omniture

Ingenico dan Premise jalin kerjasama bawakan rangkuman tanpa tunai di Filipina

Ingenico
2022-11-01 16:24 433

PARIS, SINGAPURA dan MANILA, Filipina, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Ingenico, peneraju global dalam penyelesaian penerimaan bayaran, mengumumkan perkongsian dengan Premise, platform perbankan terbenam diterajui oleh pembayaran untuk menyediakan penyelesaian pembayaran digital bersepadu dan perkhidmatan kewangan kepada peniaga mikro berpandukan tunai di seluruh Filipina.

Ingenico merupakan penyedia terminal pembayaran bertauliah pilihan daripada Premise yang menggunakan AXIUM DX8000. Beroperasi melalui Android, terminal ini membolehkan integrasi perisian pihak ketiga untuk mengupayakan pembayaran digital buat perniagaan-mikro ini. Premise juga akan meluaskan tawaran perkhidmatannya dengan menghubungkan Platform Pembayaran sebagai satu Perkhidmatan (PPaaS) Ingenico, platform berasaskan awan untuk mengurus dan menyampaikan perkhidmatan pembayaran dan perdagangan termaju dengan cepat dan cekap ke terminal.

Di Filipina, perkhidmatan tunai masih menjadi keutamaan kerana 65% daripada penduduknya masih tidak dapat menikmati perkhidmatan perbankan (unbanked), antara yang tertinggi di rantau APAC. Pilihan yang berdaya maju untuk mengakses infrastruktur kewangan ialah pembayaran digital seperti mudah alih atau dompet digital, yang hanya memerlukan nombor telefon dan ID yang sah. Pada tahun 2020, hampir 25 juta* rakyat Filipina menggunakan dompet mudah alih untuk membuat atau menerima bayaran dalam talian, lalu membawa peluang yang besar untuk memanfaatkan perilaku sedia ada mereka di luar talian.

Platform penerimaan bayaran sejagat siap guna Premise yang melibatkan terminal pembayaran, keupayaan perkhidmatan kewangan dan lesen kawal selia, menghapuskan pergantungan perniagaan ke atas bank bagi tujuan pembayaran. Perkongsian antara Premise dan Ingenico membuka platform penerimaan pembayaran omnisaluran dengan membawakan kaedah-kaedah bayaran alternatif dan tanpa tunai terus kepada titik jualan peniaga, yang mencontohi pengalaman pelanggan dalam talian.

Nigel Lee, Naib Presiden Kanan Ingenico untuk Asia Pasifik mengulas, "Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan Premise dan memperkasa usahawan mikro dengan melengkapkan mereka menerusi penyelesaian pembayaran digital dan alternatif dalam perniagaan mereka. Ia membolehkan mereka untuk memudahkan peralihan pelanggan mereka daripada kaedah-kaedah bayaran dalam talian kepada dalam-kedai dan menjadi daya penggerak untuk rangkuman tanpa tunai dalam komuniti mereka. Ini selari dengan misi Ingenico untuk membantu membentuk evolusi perdagangan di seluruh dunia."

Gary Repchuk, pengasas Premise berkata, "Ingenico menyediakan tahap sokongan yang tiada tandingan untuk Premise semasa integrasi AXIUM DX8000 dan PPaaS menyokong penyampaian terminal kami yang direka bentuk untuk pengalaman pembayaran digital penuh kepada rakyat Filipina yang mengutamakan tunai. Designasi kami sebagai Rakan Teknologi & Saluran Ingenico membolehkan kami untuk menerajui pasaran dalam menyediakan rangkuman tanpa tunai ke setiap pelosok Filipina. Premise berkongsi visi yang sama dengan Ingenico untuk mengupayakan dunia perniagaan yang baharu ini dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka sepanjang tempoh perkongsian ini dan akan datang."

Melalui pakatan teknologi antara Ingenico dan Premise serta pemahaman yang mendalam tentang perilaku setempat dan pengalaman pengguna sedia ada, titik-jualan perniagaan mikro kini diperkasa dengan penyelesaian lancar yang fleksibel dan menggalakkan rangkuman tanpa tunai dalam seluruh kedalaman ekonomi tak formal.

Saksikan Premise di reruai Festival Teknologi Kewangan Singapura Ingenico 2022 di Dewan 2 berkongsi pengalaman mereka tentang perkongsian, menyokong peniaga-mikro dan rangkuman tanpa tunai di Filipina.

Pembayaran digital di Filipina

Latar Belakang Ingenico 

Ingenico ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penerimaan bayaran. Sebagai rakan teknologi yang dipercayai untuk pedagang, bank, pemeroleh, ISV, pengagregat bayaran dan pelanggan teknologi kewangan (fintech), terminal, penyelesaian dan perkhidmatan bertaraf dunia kami mengupayakan ekosistem penerimaan bayaran global. Dengan pengalaman selama 45 tahun, inovasi adalah penting kepada pendekatan dan budaya Ingenico, memberi inspirasi kepada komuniti pakar kami yang besar dan pelbagai yang menjangkakan dan membantu membentuk evolusi perdagangan seluruh dunia. Di Ingenico, kepercayaan dan kemampanan merupakan keutamaan bagi segala-gala yang kami lakukan.

Latar Belakang Premise

Premise ialah Platform Kewangan Terbenam diterajui oleh Pembayaran yang dibina berdasarkan hakikat bahawa apabila semua transaksi platform anda diproses dalam landas platform anda melalui infrastruktur kawal selia gred-bank anda sendiri, maka kos integrasi dan kerumitan untuk semua produk kewangan beransur-ansur hilang. Ini merupakan asas untuk menginovasi perbankan benar-benar seperti yang anda mahukan dan inilah sebabnya masa depan kewangan bermula dengan Premise.

Premise dikuasakan oleh Xpay.Worldwide Corporation (XPAY), termasuk penyelenggaraan pematuhan yang berikut: PCI-DSS L1 v3.2.1, AML, KYC, Privasi Data, Operator Sistem Bayaran (Philippine Central Bank). XPAY ialah Rakan Saluran dan Teknologi Ingenico Global serta Pemudah Pembayaran Global dan Pemproses Pihak Ketiga untuk Visa, Mastercard, JCB dan AMEX.

 

Source: Ingenico
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Licensing/marketing agreements