omniture

Surat Jemputan Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau 2022

ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company
2022-11-07 09:15 174

BEIJING, 7 November 2022 /PRNewswire/ -- Bagi meningkatkan selanjutnya pertukaran yang mesra antara perusahaan Cina dan Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand serta sepuluh negara ASEAN dan menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan serta kerjasama antara perusahaan, CCPIT- China Council for the Promotion of International Trade akan mengadakan Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau secara dalam talian mulai 14 hingga 23 November 2022. China International Chamber of Commerce dan ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company akan bertanggungjawab untuk menganjurkan pameran ini. Butiran pameran dan kaedah pendaftaran adalah seperti berikut.

Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau 2022
Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau 2022

Maklumat asas tentang pameran

  • Nama Pameran: Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
  • Tarikh pameran: 14-23 November 2022
  • Tempat pameran: Platform Pameran Awan CCPIT
  • Laman sesawang: https:// rcep2022.ccpit-expo.com
  • Penaja: China Council for the Promotion of International Trade
  • Penganjur: China International Chamber of Commerce dan Beijing ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company

Kandungan pameran:

Pembuatan pintar, tenaga baharu dan peralatan, automobil dan alat ganti, peralatan elektromekanikal, bahan binaan, teknologi tinggi, perdagangan perkhidmatan, e-dagang dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti sokongan pameran:

Perusahaan berdaftar boleh memanfaatkan siaran langsung untuk mempromosikan produk atau mempamerkan barisan pengeluaran syarikat pada platform dok khas dalam minggu perdagangan bagi melakukan rundingan perniagaan. Susunan khusus adalah seperti yang berikut:

Industri

Tarikh

Waktu (Waktu Beijing)

Tekstil dan Pakaian serta Produk Kapas

2022.11.14

13:30-15:00

Pembuatan Pintar

2022.11.15

13:30-15:00

Tenaga baharu dan peralatan

2022.11.16

13:30-15:00

Automobil dan alat ganti motosikal

2022.11.17

13:30-15:00

Bahan binaan

2022.11.18

13:30-15:00

Peralatan elektromekanikal

2022.11.21

13:30-15:00

Kaedah pendaftaran:

Pameran ini merupakan sebuah pameran digital dalam talian dan anda boleh mendaftar untuk mengambil bahagian / menonton pameran secara percuma. Peserta pameran dan pembeli profesional yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pameran ini dijemput untuk melog masuk ke laman sesawang rasmi pameran ini untuk membuat pendaftaran dalam talian. Selepas pendaftaran yang berjaya, anda boleh mengambil bahagian dalam pameran dalam talian, berinteraksi dan mengambil bahagian dalam aktiviti dok khas dalam minggu perdagangan.

Laman sesawang platform ialah https://rcep2022.ccpit-expo.com 

Kami dengan sukacitanya menjemput peserta pameran Cina dan rakan-rakan daripada semua lapisan masyarakat di Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan sepuluh negara ASEAN untuk mengambil bahagian dalam pameran ini, merundingkan perdagangan dan menjalin pelbagai bentuk kerjasama ekonomi dan perdagangan.

 

Source: ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company
Keywords: Banking/Financial Service Retail Trade show news