KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Disember 2013 /PRNewswire/ --
RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia, telah menandatangani satu perjanjian pengedaran penting bersama RepRapPro Ltd yang akan membawakan teknologi percetakan 3D yang berpatutan, bersumber terbuka dengan replikasi kendiri kepada para jurutera di seluruh dunia. Penyempurnaan perjanjian tersebut adalah bertepatan dengan pelancaran pencetak 3D berkos rendah RepRapPro Ormerod yang hanya boleh didapati daripada RS.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Percetakan 3D kian menjadi keperluan penting dalam proses reka cipta barangan elektronik dan mekanikal. Lebih banyak syarikat mula menyedari kelebihan menggunakan teknologi ini bagi mencipta prototaip dengan pantas dan menjimatkan kitar reka cipta selama berbulan lamanya. Halangan untuk menggunakan teknologi ini pada masa lalu adalah disebabkan oleh kos perkakasan serta perisian reka cipta yang sukar digunakan oleh pakar yang tidak terlatih dengan CAD.
Apabila digunakan bersama perisian pemodelan 3D DesignSpark Mechanical percuma yang dihasilkan bersama oleh RS dan SpaceClaim, kit percetakan 3D lengkap Ormerod membolehkan para jurutera reka bentuk di seluruh dunia untuk menghasilkan konsep dan produk yang canggih dengan pantas dan murah. Ormerod juga merupakan pencetak 3D paling serba boleh: pencetak ini mempunyai fungsian yang boleh diperluas dengan mudah, dan merupakan pencetak yang pantas untuk direplikasi dan dipasangkan.
Ormerod menggunakan proses FFF (Fabrikasi Filamen Terlakur) bagi membina objek 3D dengan rangkaian plastik dan pelbagai warna. Proses ini membolehkan para pengguna mencipta sendiri hampir apa jua bentuk yang boleh dimodelkan pada komputer, termasuk juga bentuk yang tidak dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik pembuatan tradisional. Memandangkan Ormerod merupakan pencetak 3D monokrom yang telah dikonfigurasikan untuk berfungsi dengan hanya satu jenis plastik pada satu-satu masa, peranti tersebut telah direka khusus untuk berfungsi dengan pemendapan tiga warna; kit kenaikan taraf boleh didapati dalam jangka masa terdekat.
Di samping itu, barangan elektronik Ormerod telah direka semula dan kini boleh mendapatkan sambungan melalui pelayar web. Pembinaannya juga adalah jauh lebih ringkas berbanding model sebelumnya, RepRapPro Mendel, yang mengambil masa kira-kira dua hari untuk dipasangkan; manakala Ormerod hanya mengambil masa dua jam untuk dipasangkan, lantas menjadikannya lebih mudah digunakan oleh individu bukan jurutera. Kesemua pencetak RepRapPro mampu mereplikasi sendiri komponen plastiknya yang tersendiri. Kit Ormerod dengan perkakasan sahaja tanpa bahagian bercetak 3D, boleh didapati tidak lama lagi untuk mereka yang mahu menggunakan Ormerod untuk menghasilkan pencetak Ormerod bagi orang lain.
RepRapPro Ormerod dihantar sebagai kit bahagian yang mengandungi kesemua komponen yang diperlukan dan sedia untuk dipasangkan. Kit yang lengkap termasuklah: kesemua bahagian bercetak; semua perkakasan, termasuk rod berbenang dan licin, skru, nat, sesendal, sabuk dan bearing; barangan elektronik yang dikenakan pateri pada awalnya dan diprogramkan; kad MikroSD dan penyesuai; permukaan binaan PCB yang dipanaskan; motor; pemasangan muncung dan mekanisme pemacu penyemperit; 100m daripada bahan filamen PLA (asid polilaktik) berdiameter 1.75mm (kira-kira 300g); bekalan kuasa (bagi EU, UK, AS dan Australia); dan juga perisian bersumber terbuka bagi mesin tersebut berfungsi, termasuk perisian tegar bagi barangan elektronik. Spesifikasi lain bagi Ormerod termasuk kejituan sebanyak 0.1mm, resolusi 0.0125mm, kelajuan binaan selaju 1.88mm seminit dan kadar pemendapan selaju 33cm3 sejam.
"Wujudnya teknologi percetakan 3D berkos rendah bersama RepRapPro Ormerod, yang turut digabungkan dengan DesignSpark Mechanical percuma serta intuitif berserta koleksi model komponen 3D daripada RS, menandakan permulaan era baharu bagi reka cipta 3D dan prototaip pantas yang akan memperlihatkan perkembangan penggunaannya oleh sekumpulan pakar CAD hinggalah oleh para pengguna dalam spektrum yang lebih luas," ujar Mark Cundle, Ketua Bahagian Pemasaran Teknikal, RS Components. "Tidak keterlaluan untuk mengatakan ini merupakan era revolusi yang dinantikan oleh para jurutera, yang bakal meningkatkan skop bagi inovasi dan pemasaran yang lebih pantas."
"Apabila saya memulakan projek RepRap, saya berpendapat projek ini mampu membuahkan hasil," ujar Adrian Bowyer, salah seorang pengarah RepRapPro. "Maksud saya, jika anda memasangkan mesin ini, ia mampu mencetak bahagian plastiknya sendiri. Namun, saya tidak menjangka kewujudan banyak syarikat berasaskan RepRap di seluruh dunia hanya dalam masa beberapa tahun kemudian, dan saya turut membantu mengendalikan salah satu syarikat tersebut. Jadi, RepRap juga merupakan fenomena sosial dan ekonomi peringkat global, serta satu kejayaan dalam bidang kejuruteraan. Semestinya, kami amat berbesar hati apabila pengedar utama seperti RS turut mempunyai pandangan yang sama."
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/26/20131126093426391328.html )
500 pencetak Ormerod berjenama RS edisi terhad, lengkap dengan sijil pengesahan bernombor satu hingga 500 boleh didapati bagi pembelian melalui laman web RS sementara stok masih ada. Pencetak Ormerod standard boleh didapati menerusi pembelian terus daripada stok RS bermula pada bulan Januari.
Latar Belakang RepRapPro
Projek 'Replicating Rapid Prototyper' yang juga dikenali sebagai 'RepRap' telah dimulakan pada tahun 2004 oleh Adrian Bowyer, bekas Pensyarah Kanan Kejuruteraan Mekanikal di Bath University, UK, sebagai usaha untuk memberikan kemudahan percetakan 3D kepada semua dengan harga yang berpatutan. Projek RepRap juga ialah inisiatif bagi menghasilkan pencetak 3D bersumber terbuka dengan kos rendah yang mampu mencetak kebanyakan komponennya sendiri. Pencetak RepRap menggunakan kaedah percetakan 3D berasaskan Fabrikasi Filamen Terlakur (FFF): menggunakan pistol glu plastik yang dikawal oleh komputer dengan muncung yang sangat halus dan kili plastik yang dimasukkan ke dalam kebuk yang dipanaskan. RepRapPro Ltd ialah syarikat yang diuruskan oleh Adrian, Jean-Marc Giacalone, individu yang mencipta Ormerod dan anak perempuan Adrian yang bernama Sally. RepRapPro menghasilkan dan memasarkan RepRap ke seluruh Dunia.
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Melalui operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan serta penghantaran sebanyak 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sejumlah GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web di http://malaysia.rs-online.com/web/p/3d-printers/7933506/.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Bahagian Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Sumber RS Components