omniture

Global Times: Ikatan kukuh China-Pakistan digabungkan; projek-projek penting CPEC untuk maju sebagai 'BRI, pemodenan Cina beri manfaat kepada semua'

Global Times
2022-11-06 14:51 180

BEIJING, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, Presiden Cina Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan yang melawat Muhammad Shehbaz Sharif di Dewan Besar Rakyat di Beijing dan Sharif ialah salah seorang pemimpin dunia yang telah melawat China sejurus selepas penutupan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC).

China bersedia untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi meningkatkan tahap kerjasama strategik yang menyeluruh, mempercepatkan usaha untuk membina komuniti China-Pakistan yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama dalam era baharu dan menyuntik dorongan baharu ke dalam perkongsian kerjasama strategik serba-cuaca mereka, kata Xi.

Selepas membentangkan hasil-hasil penting daripada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, Presiden Xi menegaskan bahawa China akan meneruskan dasar pembukaan asasnya dan menyediakan peluang baharu kepada Pakistan dan seluruh pelosok dunia melalui pembangunan yang berterusan. China akan terus memperdalam sinergi antara strategi pembangunannya dan strategi Pakistan.

Xi menyatakan bahawa dalam menghadapi dunia yang amat tidak menentu, kedua-dua pihak harus berada di sebelah pihak yang betul, meneruskan kerjasama kukuh mereka dalam mekanisme pelbagai hala dan bekerjasama erat berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau yang penting agar dapat mendukung multilateralisme yang sebenar, kesaksamaan dan keadilan antarabangsa dan kepentingan bersama negara-negara sedang membangun serta menyuntik kepastian dan kepositifan kepada dunia.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan yang mendalam tentang hubungan dua hala serta keadaan serantau dan landskap politik antarabangsa. Kedua-dua pihak bersetuju tentang kepentingan Perkongsian Kerjasama Strategik Serba-cuaca China-Pakistan di tengah-tengah cabaran global yang muncul. Mesyuarat berkenaan diraikan oleh kemesraan tradisional, kepercayaan strategik bersama dan persamaan pandangan.

Dalam mesyuarat tersebut, Sharif menyatakan bahawa ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk beliau apabila menjadi antara pemimpin luar negara pertama yang melawat China selepas Kongres Kebangsaan CPC ke-20 yang berjaya yang merupakan satu peristiwa penting yang baharu. Lawatan tersebut merupakan bukti hubungan persahabatan yang mendalam dan kukuh antara Pakistan dan China.

Sharif berkata bahawa sepanjang dekad yang lalu, di bawah kepimpinan Presiden Xi, China telah mencipta keajaiban melalui pencapaian pembangunan yang hebat. China telah mendukung multilateralisme, menggalakkan solidariti dan kerjasama global serta memberi sumbangan penting untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia. Dengan berbuat demikian, China telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara utama.

Qian Feng, pengarah jabatan penyelidikan di National Strategy Institute di Tsinghua University, memberitahu Global Times "Dengan menjemput Sharis sebagai salah seorang pemimpin luar negara pertama untuk melawat China selepas penutupan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 bukan sahaja menunjukkan hubungan yang benar-benar erat antara kedua-dua pihak, bahkan sekali lagi membuktikan bahawa komuniti antarabangsa optimis terhadap pembangunan China pada masa akan datang dan bersedia untuk memperkukuh hubungan dengan China."

Pakistan menyokong sepenuhnya Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global yang dikemukakan oleh Presiden Xi, kata Sharif. Ia akan memantapkan komunikasi dan kolaborasi bersama China dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau demi memberi sumbangan yang positif kepada keamanan dan pembangunan dunia. "Persahabatan Pakistan-China tidak dapat diputuskan. Pakistan akan sentiasa teguh berdiri bersama China," kata perdana menteri Pakistan itu.

Melalui Inisiatif Jalur dan Jalan, China membantu Pakistan menyelesaikan dua masalah kesesakan yang melanda pembangunan ekonomi Pakistan - kekurangan infrastruktur dan bekalan tenaga, kata Qian. Melalui fasa pertama kerjasama Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), ia meletakkan asas yang kukuh dan membina platform untuk pembangunan ekonomi Pakistan dalam langkah yang seterusnya, ujar beliau.

"Penyelarasan strategik yang erat dan efektif antara China dan Pakistan telah menjadi contoh bagi kerjasama antarabangsa dan menyampaikan pesanan yang jelas kepada dunia bahawa negara-negara dengan sistem sosial, kewarganegaraan, tamadun dan peringkat pembangunan yang berbeza masih dapat mencapai kerjasama yang saling menguntungkan," kata Qian.

Kedua-dua pihak akan memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Kerjasama Bersama Koridor Ekonomi China-Pakistan, memajukan CPEC dengan kecekapan yang lebih tinggi dan menjadikannya contoh bagi kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi, kata Xi di mesyuarat tersebut.

China akan bekerjasama dengan Pakistan untuk meluaskan Kerjasama dalam ekonomi digital, e-dagang, fotovolta dan teknologi tenaga baharu yang lain serta mengambil langkah-langkah yang kukuh untuk memajukan kerjasama berhubung pertanian, sains, teknologi dan mata pencarian rakyat, kata presiden Cina.

China akan terus melakukan yang terbaik untuk menyokong Pakistan bagi menstabilkan keadaan kewangannya. China menyokong wilayah-wilayahnya dengan industri yang mantap dalam menggandingkan rakan-rakan kongsi Pakistan untuk memajukan kerjasama industri dan berharap agar pihak Pakistan akan dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang kukuh, ujar Xi.

Mengambil maklum tentang penyempurnaan sedekad pencapaian luar biasa CPEC pada tahun 2023, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati terhadap sumbangan CPEC kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara, menurut kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pihak turut menyatakan bahawa mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama CPEC berhubung Kerjasama dan Penyelarasan Antarabangsa (International Cooperation and Coordination, ICC) baru-baru ini telah menekankan bahawa CPEC merupakan satu platform yang terbuka dan inklusif. Kedua-dua pihak mengalu-alukan pihak-pihak ketiga yang berminat untuk mendapat manfaat daripada peluang pelaburan dalam bidang-bidang keutamaan kerjasama CPEC seperti industri, pertanian, IT, sains dan teknologi serta minyak dan gas.

Lin Minwang, seorang profesor di Institut Pengajian Antarabangsa Universiti Fudan, memberitahu Global Times bahawa lantaran hakikat bahawa terdapatnya kelebihan yang jelas untuk pembangunan CPEC - kepercayaan bersama tahap tinggi antara China dan Pakistan dan kepercayaan sedemikian terhadap China daripada Pakistan merupakan satu permuafakatan kukuh yang dikongsi oleh semua parti dan kuasa politik yang utama.

"Dengan Sharif mula memegang kuasa awal tahun ini, kerjasama China-Pakistan berhubung CPEC lebih memfokuskan kepada projek-projek infrastruktur besar dan untuk meningkatkan mata pencarian penduduk tempatan dengan lebih banyak kemajuan terhadap pembinaan infrastruktur," kata Lin.

Sharif berkata Pakistan bersedia untuk bekerjasama dengan China untuk terus menggalakkan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi dan berharap mendapat sokongan padu daripada China dalam penaiktaran ML-1, Karachi Circular Railway dan projek-projek infrastruktur penting yang lain. Pakistan akan meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan dan melakukan segala yang termampu untuk melindungi keselamatan institusi serta kakitangan Cina.

 

Source: Global Times
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service