omniture

CGTN: Semangat Yan'an beri inspirasi usaha penggiatan semula luar bandar

CGTN
2022-11-02 08:45 152

BEIJING, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Buah epal merah besar yang tergantung pada pokok-pokok merupakan satu pemandangan biasa di Kampung Nangou dalam musim memetik. Ia merupakan salah sebuah kampung yang telah berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan dengan mengusahakan kebuh epal di, Bandar Yan'an barat laut China, Wilayah Shaanxi.

Bandar tersebut mencapai keluaran buah epal tahunan sebanyak 4 juta tan — satu persembilan daripada jumlah keluaran buah epal di negara sedang membangun yang terbesar di dunia.

Dengan populasi sekitar 1,000 orang, Kampung Nangou dapat menghapuskan kemiskinan pada tahun 2018.

Presiden Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), terus menuju ke Nangou selepas turun dari kereta api pada petang Rabu semasa lawatan pemeriksaan pertama beliau selepas penutupan Kongres Kebangsaan CPC ke-20.

Di sebuah kebun di sana, Xi berbual-bual bersama penduduk kampung, bertanya secara terperinci tentang cara mereka menanam pokok epal dan memetik buah, spesies epal yang mereka tanam, harga jualan buah epal dan juga tentang pendapatan mereka. Beliau turut bertanya tentang bagaimana kampung meluaskan kebun epal dan membangunkan industri-industri lain.

"Setiausaha Agung Xi bertanyakan kepada kami tentang pendapatan kami dan saya berkata keadaan kami benar-benar baik sekarang," kata penduduk kampung Zhao Yongdong, menambah bahawa pendapatan kebun adalah sebanyak 50,000 (lebih $6,800) hingga 60,000 yuan pada tahun memetik yang buruk dan beliau dapat menjana tambahan 10,000 yuan setahun sekiranya beliau bekerja di koperasi desa.

Memerhatikan bahawa kelembapan dan kerpasan yang rendah sesuai untuk pertumbuhan pokok epal di Dataran Tinggi Loess di utara Shaanxi, Xi turut memuji tentang aplikasi teknologi moden termasuk pengairan titisan, penanaman tumbuhan kerdil dan barisan pengeluaran seleksi buah-buahan bagi meningkatkan kualiti buah-buahan dan kecekapan pengeluaran.

Mengakui bahawa masalah kemiskinan mutlak telah selesai, Xi menegaskan lebih banyak usaha diperlukan untuk terus menambah baik kehidupan orang ramai.

"Parti Komunis China ialah Parti rakyat dan untuk rakyat. CPC komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan melakukan tugas yang baik demi manfaat mereka," kata Xi.

Berorientasikan rakyat dan kerja keras ialah Semangat Yan'an

Apa yang dikatakan oleh Xi sama dengan tujuan asas CPC untuk berkhidmat kepada rakyat sepenuh hati yang mula ditulis ke dalam Perlembagaan Parti semasa Kongres Kebangsaan CPC ketujuh yang diadakan di Yan'an pada tahun 1945.

Menggelar Yan'a sebagai tapak suci dalam revolusi Cina dan tempat lahirnya China Baharu, seperti revolusioner veteran termasuk Mao Zedong yang memimpin revolusi China daripada penubuhan kepada penyempurnaan dan mentransformasikan prospek negara ini, kata Xi semangat Yan'an turut mengetengahkan semangat berdikari yang berdaya usaha dan bekerja keras.

Walaupun dengan sekatan yang ketat oleh pasukan Kuomintang pada tahun 1941, tentera CPC dan penduduk kampung di Nanniwan, Yan'an dapat berkhidmat sepenuh tenaga dalam bidang-bidang yang menggunakan cangkul dan penyodok untuk mengubah gunung terpencil dan tanah yang tandus di utara Shaanxi menjadi tanah ladang bagi merealisasikan kecukupan diri.

Semasa pemeriksaan beliau terhadap Terusan Hongqi atau Terusan Bendera Merah (Red Flag Canal) di Bandar Raya Linzhou, Wilayah Henana, pusat China pada hari Jumaat, Xi berkata semangat berdikari dan kerja keras untuk membina terusan diwarisi dan diturunkan daripada semangat Yan'an.

Penduduk di Daerah Linxian, kini dikenali sebagai Bandar Linzhou, dahulunya pernah mengalami masalah kekurangan air. Pada tahun 1960-an, penduduk tempatan menghabiskan masa hampir 10 tahun untuk membina lintasan yang melintasi Gunung Taihang yang curam, antara 800 hingga 1,736 meter melebihi paras air laut, untuk melencongkan air.

Terusan Bendera Merah itu sendiri merupakan monumen untuk semangat yang sungguh berani oleh rakyat Daerah Linxian yang tidak menyerah kepada takdir atau menyerah kalah, kata Xi.

Beliau menyeru semua anggota Parti untuk menggalakkan semangat juang, memperkukuh kapasiti berjuang, mengharungi dengan tabah pelbagai kesukaran dan cabaran di hadapan dan memanfaatkan semangat juang yang gigih untuk membuka ufuk baharu demi perjuangan Parti dan negara ini.

Laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) menegaskan negara ini akan terus menjadikan pembangunan pertanian dan luar bandar sebagai keutamaan, mengukuhkan dan meluaskan pencapaian dalam pembasmian kemiskinan serta memperkukuh asas untuk sekuriti makanan dalam semua bidang.

Xi menyeru anggota-anggota Parti untuk menggalakkan penggiatan semula luar bandar dengan cara yang berfaedah, melaksanakan dasar untuk memperkayakan penduduk kampung dan mempercepatkan pemodenan pertanian dan kawasan luar bandar sebagai usaha untuk membantu penduduk kampung menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-31/Yan-an-Spirit-to-inspire-rural-revitalization-drive--1ezSQhg2qjK/index.html

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service