepada masyarakat umum.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/22/20131122200333629384.html )
BIG Shots boleh menebus penerbangan AirAsia daripada 0 BIG Points* bagi penerbangan sehala di www.airasiabig.com dan melancong ke mana-mana destinasi percutian yang ditawarkan AirAsia, merentasi 85 destinasi di lebih 20 negara.
"Ini adalah testimoni bagi keistimewaan program kesetiaan AirAsia BIG. Kami amat berbesar hati untuk menawarkan lebih nilai dan keistimewaan untuk semua ahli BIG Shots," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Alice Goh. "Ini adalah cara kami membalas budi anda semua."
AirAsia BIG adalah program yang boleh disertai secara percuma dan BIG Shots boleh menggunakan BIG Points untuk menebus mana-mana penerbangan AirAsia. BIG Shots boleh mendapatkan BIG Points dengan AirAsia, Tune Group dan 70 rakan perniagaan di rantau ini yang mewakili lebih daripada 1500 jenama dalam industri runcit, kewangan dan pelancongan seperti Citibank, Standard Chertered, Petronas, DBS, StarHub, Bank Mandiri, Kasikorn Bank, dtac, The1Card dan banyak lagi di mana BIG Points boleh didapatkan dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia BIG dan cara untuk mendaftar, layari www.airasiabig.com
*Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api akan dikenakan pada semua penebusan penerbangan daripada 0 BIG Points. Tertakluk pada Terma & Syarat.
Dapatkan maklumat tentang promosi dan aktiviti AirAsia BIG melalui Twitter (twitter.com/myBIGShots) dan Facebook (facebook.com/myBIGShots).
Informasi tentang Program Kesetiaan AirAsia BIG
AirAsia BIG adalah program kesetiaan Antarabangsa AirAsia, peneraju penerbangan kos rendah yang terbesar di Asia. Lebih 580 juta BIG Points telah diberikan kepada BIG Shots di 150 negara untuk program ganjaran penerbangan yang mudah ditebus ke lebih 85 destinasi percutian merentasi kesemua Negara ASEAN, China, India dan Australia.
Butiran Orang Hubungan:
Media and Business Opportunities
Goh Hun Liang
+6012-408-4080
hunliang.goh@tunemoney.com
Sumber: Think Big Digital Sdn Bhd