omniture

Awan Kian Maju dengan Ketersediaan Papan Sambungan Arduino Wayarles Baharu daripada RS Components

RS Components
2013-11-27 11:00 128

Arduino Yun baharu mewujudkan persekitaran reka bentuk sumber terbuka bagi aplikasi Internet of Things

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 November 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, kini sedang mengumpulkan Arduino Yun, produk pertama bagi rangkaian produk wayarles baharu yang mengintegrasikan hasil rekaan Arduino sumber terbuka bersama Linux.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Arduino Yun yang bermaksud 'awan' dalam bahasa Cina menggabungkan Arduino Leonardo sedia ada, berdasarkan pengawal mikro 8-bit ATmega32u4 Atmel dengan pemproses Linino yang menggunakan sistem pada cip (SoC) Wi-Fi AR9331 Atheros yang terbenam, varian MIPS GNU/Linux OpenWRT. Ciri utama bagi papan sambungan baharu ini ialah perpustakaan Bridge yang menjadikannya mudah untuk mengemudi perkhidmatan web kompleks yang menggunakan format berasaskan teks intensif-RAM yang berjela-jela seperti XML dengan menebarkan kesemua sambungan rangkaian dan memproses transaksi HTTP dengan SoC berasaskan Linux.

Seperti Arduino Leonardo, Yun memiliki ciri seperti 14 pin input/output digital, tujuh saluran modulasi lebar denyut (PWM) dan 12 input analog. Ia turut menyertakan pengayun kristal 16MHz dan penyambung USB mikro berserta sambungan USB Standard-A dan soket kad SD mikro diserasikan PoE bagi simpanan tambahan. Setelah Yun berjaya dihidupkan buat kali pertama, fungsinya sebagai poin akses Wi-Fi mewujudkan rangkaian Wi-Fi yang dikenali sebagai 'Arduino'. Papan sambungan tersebut kemudiannya dapat dikonfigurasikan dengan memasukkan nama dan kata laluan bagi rangkaian Wi-Fi tersebut.

"Yun merupakan tambahan yang dialu-alukan kepada rangkaian produk Arduino bagi sesiapa sahaja yang mahu membangunkan objek dan persekitaran yang interaktif," kata Jon Boxall, Ketua Global Semikonduktor, RS Components. "Ketersediaannya adalah tepat pada masanya bagi pasaran Internet of Things yang kian berkembang dan membuka jalan bagi peluang rekaan sumber terbuka baharu berserta aplikasi yang sebelumnya tidak dapat ditawarkan oleh papan sambungan Arduino."

Arduino Yun yang baharu ini berserta produk lain daripada jenama Arduino boleh didapati secara terus melalui stok RS bagi penghantaran pada hari yang sama berserta pelbagai pilihan papan sambungan (perisai).

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan dan penghantaran kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang berasal daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran serta komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan berpendapatan sejumlah GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components

Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)

Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (China)

Winnie Wen
Pengurus Perhubungan Awam
E-mel: winnie.wen@edelman.com
Telefon: +86-10-5828-6580

Sumber: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Semiconductors Wireless Communications New products/services