omniture

Meningkatkan Kesedaran, Meninggikan Harapan - Satu kepercayaan yang disebarkan melalui jualan amal seluruh dunia anjuran Olight

OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
2022-11-02 16:05 380

SHENZHEN, China, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Bulan Oktober ditetapkan di peringkat antarabangsa sebagai bulan kesedaran kanser payudara, suatu tempoh apabila komuniti global menganjurkan acara-acara untuk meningkatkan kesedaran tentang impak kanser payudara. Antara kumpulan-kumpulan ini, Olight – sebuah syarikat alat pencahayaan global yang terkemuka dalam industri, menganjurkan jualan amal seluruh dunia pada Oktober 2022, mengumpul sebanyak $158,523 untuk menyokong usaha pencegahan dan rawatan kanser payudara.

Selain berbangga kerana menyediakan alat pencahayaan yang dipercayai, Olight juga menjadikan dunia lebih cerah melalui tindakannya. Sejak tahun 2008, Olight menderma sebanyak lebih $2.38 juta dan 8,000 produk di seluruh dunia dalam bidang-bidang seperti sokongan anti-pandemik, bantuan bencana alam, bantuan pendidikan dan sebagainya. Apabila berhadapan dengan kes kanser payudara yang tidak henti-henti, Olight turut memberi sumbangannya dengan menganjurkan jualan amal yang menawarkan lampu suluh eksklusif untuk setiap acara sejak tahun 2020. Pada tahun 2020, Olight mengumpul sebanyak $192,902 daripada jualan amal i1R 2 Pink; pada tahun 2021, $167,205 daripada jualan i3T Pink Camouflage. Semua kutipan daripada acara-acara jualan ini disumbangkan kepada badan-badan amal tempatan yang berkaitan. Pada awal tahun 2022, Olight diberi pengiktirafan dengan anugerah Platinum Partner 2022 daripada yayasan-yayasan kanser payudara (AS), yang membuktikan sumbangan ketara Olight untuk masa depan yang lebih baik buat mereka yang menghidap penyakit ini.

Pada tahun ini, walaupun berada di bawah tekanan kemelesetan ekonomi global yang teruk, Olight terus menumpukan perhatiannya kepada usaha yang wajar ini. Acara pengumpulan dana dalam talian yang bertema "Meningkatkan Kesedaran, Meninggikan Harapan" ("Raise Awareness, Raise Hope") dijalankan di 15 negara, termasuk AS, UK, Australia, Kanada, Perancis, Sepanyol, Itali, Afrika Selatan, Jerman, Austria, Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand dan China. Seperti acara-acara mereka sebelum ini, lampu suluh EDC – iXV pink, direka secara eksklusif untuk Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada tahun 2022 boleh didapati di negara-negara yang terlibat. Olight mengakhiri jualan amal ini dengan $158,523 untuk didermakan kepada badan-badan amal yang berkaitan.

Olight flashlights for breast cancer awareness month campaigns
Olight flashlights for breast cancer awareness month campaigns

"ILLUMINATE YOUR WORLD" ("TERANGI DUNIA ANDA") merupakan apa yang dijulang oleh Olight sejak penubuhannya dan membawa Olight untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan caranya yang tersendiri, bagi membangkitkan cahaya harapan buat mereka yang memerlukan. Sementara itu, dalam perjalanan berbuat kebajikan, sokongan yang luar biasa daripada peminat Olight tidak dipandang ringan. Disatukan bersama melalui Olight, satu usaha pun akan menjadi amat besar apabila digabungkan.

Latar Belakang Olight:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight mengkhusus untuk menawarkan produk pencahayaan yang berkualiti tinggi termasuk lampu EDC, lampu luar, ampu yang dipasang pada rel, lampu ambien, lampu depan dan banyak lagi.

 

Source: OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Corporate Social Responsibility