omniture

SVOC: KOLABORASI UNTUK JAMIN SEKURITI MAKANAN DAN TENAGA

Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC)
2022-11-07 15:08 68

BALI, Indonesia, 7 November 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Minyak Sayuran Lestari G20 (G20 Sustainable Vegetable Oils Conference, SVOC) yang berlangsung pada hari ini (3 November 2022) di Bali, melakar kejayaan yang memberangsangkan, dengan penyertaan daripada pihak berkepentingan yang paling penting dalam sektor minyak sayuran. Mengambil bahagian dalam persidangan tersebut, dianjurkan oleh kerajaan Indonesia dan dianjurkan secara bersama oleh Indonesia Oil Palm Plantations Fund Management Agency (BPDPKS), Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) dan Indonesian Palm Oil Association (IPOA), merupakan wakil-wakil daripada negara-negara pengeluar utama: China, India, Rusia dan Ukraine, serta Indonesia dan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh yang dilihat berlakunya konflik antarabangsa dan ketegangan geopolitik ini, komuniti pengeluar minyak sayuran bersatu dan tidak berpecah belah, dalam satu kepentingan yang dikongsi bersama bagi menjamin sekuriti makanan dan tenaga serta untuk membolehkan ekonomi berkembang melihatkan pertumbuhan populasi yang pesat dan juga krisis iklim.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto mengulangi kepentingan untuk memastikan ketersediaan, kebolehcapaian dan kemampuan komoditi pertanian dalam pasaran global termasuk minyak sayuran. "Kita perlu bergerak pantas dan tegas untuk saling bekerjasama dalam menghadapi isu-isu pasaran struktur yang boleh memburukkan lagi kesan yang memudaratkan," kata Airlangga.

Naib Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Republik Rakyat China, Ma Youxiang menegaskan bahawa China sedang beralih kepada pembangunan hijau dan menangani perubahan iklim melalui kolaborasi dengan negara-negara lain ke arah mencapai kemampanan dalam sektor minyak sayuran. Menteri Kesatuan Negara untuk Pertanian dan Kebajikan Peladang India, Shobha Karandlaje, menyeru kepentingan benih minyak tahan iklim baharu yang akan memberi manfaat kepada negara-negara miskin mahupun negara-negara maju pada masa akan datang. Kedua-dua seruan disampaikan dalam persidangan hibrid yang dihadiri oleh lebih 500 peserta dari 41 negara pengeluar dan pengguna.

Penceramah-penceramah lain daripada WTO, UN FAO, World Food Program dan badan-badan pensijilan turut berkongsi pandangan mereka. Beberapa perkara penting termasuk walaupun pengeluaran dan pengedaran sesetengah minyak telah terganggu, pihak-pihak lain telah terlibat untuk menjamin sekuriti makanan dan tenaga. Banyak rantaian bekalan minyak sayuran, seperti minyak sawit dan kacang soya, berjaya melabur dalam inovasi dan kemampanan, mengurangkan impak sistem perladangan dan pengeluaran ke atas biodiversiti dan ekosistem. Persidangan berkenaan turut menyediakan satu platform untuk membincangkan tentang perkembangan terkini berhubung skim pensijilan mampan untuk minyak sawit serta teknologi terkini untuk menjamin kebolehkesanan rantaian bekalan minyak sawit.  

Ketua Setiausaha CPOPC Rizal Affandi Lukman menegaskan bahawa minyak sawit yang mampan merupakan minyak sayuran yang paling berpatutan dan cekap serta minyak yang sihat dan berkhasiat. Ia memberi jawapan kepada kekurangan-membawa-kepada-krisis global minyak sayuran dan krisis tenaga semasa di Eropah terutamanya berhubung penggunaan biobahan api minyak sawit yang mampan sebagai sumber tenaga yang sangat diperlukan untuk musim sejuk ini. Pengerusi IPOA, Joko Supriyono, menggalakkan semua pengeluar minyak sayuran untuk memenuhi keperluan makanan dan tenaga dunia menerusi pengeluaran yang mampan serta memainkan peranan dalam mencapai SDG.

Source: Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC)
Keywords: Food/Beverages Oil/Energy Utilities Environmental Issues Trade show news