omniture

HGC ialah Pengendali Telekom Hong Kong Pertama yang Memenangi Eksekutif Terbaik Tahun Ini - Anugerah Kepimpinan Syarikat dan Merangkul Hadiah Tempat Kedua untuk Projek Terbaik Tahun ini dalam Anugerah Pembawa Global Capacity

Hutchison Global Communications
2013-11-27 14:08 103

HONG KONG, 27 November 2013 /PRNewswire/ -- Hutchison Global Communications (HGC), divisyen talian tetap untuk Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (SEHK:215, "Kumpulan"), telah memenangi anugerah Eksekutif Terbaik Tahun Ini – Anugerah Kepimpinan Syarikat serta kedudukan tempat kedua dalam kategori Projek Terbaik Tahun ini semasa Anugerah Pembawa Global Capacity 2013.

Skim ganjaran Capacity Magazine mempunyai profil yang tinggi dalam industri pembawa telekomunikasi dan menyasarkan untuk mengiktiraf dan memberi kepujian kepada pengendali yang menunjukkan inovasi berterusan, sambil menyediakan produk dan perkhidmatan yang membawa perbezaan sebenar. Pada tahun ini, para peserta bersaing dalam enam kategori.

Anugerah Eksekutif Terbaik ini – Anugerah Kepimpinan Syarikat ialah anugerah yang dipersembahkan buat julung kalinya, yang disampaikan kepada Andrew Kwok, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Pembawa HGC.

Anugerah kemuncak dalam acara penganugerahan ini memberi penghormatan kepada Andrew Kwok dan pasukan beliau untuk prestasi serta pencapaian cemerlang dalam mempertingkatkan pertumbuhan perniagaan HGC di Asia. Khususnya, anugerah itu diberikan bagi mengiktiraf perluasan perniagaan itu, membangunkan keterhubungan antarabangsa di Asia dan dalam pasaran memuncul lain serta menggalakkan pembangunan Conexus Mobile Alliance, di samping industri telekomunikasi yang lebih luas.

Tempat kedua bagi Projek Terbaik Tahun Ini pula dimenangi kerana Perkhidmatan Perlanjutan Rangkaian Pembawa (CNX) sehenti HGC. Satu kenyataan panel hakim dipetik sebagai berkata: "HGC telah mempertingkatkan tawaran perkhidmatan serta teknologinya dalam masa 12 bulan lepas, yang membantu ia menembusi pasaran baharu serata Asia. Penyelesaian Perlanjutan Rangkaian Pembawanya (CNX) telah membantu pengendali telekomunikasi melanjutkan jangkauan rangkaian mereka dalam cara yang berkesan selain menjimatkan kos, tanpa tekanan untuk menetapkan rangkaian mereka sendiri. Syarikat itu juga telah memberi tumpuan hebat terhadap pembangunan penyelesaian penyedia kandungannya."

Andrew Kwok, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Pembawa HGC berkata: "Saya sangat berbesar hati apabila HGC memenangi anugerah Eksekutif Terbaik Tahun Ini – Anugerah Kepimpinan Syarikat, lalu memperkuat lagi pencapaian pihak pengurusan dalam pertumbuhan berterusan perniagaan ini dan perluasan ke dalam pasaran nic. Kami juga sangat gembira kerana memenangi tempat kedua dalam kategori Projek Terbaik Tahun Ini. Kami percaya kunci untuk kemenangan ini ialah peranan HGC sebagai perintis dalam tawaran perkhidmatan baharu dan penyelesaian telekomunikasi kedai sehenti. Dengan menggunakan maklumat pemahaman penuh terhadap keperluan pasaran memuncul, HGC memenuhi keperluan pembangunan perniagaan menyeluruh oleh pembawa dan memandu mereka melalui kerumitan untuk melanjutkan jangkauan mereka ke dalam pasaran telekomunikasi yang lebih mencabar."

HGC komited untuk menerokai pasaran memuncul dan melancarkan hubungan kabel bumi pertama dunia antara Vietnam dan Hong Kong melalui tanah besar China pada tahun 2004. HGC ialah pengendali telekomunikasi asing pertama yang menyediakan keterhubungan antarabangsa antara negara ahli Subkawasan Mekong Besar. Malah, HGC ialah perintis jalan IP-VPN di Myanmar pada tahun 2008 dahulu dan terus memperkenalkan perkhidmatan baharu, termasuk perkhidmatan IPX yang baru dilancarkan, serta ibizCloud dan pelbagai penyelesaian Melebihi Keperluan.

Tentang Hutchison Global Communications Limited

Hutchison Global Communications Limited (HGC) memiliki salah satu rangkaian telekomunikasi gentian ke bangunan terbesar di Hong Kong. Sejak penubuhannya pada tahun 1995, ia telah memberi komitmen penuh terhadap pembinaan infrastruktur rangkaian gentian optiknya sendiri dan memperkenalkan kemudahan yang maju. Digandingkan dengan empat haluan merentasi sempadan yang disepadukan dengan ketiga-tiga pengendali telekomunikasi peringkat 1 tanah besar China dan rangkaian antarabangsa bertaraf dunia, HGC menyediakan rangkaian menyeluruh yang terdiri daripada perkhidmatan telekomunikasi talian tetap tempatan dan luar negara. HGC ialah syarikat subsidiari Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (HTHKH, Kod Saham: 215). HTHKH ialah pengendali perkhidmatan telekomunikasi bersepadu yang menerajui dan menawarkan perkhidmatan talian tetap dan mudah alih kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Bagi maklumat lanjut tentang HGC, sila lawati www.hgc.com.hk. Bagi maklumat lanjut tentang HTHKH, sila lawati www.hthkh.com.

 

 

 

Source: Hutchison Global Communications
Related Stocks:
HongKong:0215 OTC:HTHKY
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards