HO CHI MINH, Vietnam, 4 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Malam Temu Janji Pantas Paktor yang dianjurkan oleh Paktor dan Sagiko telah diadakan di Bar Q4 (Bandar Ho Chi Minh) pada 30 November 2013. Upacara ini mengumpulkan 484 individu bujang dan muda bagi mencipta rekod dunia GUINNESS WORLD RECORDS™ yang baharu bagi Acara Temu Janji Pantas yang terbesar. Rekod dunia baharu ini telah memecah rekod sebelumnya yang dicipta di New Zealand pada Julai 2013.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/02/20131202104746478071.html)
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/02/20131202104812599517.html)
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/02/20131202104833367251.jpg)
Menetapkan Tahap yang Tinggi
Malam Temu Janji Pantas Paktor mencapai rekod yang baharu dengan jumlah 484 peserta berbanding dengan 464 peserta pada rekod sebelumnya, Walaupun lebih 600 individu bujang hadir untuk menyertai acara ini, kebanyakan peserta telah hilang kelayakan kerana ciri-ciri teknikal yang ditetapkan oleh GUINNESS WORLD RECORDS™.
Setiap peserta mempunyai tempoh 3 minit bagi setiap temu janji dengan 24 peserta lain termasuk selebriti kegemaran mereka seperti Dinh Tien Dat, Hari Won, Ho Vinh Khoa, Thai Trinh, Bao Anh, Maya, Si Thanh, Dustin, Thanh Thuc, Kelly, Viet My, Truong Quoc Bao dan empat penyanyi daripada kumpulan V-Music.
Malam Janji Temu Pantas Paktor telah disaksi dan dihakim oleh En. Mark McKinley daripada GUINNESS WORLD RECORDS™. Beliau berkata, "Pada hari ini, kita telah memecahkan rekod bagi acara temu janji pantas yang terbesar… kami terpaksa membatalkan kelayakan ramai peserta kerana mereka tidak mengisikan borang dengan betul. Namun, saya amat berbangga bahawa pada hari ini, Paktor dan Sagiko telah berjaya mengumpulkan 484 peserta (berkelayakan) untuk menyertai acara temu janji pantas ini, yang mencatatkan rekod baharu bagi GUINNESS WORLD RECORDS™. Anda semua amat hebat."
Bukti Penyerapan Media Sosial Dalam Gaya Hidup Pemuda Vietnam
Acara tersebut memperlihatkan penglibatan ketara melalui media sosial dengan beratus-ratus hantaran dan daftar masuk yang berlaku sepanjang malam pada laman peminat Facebook bagi Malam Temu Janji Pantas Paktor.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Paktor, Joseph Phua mengulas, "Kehadiran secara online yang kukuh bagi Malam Janji Temu Pantas Paktor ialah contoh bagaimana golongan muda Vietnam sangat celik teknologi di samping terlibat secara sosial dalam dunia sebenar: Perwatakan yang jarang ini adalah sangat bernilai bagi masa depan Vietnam.
Pesta Muzik Paktor
Acara temu janji pantas yang berjaya memecahkan rekod ini diikuti dengan Pesta Muzik Paktor, satu parti rancak untuk meraikan rekod dunia baharu ini. Parti ini dirancakkan dengan muzik secara langsung yang hebat oleh V-Music, kumpulan Cuba Luna Negra dan Maya serta persembahan tarian oleh Kru Tarian MTE. Acara tersebut turut disertai oleh DJ antarabangsa yang terkenal, Timmy Vegas.
Pencarian jodoh individu bujang
Keterujaan para peserta pada Malam Janji Temu Pantas Paktor dan Pesta Muzik Paktor adalah bersesuaian dengan wawasan penganjur bersama acara itu, Sagiko, untuk bersungguh-sungguh dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat. "Dengan kerjasama Paktor, kami amat gembira kerana dapat membantu individu bujang bertemu pasangan masing-masing dan menikmati saat yang menggembirakan dan tidak dapat dilupakan dengan menjadi sebahagian daripada rekod dunia," kata Dr. Thiru, Pengarah Urusan Sagiko.
Malam Temu Janji Pantas Paktor telah dianjurkan oleh Paktor, app temu janji mudah alih yang paling popular di Asia - dan Sagiko, jenama minuman jus utama oleh syarikat besar F&B, CKL Holdings Pte. Ltd yang bertapak di Singapura.
Bagi maklumat lanjut:
Layari http://www.gopaktor.com
Laman Facebook http://www.facebook.com/GoPaktor
Nota kepada Para Editor
Latar Belakang Paktor
Paktor ditubuhkan pada bulan April 2013 dan merupakan app rangkaian sosial Asia yang menerajui, serta dikhususkan untuk mempertemukan individu yang tiada pasangan dengan lebih mudah. Paktor mendapat pengiktirafan dengan konsep ketanpanamaan, ketempatan dan kesenangan untuk para pengguna.
Kini, Paktor merupakan app janji temu paling kerap dimuat turun di Asia, dengan lebih 300 juta kadar profil dan 1 juta gandingan sejak pelancarannya bulan Jun lalu.
Dalam tahun kebelakangan ini, media sosial telah berubah menjadi lebih mudah alih. Sebagai pemimpin bagi landskap temu janji dan media sosial, Paktor memahami trend ini dan menyepadukannya dengan pendekatan terpelihara dan ringkas, yang lebih digemari oleh masyarakat yang konservatif dari segi sosial di Asia. Setelah direka khas untuk menghubungkan individu tanpa pasangan pada peringkat tempatan dan berfungsi pada peringkat global, Paktor menjadi kegilaan di Asia disebabkan ciri-ciri yang memenuhi kehendak budaya dan selari dengan norma masyarakat Asia.
Latar Belakang Sagiko
Sagiko merupakan jenama minuman utama oleh syarikat besar F&B, CKL Group yang bertapak di Singapura. Rangkaian minuman tin dan botol keluaran Sagiko boleh didapati bukan sahaja di Vietnam, yang telah ditubuhkan selama 18 tahun yang lalu, tetapi juga dalam rangkaian peringkat global yang meliputi rantau Asia hingga Afrika, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik. Minuman jus Sagiko amat popular dalam kalangan remaja tempatan serta para pelanggan yang mengikuti arah aliran dan mahukan rasa yang lebih segar. Sagiko mempunyai sebanyak 40 lebih perisa yang berbeza bagi memenuhi permintaan tinggi serta pasaran khusus. Anda boleh menikmati rasa buah-buahan sebenar memandangkan jus buah-buahan yang asli digunakan bagi setiap tin minuman jus Sagiko dan ia sangat sesuai untuk semua keadaan, termasuk sebagai minuman campuran.
SUMBER Paktor Pte. Ltd