Keyakinan Amerika Utara sedikit putih dalam suku ketiga, namun masih kedua paling lemah dalam sejarah tinjauan
SINGAPURA, 7 November 2022 /PRNewswire/ -- Edisi terkini Tinjauan Keadaan Ekonomi Global (Global Economic Conditions Survey, GECS) daripada ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) dan IMA® (Institute of Management Accountants) mendapati keyakinan terhadap prospek ekonomi kekal di bawah bacaan median sepanjang dekad yang lalu ekoran ketakutan terhadap inflasi dan kemerosotan dalam perniagaan.
GECS Q3 2022, tinjauan ekonomi berkala yang terbesar terhadap akauntan di seluruh dunia, boleh diakses di sini. Tinjauan berkenaan dijalankan antara 2 dan 14 September 2022 dan mengumpul 905 respons.
Secara global, tinjauan berkenaan mendapati bahawa hampir tiga perempat daripada perniagaan bergelut dengan kenaikan kos, dengan proposisi responden tertinggi melaporkan peningkatan tekanan kos sejak dekad yang lalu dan lebih satu dalam tiga bimbang tentang penurunan pendapatan, dengan proposisi yang sama menekankan turun naik pertukaran asing sebagai ketidaktentuan dan gambaran kemelesetan menguasai prospek ekonomi yang terkini.
Dua perkembangan menekankan sifat tidak menentu persekitaran komersial. Pertama, peningkatan dari segi bilangan responden yang melaporkan "masalah untuk mendapatkan bayaran segera" yang meningkat ke paras tertinggi dalam empat tahun. Ini mungkin menjadi petunjuk pertama peningkatan bilangan organisasi yang mungkin mengalami kesukaran aliran tunai. Di samping itu, tinjauan berkenaan mendapati terdapat kenaikan yang jelas dari segi bilangan yang melaporkan "masalah mengakses kewangan" dengan pengetatan dasar monetari yang paling agresif dalam 40 tahun yang berkemungkinan mencecah kecairan korporat.
Data tersebut selanjutnya menyatakan keyakinan terhadap prospek ekonomi yang berada di bawah bacaan median sepanjang dekad yang lalu, manakala tiga penunjuk lain yang lebih berkaitan dengan aktiviti ekonomi – pesanan baharu, perbelanjaan modal dan pengambilan pekerja – kesemuanya menunjukkan penurunan selanjutnya. Dilihat secara menyeluruh, siri berkenaan konsisten dengan pertumbuhan global yang lebih perlahan untuk baki tahun ini, digandingkan dengan tekanan inflasi yang semakin meningkat.
"Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan kadar faedah sebagai respons kepada inflasi yang lebih tinggi dan hasil pengetatan dasar terletak pada risiko di mana ekonomi global boleh menjadi lebih perlahan daripada jangkaan perniagaan pada tahun 2023," kata Dr Josh Heniro, pengarah kanan Asia Tenggara di IMA. Mengulas tentang prospek untuk Asia Pasifik, beliau menambah, "Sinar harapan dalam pasaran Asia Pasifik ialah dasar monetari tetap bersifat akomodatif yang mana lonjakan inflasi berada dalam parameter yang boleh diterima berbanding dengan wilayah-wilayah lain yang mungkin menjadi sebab mengapa kita sedang melihat adanya pemulihan keyakinan dalam kalangan responden kami."
Tinjauan berkenaan turut menunjukkan perbezaan tahap keyakinan yang semakin meningkat merentas wilayah dengan tahap yang rendah di Amerika Utara dan Eropah Barat berbanding dengan perspektif yang lebih optimis dalam kalangan responden Timur Tengah dan Asia Selatan tinjauan berkenaan.
"Tinjauan Keadaan Ekonomi Global terkini kami menunjukkan cabaran berterusan yang jelas dalam ekonomi global, cerminan kejatuhan ekonomi yang berterusan akibat daripada pencerobohan oleh Rusia di Ukraine, pengetatan dasar monetari yang selanjutnya dalam bidang-bidang kuasa penting dan krisis kos sara hidup," kata Jamie Lyon, ketua kemahiran, sektor dan teknologi di ACCA. "Salah satu daripada risiko utama ialah sebanyak mana dan secepat mana bank-bank pusat akan berusaha untuk mengetatkan lagi dasar monetari beberapa bulan akan datang untuk mengurangkan tekanan inflasi dan sama ada ekonomi global boleh menjadi lebih perlahan daripada jangkaan pemimpin perniagaan pada tahun 2023."
Latar Belakang ACCA
ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) ialah badan bertaraf global untuk akauntan profesional.
Kami merupakan sebuah komuniti global yang berkembang pesat dengan 241,000 ahli dan 542,000 ahli akan datang yang berpangkalan di 178 negara dan wilayah, yang berperanan dalam pelbagai jenis sektor serta industri. Kami mendukung nilai-nilai profesional dan etika yang tertinggi.
Kami menawarkan kepada semua orang yang berada di mana-mana sahaja dengan peluang untuk merasai pengalaman kerjaya yang mendatangkan kepuasan dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan. Kelayakan dan peluang pembelajaran kami membangunkan pemimpin perniagaan yang strategik, ahli profesional yang berpandangan jauh dengan kepakaran dalam bidang kewangan, perniagaan dan digital yang penting bagi pewujudan organisasi yang mampan dan masyarakat yang berkembang maju.
Sejak tahun 1904, menjadi penggerak untuk kebaikan umum telah tertanam dalam tujuan kami. Pada bulan Disember 2020, kami menyatakan komitmen kepada Matlamat Pembangunan Mampan PBB yang kami ukur dan akan dilaporkan dalam laporan bersepadu tahunan kami.
Kami percaya bahawa bidang perakaunan ialah profesion asas masyarakat dan penting dalam membantu ekonomi, organisasi dan individu untuk berkembang dan berjaya.
Melalui kajian termaju kami, kami memimpin profesion ini dengan merungkaikan persoalan-persoalan pada hari ini dan bersiap sedia untuk mendepani masa depan. Kami merupakan sebuah organsasi bukan berasaskan keuntungan. Ketahui lebih lanjut di accaglobal.com
Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif untuk memajukan profesion perakaunan pengurusan.
Secara global, IMA menyokong profesion ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi.
Dinamakan dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan lebih daripada 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.